𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​ | 6

412 19 0
                                    


-

      PERLAHAN-LAHAN matanya dibuka walaupun terasa berat. Ayaaz bangun dari katilnya. Towel diambil olehnya lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi nya....

Seusai sahaja dia membersihkan diri dia menuju kearah closet. Kemeja berwarna putih dipilih olehnya. Dikenakan dengan kot hitam tetapi dia mencari kot miliknya tetapi tidak jumpa...

Naik pelik juga dia. Rasanya semalam masih ada ke dia lupa. Atau dia tertinggal di mana-mana ?

"Mana pulak kot hitam aku ni. Semalam ada je.." Ayaaz mencari di dalam closetnya tetapi tidak jumpa. Dia mengalah dan memilih kot berwarna hitam yang lain sahaja. Sebenarnya kot itu dihadiahkan oleh bekas kekasihnya itu yang dia sayang...

Rambutnya disikat dan tali lehernya dipegang di tangan. Dia melangkah turun ke bawah mencari kelibat uminya....

"Ayaaz mari makan. Ameer mana ?" Soal Datin Amelin kepada anak lelakinya. Dato Arsyad baru turun ke bawah dan melihat anak lelakinya sudah berada di bawah terlebih dahulu...

"Dekat atas lagi kut. Umi pakaikan" Tali leher dihulurkan kepada Datin Amelin. Dato Arsyad menggeleng kepalanya melihat kemanjaan anak lelakinya itu. Tali leher pun nak suruh umi yang pakaikan...

"Dah besar pun nak suruh umi pakaikan. Sebab tu lah umi suruh cari pengganti tu Ayaaz taknak. Ayaaz kena cari perempuan yang pandai pasal agama, hormat orang tua dan paling penting tak sakitkan hati anak umi ni faham" Macam tu lah perangai Datin Amelin. Sambil ikat sambil membebel...

"Umi apa ni, kait pasal dia pula. Kitaorang dah putus lah. Dia curang bukan Yaz"

"Ye umi tahu. Tapi Yaz pernah terfikir tak kenapa dia curang sedangkan dia ada Ayaaz. Korang dah nak bertunang tau lagi beberapa minggu je last-last tak jadi sebab dia curang je. Umi pun terfikir juga kenapa dia curang sedangkan Ayaaz ni layan dia baik..."

Berubah air wajah Ayaaz. Tidak pernah terfikir pula dia soal itu. Dan dia tak pernah beri bekas kekasihnya peluang pun untuk jelaskan semua...

"Ish awak ni sayang. Biarlah dah budak  tu curang memang patut Ayaaz tinggalkan dia. Anak kita dah cukup baik dah dia nak cari lain" Sampuk Dato Arsyad. Ameer mengerutkan dahinya apabila mendengar suasana di meja makan riuh...

"Ada apa ni umi. Ameer duduk atas pun boleh dengar. Macam ada cerita best je. Cerita lah dekat Meer sekali" Ameer melabuhkan punggungnya dihadapan walidnya...

"Menyibuk je" Ujar Ayaaz. Jelingan dihadiahkan kepada Ayaaz. Dato Arsyad pula memang hari-hari penat melayan kerenah dua beradik itu...

"Eh biarlah"

"Meer sudah. Makan cepat nanti nak pergi kelas lambat pula.." Tali leher sudah pun siap dipakaikan. Ayaaz mengucup pipi tua itu berulang kali. Sayang dia akan Datin Amelin tidak pernah padam...

"Thanks umi. Sayang umi"

"Alah umi. Meer pun nak suruh umi pakaikan tali leher dekat Meer juga. Tak aci lah abang sorang je dapat. Meer pun nak" Rungut Ameer. Selalu tak puas hati je dia dengan Ayaaz...

Biasalah dua beradik ni. Selalu je tak puas hati. Lagi-lagi kalau berkaitan dengan umi mereka...

"Nanti Meer dah kerja. Umi pakaikan lah eh. Dah makan cepat" Ameer memuncungkan mulutnya seperti itik. Ayaaz yang melihat itu rasa menyampah...

"Ni kenapa mulut muncung je ?"

"Nak umi suap" Datin Amelin tertawa kecil lalu menyuapkan nasi goreng itu ke dalam mulut Ameer. Terukir senyuman sinis kearah Ayaaz. Berebut kasih sayang ke macam mana ni...

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now