𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​ | 21

356 13 1
                                    


-

           HAYLA sudah mulai stress apabila berkali-kali telefon nya berdering menandakan ada panggilan masuk. Berkali-kali juga dia telah tolak panggilan itu tetapi masih sama. Lelaki itu terus menelefon dirinya. Puas dia memaki lelaki itu tetapi lelaki itu tidak berputus asa...

Hayla menghembus nafas kuat lalu telefon pintarnya diambil olehnya. Lalu dia menggeserkan butang hijau tersebut...

"U nak apa lagi Ayraz. Tak puas lagi ke selama u sakitkan hati i ? Dah-dah lah nak ambil hati i balik. I takkan terima faham !" Ayraz menghela nafasnya. Baru aje dia nak bercakap dah kena sembur macam-macam...

"Sorry okay. I bukan nak kacau u dear but i really miss u. Malam ni datang rumah i nak ? Umi i ada buat makan-makan sikit. Jadi dia ajak u datang. Pleasee"

Hayla serba salah hendak menolak jika Datin Amelin sendiri yang mengajak dirinya. Kalau dia tolak pasti hati wanita itu sedikit kecewa dengan dirinya. Nak taknak dia terpaksa menerima sahaja lah...

"Yelah tapi ada syarat nye" Terdengar keluhan di telinga Hayla. Mengeluh lah pulak. Tadi beria ajak dia pergi lepastu bila ada syarat mengeluh pula...

"Hmm apa ?"

"I nak datang sendiri. I taknak u datang jemput i. Kalau u degil i takkan pergi faham ?" Nak tak nak, Ayraz terpaksa setuju sahaja lah dengan cadangan Hayla. Kalau tidak rugilah dia nanti...

"Okay. Thanks dear. I love you..." Terus panggilan ditamatkan oleh Ayraz. Gembira sangat nampak nya lelaki itu. Sampai bersungguh-sungguh mengajak nya pergi. Hayla yang tadi duduk di birai katil kini berdiri...

"Nak pakai baju apa ni ? Kurung ? Argh memang tak ada lah. Aku ni model mana nak ada baju kurung ni. Dress adalah. Takkan nak pakai dress pula" Hayla penat mahu berfikir...

Hayla merebah kan dirinya di atas katil. Dia merenung kearah syiling. Terbayang saat dia di rumah Ayraz nanti. Pasti dia akan bertembung dengan lelaki bernama Ayaaz. Bagaimana dia tidak boleh terfikir hal itu ?

Arghh !!

"Kalau aku terjumpa dia macam mana ? Malunya lah aku. Dah lah kena reject" Hayla dapat membayangkan wajah nya saat berada di rumah itu nanti. Betapa malunya dia di hadapan Ayaaz...

"Biar lah. Bukan aku nak pergi jumpa dia pun" Hayla malas nak menyerabutkan kepala nya. Dia terus menuju kearah bilik mandi untuk membersihkan dirinya...

                               ••••

           AROMA masakkan dari dapur berbau sehingga ke tingkat atas. Lelaki itu turun dan menuju kearah dapur. Dia tahu pasti aroma bau itu datang nya dari dapur. Lelaki itu perlahan-lahan menapak kearah dapur...

"Ermm sedapnya bau umi. Umi masak banyak-banyak ni ada apa ? Nak buat kenduri ke ?" Pertanyaan Ayaaz menyebabkan Datin Amelin tertawa. Haih lah anak dia satu ni...

"Tak adalah kamu ni. Umi masak ni sebab abang kamu tu. Ayraz nak bawa balik bakal menantu umi. Itu yang umi gembira semacam aje ni" Terpegun Ayaaz mendengarnya. Harap bukan wanita itulah...

"Ouh bila dia sampai ?" Soal Ayaaz pada uminya yang leka memasak itu...

"Kejap lagi sampai lah dia..." Tiba-tiba terdengar loceng rumah berbunyi. Datin Amelin tersenyum lebar. Dah sampai dah bakal menantu dia ni. Ayaaz memandang wajah uminya yang begitu gembira...

"Ayaaz tolong buka pintu kejap boleh ? Umi nak masak ni. Pleasee" Lambat laun Ayaaz mensetujui sahaja. Dia perlahan-lahan berjalan kearah pintu utama. Dia menarik nafas terlebih dahulu...

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now