-MALAS DIA mahu lunch bersama-sama dengan Ayaaz tetapi dah berkali-kali Ayaaz merayu jadi dia terpaksa ikutkan sahaja lah nanti serabut pula dia. Lunch pula kena berdekatan dengan kawasan office Ayaaz jadi Hayla terpaksa lah datang ke office Ayaaz. Macam-macam betul alasan dia...
"Aih masam je muka ni kenapa ? Tahulah baru semalam kita tak berjumpa takkan rindu kut baby" Ayaaz mengukirkan sebaris senyuman manisnya lalu mengenyitkan sebelah matanya kearah Hayla...
"Baby what's wrong with you " Soal Ayaaz prihatin pada bakal isterinya. Hmm bakal isteri eh...
"Tak ada apalah. Jom lah, tadi cakap nak makan kan. Kita nak makan dekat mana ni ?" Soalan Ayaaz tidak dijawab dan dibiarkan tergantung begitu sahaja. Ayaaz mengeluh. Pasti ada sesuatu yang terjadi ni fikirnya...
"Baby jawab dulu !!"
"Dah jawab kan tadi. Tak ada apa-apa so jangan nak risau sangat boleh tak sayangg..." Ayaaz tiba-tiba tersenyum tanpa sengaja. Hayla memang sengaja nak kenakan dia...
"Ouh dah pandai ni. Baby belajar mana ni hmm"
"Entah lah. Ada lah sorang tu ajar, orang dia tinggi-tinggi. Tak berapa nak hensem lepastu manja. Agak-agak siapa eh" Ayaaz mengepit hidung Hayla dengan jari runcingnya. Geram pula dia dengan wajah Hayla...
"Pandai nak kenakan orang eh. Jom kita lunch dekat cafe depan tu" Ayaaz menarik tangan Hayla supaya mengekori langkahnya. Hayla pula ikut sahaja asalkan dia dapat berdua dengan Ayaaz...
Dari tadi Ayaaz melihat wajah gadis di hadapan nya ini muram sahaja. Kadang-kadang muram, kadang-kadang tu tengok telefon sampai tersengih-sengih...
Hayla ada orang lain ke ? Ke Hayla ada skandal lain ? Ish tak boleh jadi ni. Hanya dia je yang berhak menjadi kekasih hati dan juga pemilik hati Hayla. Orang lain tidak dibenarkan...
"Babyy..." Panggil Ayaaz meleret supaya Hayla memberikan perhatian kepadanya namun semua itu sia-sia kerana dari tadi Hayla melihat telefon nya sambil tersengih seorang diri...
Ayaaz jealous ke ?
"Hmm.."
"Baby tengok lah sini !!" Ayaaz mengeluh. Ish tak boleh jadi ni. Kenapa dari tadi Hayla asyik sangat tengok telefon tu. Muka dia tak cukup hensem ke untuk dipandang ?
"Babyy !!" Memang Ayaaz dah tak boleh sabar. Dia terus merampas telefon Hayla. Terkejut Hayla dengan tindakan Ayaaz. Ish Ayaaz ni ingatkan apalah tadi...
"Abang telefon Hayla tu. Bagi lah balik" Ayaaz membuat muka tidak bersalah. Tulah tadi siapa suruh taknak pandang muka dia. Sekarang padan dengan muka...
"Tak. Nak" Hayla mendengus kasar...
"Ye abang nak apa tadi ? Cakap cepat lepastu bagi balik telefon Hayla tu boleh ?" Soal Hayla supaya telefon nya dapat dikembalikan dengan kadar segera. Aih dah lah tengah seronok chat dengan kekasih hatinya ni...
"Hayla chat dengan siapa ? Dari tadi tersengih sorang-sorang ? Abang panggil tak dengar pun" Ayaaz mencebik bibirnya. Inilah kesempatan yang dia ada. Hayla terus merampas telefon nya dari tangan Ayaaz...
"Adalaa...mana boleh bagitahu"
"Kenapa pulak ? Mesti skandal baby kan. Tak abang tak kira. Bagi nombor dia biar abang nak warning dia supaya jangan kacau Hayla lagi" Tergamam Hayla. Wah Ayaaz ke ni ?
Jealous ke cik abang ?
"Abang ni. Ye ni skandal Hayla. Kenapa abang nak marah ? Lagipun skandal Hayla ni comel dan kacak. Cakap dengan dia pun tak sakit hati. Tak macam cakap dengan abang. Buat sakit hati je"
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...