-DIA duduk di ruang tamu. Sedang teringat tentang seseorang. Hayla mula mengelamun. Tiba-tiba dia terdengar telefon pintarnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Lantas telefon yang berada di atas meja itu diambil olehnya...
-Tunggu i balik nanti !
-I akan dapatkan u nanti dear...
Berkerut dahi Hayla melihat mesej itu. Fikirnya, mungkin seseorang itu tersalah nombor. Dia menutup telefon pintarnya dan kembali melihat kaca televisyen...
Dia menegur sebaik sahaja melihat figura abangnya yang bersiap bagai nak keluar dating...
"Eh abang nak pergi mana ni ?" Hayla menegur sebaik sahaja melihat abang nya bersiap seperti mahu pergi berjumpa dengan kekasih. Abang dia ada kekasih ke nak pakai lawa-lawa macam ni ?
"Erk Hayla...abang nak keluar kejap dengan kawan-kawan abang. Kenapa Hayla nak ikut ke ?" Fahiem berharap jawapan tidak daripada Hayla. Malas dia nak bawa budak tu ikut dia. Fahiem menghela nafas apabila Hayla menggeleng kepalanya...
"Taknak lah. Hayla penat" Terdengar keluhan di ulas bibirnya...
"Penat pergi joging tadi ke ?" Hayla sekadar mengangguk lalu kembali fokus menonton rancangan di kaca televisyen...
"Ha yelah. Abang nak keluar kejap nak lepak. Hayla jaga diri tu ye"
"Eh abang kejap ! Lepas ni boleh tak Hayla nak keluar kejap pergi mall. Bosanlah duduk rumah ni. Nak pergi rumah papa, mesti papa sibuk kerja kan"
"Mall ? Tak payah lah. Hayla nak pergi dengan siapa. Kalau sorang baik tak payah. Nanti abang balik kita pergi sama-sama okay" Ujar Fahiem lalu menggosok perlahan kepala adiknya...
"Alaaa...bukan sorang. Hayla ajak Kay lah boleh lah. Boleh lah abang" Hayla membuat muka dan mencebikkan bibirnya. Berharap abang nya akan benarkan dia keluar...
"Ye boleh tapi...Hayla jangan nak balik lambat. Kena balik sebelum abang balik. Kalau tidak.."
"Ha okay. Nanti Hayla balik awal eh" Fahiem mengangguk lalu melangkah keluar meninggalkan Hayla berseorangan di ruang tamu itu...
"Ye-ye je Hayla ni. Ingat pesan abang !" Masih kedengaran suara Fahiem dari luar rumah. Hayla mendengus kasar. Ingat dia ni budak-budak darjah satu ke nak kena pesan berkali-kali. Penat lah dia...
"Ingat aku ni apa ? Dari tadi pesan benda yang sama. Eh tak bosan ke. Ish !" Hayla melatakkan bantal secara kasar ke atas sofa lalu melangkah naik ke tingkat atas...
Dia mengambil masa dalam beberapa minit untuk membersihkan dirinya. Apabila dia sudah siap membersihkan dirinya. Dia menuju kearah closet. Dipilih kemeja biasa bersama dengan knitwear berwarna biru terang...
Dimiliki wajah nya di cermin. Dia mengenakan solekan nipis di bahagian wajahnya. Nanti tak adalah wajah dia terlalu pucat. Setelah puas dia menilik tubuhnya sendiri dia lantas mengeluarkan telefon pintarnya untuk menelefon kawan baiknya Kay...
"Kay ! Jom keluar dengan aku nak ?" Ahak terkejut juga Kay dengan nada yang digunakan oleh Hayla. Tiba-tiba nanti dia jadi pekak pula mendengar Hayla menjerit...
"Erm tak boleh lah aku...sibuk"
"Kau sibuk ? Ada shotting lagi ke ? Bukan kau kata minggu lepas ke shotting kau habis. Ke kau tengah dating ni hmm" Kay agak terkejut dengan kata-kata Hayla...
"Eh merepek aje kau ni. Mana adalah, betul aku sibuk. Nanti aku call kau balik eh bye !" Terus Kay meletakkan panggilan telefon. Hayla agak rasa curiga dengan Kay tapi dia endahkan sahaja...
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romansa[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...