-KINI sudah genap tiga bulan usia kandungan Hayla. Alahan dia juga sudah mula berkurangan namun alahan nya berbalik pada suaminya. Setiap pagi ataupun lewat malam pasti Ayaaz akan muntah dan tekaknya berasa loya. Kadang-kadang Hayla rasa kasihan juga melihat keadaan suaminya namun apakan daya.
Dia tidak dapat berbuat apa-apa.
"Abang, ni dah kali ke lima abang ulang alik pergi tandas. Baby minta maaf sebab baby abang kena hadap alahan ni. Baby..." Ayaaz meletakkan jari telunjuknya di bibir mungil Hayla. Dia tidak suka jika Hayla berkata begitu.
Itu juga anaknya. Dia rela ulang alik ke tandas demi Hayla. Dia tidak suka melihat keadaan Hayla yang suka muntah dan selalu pening kepala. Kadang-kadang cepat terasa dan sensitif. Biarlah dia ringankan sedikit beban isterinya yang akan membawa anak di dalam perutnya itu.
"Abang rela baby. This is our little baby. Jadi abang akan buat apa saja demi baby dan anak kita ni. Baby jangan cakap macam tu. Kalau boleh tukar dengan nyawa pun abang sanggup. Asalkan baby tak sakit" Kata-kata Ayaaz membuatkan hati Hayla terharu mendengarnya.
"Abang ni. Erm abang...abang nak letak nama little baby kita apa ?" Soal Hayla. Ayaaz giat memikirkan tentang nama yang sesuai untuk bakal anak mereka berdua. Hayla pula tidak sabar mendengar nama yang dicadangkan oleh Ayaaz.
"Kalau little baby kita boy, abang nak letak nama Ayzean Mateen kalau girl abang nak letak nama Ayean Mateen. Macam mana baby okey ataupun baby pun ada cadangan nama lain ?" Soal Ayaaz pula pada isterinya.
Hayla menggeleng kepalanya tanda dia setuju sahaja dengan nama yang suaminya cadangkan. Dia juga tidak kisah tentang nama yang penting anak nya sihat sahaja.
"Baby okey je abang. Yang penting baby dapat jaga little baby ni dengan abang pun baby dah happy. Abang pula ?" Hayla pula menyoal suaminya dan kepala dilentokkan di bahu suaminya. Perut yang sedikit membulat itu diusap perlahan oleh Hayla lalu dia tersenyum sendiri.
Tidak sabar mahu menunggu kelahiran anak pertama mereka berdua. Ayaaz sudah boleh terbayang wajah isterinya saat memarahi anak mereka berdua. Comel betul lah !
"Abang cuma perlukan baby je dalam hidup abang"
"Tapi macam mana kalau baby pergi dulu daripada abang ? Abang akan cari pengganti baby tak ? I mean...mommy untuk..." Dengan pantas Ayaaz meletakkan jari telunjuknya di bibir mungil milik isterinya. Dia tidak suka jika isterinya berfikiran sebegitu.
Setia !
Dia akan setia.
"Tak ada sesiapa yang boleh jadi mommy untuk little baby kita. Just you and only you forever" Perlahan-lahan bibir Hayla mengukirkan sebaris senyuman lebar. Tubuh badan suaminya didakap erat. Ayaaz melabuhkan ciuman nya pada dahi dan juga di perut Hayla.
"Petang ni kita pergi rumah umi okey" Berkerut dahi Hayla mendengarnya. Dah kenapa pula nak pergi ke rumah Datin Amelin pula. Secara tiba-tiba pula tu.
"Umi sakit ke abang ?" Ayaaz tersenyum melihat riak kerisauan yang terpancar pada wajah isterinya itu. Sudahlah comel, buat muka macam tu bertambah comel lah isteri kesayangan dia ini.
"Tak baby. Saja lah umi buat makan-makan sikit. Ariq dengan Daniez pun datang. Fahiem dengan Kay pun ada tau. Nak pergi tak ?" Laju kepala Hayla mengangguk. Mestilah dia mahu pergi jika ada kawan baiknya itu. Sudah lama mereka tidak bertemu. Rindu pun ada.
Sejak dia berumah tangga ini, jarang sudah dia meluangkan masa bersama dengan kawan baiknya itu. Dia rindu betul dengan kawannya itu.
"Mestilah nak ! Baby nak tunjuk dekat abang Iem yang baby beli baju little baby kita tu. Mesti abang Iem kata comel kan abang kan" Ayaaz mengangguk sahaja. Seronok melihat wajah teruja di wajah Hayla. Ayaaz menekapkan telinga nya pada perut Hayla.
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...