𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​ | 15

427 18 2
                                    


-

            DIA tersenyum sendiri apabila melihat gambar di dalam telefon pintarnya itu. Dari tadi lagi Fahiem pelik dengan tingkah laku adiknya. Lalu dia merampas telefon milik Hayla. Membulat mata Hayla sebaik sahaja Fahiem merampas telefon nya...

"Abang bagilah balik !" Hayla mengejar Fahiem di ruangan tamu itu. Fahiem menjelirkan lidahnya kearah Hayla. Hayla tercungap-cungap mencari nafas nya...

Fahiem berdiri di atas sofa itu dan melihat apa yang dilihat adiknya dari tadi. Sampai tersenyum seorang diri lagi. Itu yang membuatkan dia rasa ingin tahu...

Apabila Fahiem melihat gambar itu dia tersenyum sinis. Patutlah senyum sampai ke telinga. Rupa-rupanya tengok gambar buah hati. Tak macam dia kan...

"Ouh tengok gambar Ayaaz eh. Abang cakap dekat Ayaaz ha nanti. Ha tunggu Hayla" Hayla terus melompat dan mencapai telefon pintarnya. Dia mendengus kasar...

"Cakap lah ! Hayla boleh cakap dekat Kay yang abang suka dia. Ha kalau berani buat lah" Mereka berdua saling ugut mengugut. Adik beradik kan, bila je tak gaduh. Berdua pun jadi...

"Eh Hayla berani buat lah. Abang boleh beritahu Ayaaz hah" Hayla menghentakkan kakinya. Benci lah dia dengan perangai Fahiem. Sikit-sikit nak mengugut dia...

"Taknak kawan dengan abang. Jangan cakap dengan Hayla" Hayla menyilangkan tangannya di dada dan memalingkan wajahnya ke arah lain seolah-olah dia sedang merajuk. Fahiem membuat muka...

"Eleh siapa nak kawan dengan dia ? Perasan betul " Membulat mata Hayla mendengar ujaran Fahiem. Amat menyakitkan hati dia. Kalau sekarang ni ada cili. Nak je dia sumbat dalam mulut Fahiem tu...

"Siapa tanya. Orang tak tanya apa pun" Hayla membalas balik lalu tersenyum sinis apabila Fahiem diam. Yeah dia menang. Perempuan mana pernah salah jadi sebab tu dia menang...

"Eh dengar orang cakap lah. Siapa eh !" Hayla ingat Fahiem akan menutup mulutnya namun dia salah. Fahiem masih mahu mencari pasal dengan nya. Dia mencubit bahu Fahiem...

"Awhh...sakit ! Aduh Sakit ! Hayla okay abang minta maaf. Dah Hayla sakit" Hayla tergelak saat melihat muka Fahiem yang teraduh-aduh itu. Ha kacau lagi dia...

"Sakit kan. Nak lagi ?" Hayla mengacah seolah-olah mahu mencubit Fahiem lagi. Fahiem tersengih lalu rambut adik nya ditarik dan dia melangkah naik ke atas tanpa mempedulikan Hayla yang marah di bawah itu...

"Abangg !!" Terus Hayla berlari ke tingkat atas. Masih tidak berpuas hati dengan perangai Fahiem...

Tiba-tiba dia terdengar loceng rumah nya ditekan berkali-kali. Terus dia batalkan niat nak kejar abang dia. Fahiem melihat Hayla sudah tiada dia kembali melangkah turun  ke bawah...

"Merajuk lah tu. Aish penat lah macam ni " Gumam Fahiem dan melihat Hayla tengah mengintai seseorang di tingkap. Terus dia menyergah adiknya itu. Terhinjut bahu Hayla kerana sergahan Fahiem itu...

"Abang ni lah ! Diam boleh tak diam" Fahiem juga turut mengintai apa yang dilihat adiknya dari tadi. Apabila dia melihat, dia juga turut terkejut melihat figura Datin Anne yang berdiri di luar pagar...

"Eh abang nak pergi mana ni ?"Soal Hayla yang melihat Fahiem seolah-olah mahu membuka pintu. Fahiem memberhentikan langkahnya dah memandang wajah adiknya...

"Nak pergi buka pintu lah. Tetamu datang kan" Hayla tergelak kecil. Itu layak dipanggil tetamu. Seriously abang dia ni ?

"Abang gila ke ? Layak ke dia kita nak panggil tetamu. No ! Hayla takkan benarkan dia jejak kaki di rumah ni. Faham ?" Fahiem tidak mempedulikan adiknya sebaliknya membuka pintu itu dan perlahan-lahan pagar dibuka...

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now