-DAHI NYA secara automatik berkerut apabila melihat suaminya bergegas mahu keluar dari rumah. Dengan pantasnya dia menahan susuk tubuh suaminya daripada melangkah keluar dari rumah.
"Abang nak pergi mana ni ? Abang cakap petang ni abang nak tunjukkan rumah baru tu dekat baby kan. Abang lupa ke ?" Soal Hayla dengan harapan yang dia akan dibawa ke sana.
Ayaaz menghela nafasnya. Dia tahu jawapan nya pasti akan buat Hayla kecewa dengan dirinya namun dia ada perkara yang dia harus selesaikan buat masa sekarang ini.
Tangan Hayla ditarik lalu dipegang olehnya. Diusap lembut tangan isterinya dan ciuman dilabuhkan di dahi Hayla. Hayla terpejam mata saat menerima kucupan hangat tersebut.
"Abang minta maaf tapi abang ada kerja baby. Abang balik lewat sikit ye. Baby kalau ngantuk tidur je okay. Jangan nak tunggu abang" Pesan Ayaaz terlebih dahulu pada Hayla.
Dia tahu Hayla ini sejenis yang degil dan sudah semestinya tidak akan mahu mendengar katanya jadi dia memesan dengan lebih awal supaya Hayla tidak tertunggu-tunggu kepulangan dirinya.
Terus Hayla mencebik apabila mendengar jawapan daripada mulut suaminya. Ayaaz sudah berjanji yang dia mahu membawa dirinya ke rumah baharu mereka berdua tetapi Ayaaz sibuk pula.
"Alahhh tapi abang dah janji" Hayla menghentak kakinya tanda protes. Ayaaz memegang kedua belah pipi Hayla dan memaksa Hayla memandang wajahnya. Mata mereka bertembung dan degupan jantung berdegup laju.
"Baby...abang bukan taknak bawa tapi abang sibuk. Abang minta maaf kalau sejak dua menjak ni abang selalu sangat sibuk tapi ni hal kerja. Buat macam mana pun abang tetap kena selesaikan. Baby faham kan !"
Perlahan-lahan Hayla mengangguk sahaja kepalanya. Ya dia faham dengan kerja Ayaaz namun bagaimana dengan hatinya ini. Sudah dua hari Ayaaz sibuk dengan kerjanya. Balik pun lewat malam. Dia kesunyian ataupun Ayaaz ada wanita lain ?
"Ya baby faham. Abang pergilah, jangan balik lewat sangat tau. Baby tunggu abang" Ayaaz sekali lagi melabuhkan ciuman di dahi Hayla lembut. Hayla tersenyum melihat wajah Ayaaz.
"I love you..take care baby !!" Laung Ayaaz sebelum dirinya memboloskan dirinya ke dalam kereta. Perlahan-lahan kereta milik suaminya itu keluar dari perkarangan rumah. Hayla menghantar kepergian suaminya dengan ekor mata sahaja.
Nafas dihela dan pintu dikatup rapat kembali. Tiba-tiba terdengar namanya diseru daripada belakang dan itu membuatkan dia menoleh. Hayla mengukirkan senyuman manisnya kearah Ameer.
"Kau apahal ni. Monyok je" Hayla memusing kebekakang dan dia memandang wajah Ameer yang kelihatan serius itu. Hayla tidak jawab soalan Ameer sebaliknya dia mahu melangkah naik ke tingkat atas.
Dia benar-benar marahkan Ayaaz kerana sekali lagi lelaki itu memungkiri janjinya. Entah apa yang Ayaaz sibuk kan sangat pun dia tak tahu.
Ameer terdiam saat melihat wajah marah Hayla itu. Malas dia mahu campur tangan di dalam hubungan mereka berdua. Masalah dia lagi banyak nak fikir.
"Aih macam-macam betul lah. Orang tanya taknak pula jawab" Ameer membebel seorang diri.
Pintu dihempap kuat. Tangisan dilepaskan sekuat-kuatnya. Dia benar-benar kecewa dengan Ayaaz kerana memungkiri janjinya. Hayla merenung kearah luar jendela dan merenung langit yang semakin gelap tanda hari sudah malam.
Sudah hampir setengah jam dia menangis di dalam bilik. Matanya juga mula terasa berat dan badannya berasa letih. Dan dia terus melelapkan matanya.
••••
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...