-DENGAN PANTAS dia mahu menuju kearah hospital setelah mendengar berita itu. Isterinya juga terkejut dengan apa yang terjadi. Mungkin salahnya juga kerana menyembunyikan semua ini...
"Abang nak pergi mana ni ?" Soal Datin Anne lalu memaut tangan suaminya. Daniez kebetulan yang lalu di situ berasa pelik dengan situasi itu...
"Abang nak pergi melawat Rai. Dia tenat sekarang ni dekat hospital. Anne nak ikut ke ? Kalau Anne nak ikut siap cepat" Jawab Dato Arsyad. Daniez melangkah menuju kearah mereka berdua...
"Papa ada apa ni ?" Soal Daniez dengan wajah serius nya. Dato Arsyad mengeluh dan memegang tangan anak lelaki nya itu dengan erat. Datin Anne juga turut bersimpati dengan nasib yang menimpa kawan baiknya...
"Aunty Rai. Dia tenat sekarang ni jadi papa nak pergi tengok dia. Papa risau tentang keadaan Hayla. Mesti dia sedih sangat. Yelah papa kan dah buat kesilapan yang besar sampai dia tak nak mengaku papa ni papa dia" Balas Dato Arsyad...
"Habistu papa still nak pergi sana ? Kalau papa kena marah dengan diorang macam mana ? Macam mana dengan kehadiran papa akan membuatkan keadaan lebih teruk. Papa Daniez sarankan papa jangan pergilah. Biar Daniez aje lagipun dah berapa kali Ariq call tadi" Daniez cuma tidak mahu keruhkan lagi keadaan...
"Mama pun nak ikut. Mama nak pergi sana dan minta maaf pada dia. Mama banyak salah pada dia. Mama jahat. Mama nak jumpa dia buat kali terakhir. Mama nak tebus salah silap mama pada dia" Sampuk Datin Anne...
Daniez rasa serba salah. Mungkin disebabkan kehadiran dia dan mamanya membuatkan keluarga Fahiem dan Hayla huru hara...
"Mama betul ke ni ? Daniez takut nanti Hayla terikut emosi dia. Daniez kenal dia. Dia kalau marah mesti dia tak ingat apa dah. Mama sanggup ke tahan dengan perangai dia ?" Soal Daniez terlebih dahulu pada Datin Anne...
Datin Anne mengeluh selepas mendengar nya. Kalau dia betul-betul ikhlas nak Datin Raihana maafkan dia jadi dia mesti terima apa sahaja cacian dan makian terhadap dirinya...
"Kalau mama nak dia ikhlas maafkan mama. Mama kena terima apa sahaja makian dan cacian dia pada mama. Lagipun mama juga bersalah dalam hal ini. Mama rampas suami kawan baik mama" Balas Datin Anne sambil menatap wajah suaminya...
"Saya tahu awak kuat. Kita semua kuat. Allah nak uji keluarga kita. Papa akan jaga keluarga kita semua..."
••••
DIA melangkah masuk dengan pantas apabila mengetahui berita tentang mamanya yang tenat. Dalam hati dia berdoa supaya mamanya selamat. Mama nya sentiasa ada untuk nya...
Ditolak bilik bernombor 412 itu. Lemah kakinya melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia melihat figura Ayaaz, Ameer dan Ariq ada di situ. Di samping mamanya...
"Hayla sabar. Mama kuat. Kita kena doakan mama. Hayla sayangkan mama kan" Ujar Fahiem sambil memeluk adiknya yang pipi nya sudah basah lencun kerana menangis...
Kuat kah dia nak menghadap semua masalah ini sekaligus ? Kenapa semua ini terjadi pada dirinya ? Apa salah dia ?
"Hayla kuat. Hayla janji Hayla akan kuat demi mama. Abang jangan risau" Balas Hayla lalu melangkah menuju kearah katil itu. Dia melihat wajah mamanya yang separuh nyawa itu...
"Ma bangun. Hayla datang ni. Hayla datang nak bawa mama balik. Mama kena sihat cepat eh. Kakak dah tak ada. Papa pun dah tinggalkan keluarga kita. Hayla ada mama je. Mama je kekuatan Hayla ma. Mama kena kuat demi Hayla" Tangan itu dipegang olehnya...
Air mata tidak henti mengalir. Fahiem juga turut mengalirkan air matanya. Dia tidak mahu melihat adiknya lemah sebegitu. Tu bukan Hayla yang dia kenal. Hayla yang dia kenal ialah Hayla yang kuat dengan segala ujian...
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...