-TANGAN wanita tua itu dipegang. Dia tidak mahu wanita tua itu masuk campur di dalam urusan mereka berdua. Biarlah mereka berdua dengar dulu apa yang mereka gaduhkan dari tadi. Mungkin selepas itu mereka akan tahu kebenaran nya kan...
"Umi kejap" Hayla menghalang Datin Amelin. Dia tidak jadi masuk ke dalam rumah itu tetapi dengar pergaduhan mulut antara sepasang suami isteri itu...
"Kenapa ? Hayla nak tengok jeke Ayraz buat macam tu" Hayla menggeleng kepalanya. Bukan begitu niatnya cuma dia mahu mendengar apa yang mereka gaduhkan. Supaya tahu kebenaran nya...
"Tak cuma kita dengar aje dulu. Kita pasang telinga. Nanti kita masuk boleh umi" Datin Amelin mengakur sahaja cadangan Hayla...
"Abang benci Asya sebab Asya dah tak boleh nak bagi zuriat pada abang ? Itu jeke abang. Cakap itu aje ke ?" Fasya sudah tidak tahan. Hanya disebabkan satu kekurangan dia. Lelaki itu membenci dirinya...
"Ya aku benci kau sebab tu tapi aku benci kau juga sebab kau rancangan aku nak berkahwin dengan Hayla hancur. Kau faham tak hancur !!" Terhinjut bahu Fasya saat Ayraz menjerkah dirinya...
Arish yang tidak sedarkan diri itu dipeluk erat. Ya Allah dia harap anaknya selamat. Itu sahaja harapan dia. Tidak ada yang lain...
Hayla menjenguk sedikit kepalanya untuk melihat pergaduhan mereka dan dia lihat ada seorang kanak-kanak yang sudah tidak sedarkan diri. Kepalanya turut ada darah. Hayla menekup mulutnya...
"Umi tengok budak tu. Umi Hayla rasa Ayraz yang buat budak tu macam tu. Umi Hayla takut lah" Ujar Hayla takut melihat keadaan kanak-kanak itu. Kepala yang berlumuran darah...
"Tak ada apa-apa Hayla. Umi kenal anak umi" Terus Datin Amelin melangkah masuk ke dalam rumah Ayraz. Datin Amelin terus meluru kearah kanak-kanak itu dan juga Fasya...
"U-umi, Hayla" Hayla tetap berdiri di sebelah Datin Amelin. Hayla melihat wajah Datin Amelin, nampak seperti kecewa dengan anak sulung nya. Dia benar-benar tidak sangka bahawa Ayraz sudah berkahwin malah sudah mempunyai anak...
"Apa semua ni Ayraz ? Cakap dengan umi sekarang !! Siapa budak ni ? Fasya" Nama itu meluncur keluar dan bertalu-talu soalan diajukan kepada Ayraz. Terus Ayraz rasa seperti lidah nya kelu. Tidak dapat membalas apa-apa...
"U-umi dengar dulu Raz nak cakap apa" Ayraz cuba memegang tangan uminya tetapi ditepis oleh Datin Amelin. Dia jijik. Dia tidak ada anak seperti Ayraz di dalam keturunan nya...
"Umi tak sangka lah Raz sekejam ni. Sanggup Raz kahwin dengan bakal tunang adik Raz sendiri ? Sanggup Raz buat anak Raz macam tu ? Ni bukan Syed Ayraz yang umi kenal" Datin Amelin mengalirkan air matanya...
"Umi..."
"Raz yang umi kenal. Dia penyayang. Dia takkan buat benda macam ni. Kenapa Raz ? Cakap dengan umi. Apa lagi tak cukup" Hayla terus menuju kearah Fasya dan Arish yang tidak sedarkan diri...
"Umi nanti kita bincang benda ni. Kita bawa dulu budak ni ke hospital. Hayla takut jadi apa-apa pada dia. Tolong umi" Datin Amelin mengangguk. Lantas tubuh kanak-kanak kecil itu didukung oleh Fasya...
"Umi"
"Jangan panggil aku umi lagi. Aku tak ada anak macam kau. Anak aku dah mati" Bagaikan wajahnya tertampar. Uminya tidak mengaku dia sebagai anak ?
Pantas Datin Amelin keluar dari rumah itu. Datin Amelin mengeluh nafasnya apabila dia melihat keadaan Arish begitu...
Ayraz terus memegang tangan Hayla dan tersentak Hayla. Dia menoleh dan dia menampar wajah lelaki tersebut. Ini kali kedua dia menampar wajah lelaki itu...
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Storie d'amore[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...