-
SETIBANYA Hayla dan fahiem di sebuah cafe mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi. Fahiem dan kawannya bersalam cara lelaki. Hayla hanya melihat sahaja. Rasa seronok pula kalau ada kawan yang ramai macam abang dia ni...Lainlah dia. Kawan pun ada sorang je. Itu pun jarang jumpa sebab masing-masing ada hal kan. So boring !
Kalau dia ada ramai kawan mesti seronok. Tak adalah sunyi hidup dia. Kerja tak pun duduk rumah. Paling kuat pun dia keluar dengan satu-satunya kawan baik yang dia ada. Itu pun kalau masing-masing ada masa lah...
Kalau tak ada maka keseorangan lah hidup dia. Single punya pasal...
Orang suruh cari pasangan taknak. Katanya tak ada masa nak bercinta lah itu lah. Biasalah Hayla kan, banyak songeh bila cakap pasal kekasih...
"Eh mana Ayaaz ? Korang tak ajak dia sekali ke ?" Soal Fahiem yang tidak nampak kelibat Ayaaz. Nanti kalau tak ajak dia pula yang rasa dipinggirkan padahal dia yang selalu sibuk dengan kerja...
Kerja...kerja...kerja...
Itu je kerja dia. Macam tak ada benda lain boleh buat dalam dunia ni...
"Aku baru je text dia. Daniez aku tak tahu. Rasanya dia tahu kut kita nak jumpa harini alah nanti sampai lah" Terang Ariq. Fahiem mengangguk. Hayla merasa kekok berada di situ. Itulah semua lelaki...
"Iem ni girlfriend kau ke ?" Soal Ameer kepada Fahiem. Fahiem memusing dan dia baru teringat Hayla ikut bersama dengan dia tadi. Selalunya dia keluar sorang tapi kali ni Hayla nak ikut sekali...
Kesian Hayla. Selalu dipinggirkan oleh abang sendiri. Nasib baiklah ada kawan abang dia yang tegur. Kalau tidak sampai ke esok dia tak ingat yang dia bawa adik. Fahiem lah...
"Ouh bukanlah. Ni adik aku Hayla Trisnie. Yang aku cerita dia kerja model tu. Dia ikut ni sebab tak ada kerja. Kerja nak menyibuk adalah..." Semua meng'o'kan sahaja. Mereka melihat kecomelan Hayla dan tidak habis-habis memuji Hayla...
Rasa kembang habis hidung dia. Walaupun bukan pertama kali tapi rasa nak terbang kejap ! Haha
Sebab yang puji tu kawan abang dia. Lelaki pulak tu. Mana tak kembang semangkuk dia hah...
"Cantiklah adik kau Iem. Aku nak jadi adik ipar kau boleh ?" Gurau Daniez. Fahiem mencubit perlahan bahu Daniez. Gatal sangat. Hayla tertawa kecil melihat Daniez dicubit begitu...
Comel je kawan-kawan abang dia ni...
"Nama saya Aniq Daniez tau. Panggil baby pun tak pe" Ujar Daniez nakal. Fahiem rasa nak penampar je muka Daniez pada masa tu. Kenapalah dia ni tak cukup dengan satu. Patutlah kena tinggal...
Semua orang dia nak try. Macam mana girlfriend nak lekat. Kalau perangai macam apa lagi. Lagi-lagi perangai Laith Ameer lagilah...
"Nama saya Laith Ameer. Kalau macam panjang sangat panggil love je" Hmm Ameer pun dua kali lima gatal. Fahiem rasa rimas, semua pakat nak try adik dia. Dia rasa nak simbah je semua dengan air...
Jangan air sejuk tu. Ambil air panas terus biar lecur muka tu. Biar tak ada sesiapa nak dekat kawan dia tu. Gatal sangat lah...
"Saya Ariq Muhaimin. Panggil Riq je" Nasib lah Ariq ni normal sikit berbanding dengan dua ekor tu. Mau gila Fahiem melayan kerenah dua orang tu. Sedang ralit mereka berborak. Ayaaz sudah berdiri di situ..
Dia pun gatal jugak. Tapi sikit lah. Tak kronik macam Ameer dan Daniez ni. Mau parah Fahiem nak melayan kerenah diorang ni. Cukup lah dua orang jangan bertambah...
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...