-ULANG ALIK dia berjalan di ruang tamu. Tidak tahu apa yang mahu dilakukan olehnya. Sudahlah suaminya tiada di rumah pada ketika itu jadi entah apa yang dia mahu lakukan. Mahu masak, awal-awal lagi dia sudah dilarang. Habistu dia nak buat apanya di dalam rumah itu.
"Arghh bosannya ! Aish kalau aku buat kerja rumah sikit dia marah tak eh. Tak kut, dia kan sayangkan aku" Setelah beberapa minit dia berfikir. Dia membuat keputusan mahu masak sementara menunggu kepulangan suaminya. Masak aje pun lagipun mesti Ayaaz tak tahu yang dia mahu masak.
Kalau Ayaaz tanya, dia jawab ajelah yang dia beli. Ha kan bijak idea dia tu. Tak sia-sia dia belajar dahulu. Tapi tipu suami kan berdosa. Setelah beberapa minit dia berfikir.
"Ha tipu sunat takpa kan" Baru kakinya mahu melangkah kearah dapur, tiba-tiba terdengar telefon pintarnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Hayla dengan pantas mengambil telefon pintar nya yang terletak di ruang tamu itu.
Dibuka telefon pintarnya lalu ditekan mesej.
-baby, abang cakap jangan masak kan !
-why baby degil sangat ni hm..
Hayla meneguk liurnya. Eh kejap ! Macam mana Ayaaz boleh tahu yang dia nak masak ni. Kuat betul firasat seorang suami ini. Mata Hayla berkeliar di dalam rumah lalu matanya tertumpu pada satu benda yang membuatkan dia mengeluh.
Lah ada cctv ke ! Patut lah tapi bila masa dia tidak pernah tahu pun. Aih geram lah pula dengan Ayaaz ni. Suka buat benda dibelakang nya. Tunggu lah nanti. Dia kenakan Ayaaz balik.
-abang letak cctv dalam rumah ni aishh !
-menci lah hurmm..
Hayla membuka apron lalu menyangkut kan balik pada tempat asalnya. Kaki diatur ke ruangan tamu, sambil berjalan dia menghentak kakinya tanda protes. Argh benci lah dia !!
Punggung dihenyak di atas sofa. Tangan disilangkan ke dada, kaki tidak berhenti bergoyang. Matanya memandang kearah cctv itu. Pasti Ayaaz sedang memerhatikan dirinya. Hayla menjeling kearah cctv tersebut.
Sejak bila entah lah Ayaaz letak cctv dalam rumah itu pun dia tidak tahu. Selalu berahsia dengan dirinya. Tiba-tiba telefon miliknya berbunyi kembali. Pasti Ayaaz yang menghantar mesej padanya.
-baby jangan garang-garang sangat nanti little baby kita garang macam mommy dia macam mana...
-i miss you so muchh babyy !
Hayla tersenyum membaca mesej tersebut. Kalau tak buat dia tersenyum sehari memang tak sah lah. Perut yang sedikit membentuk itu diusap perlahan oleh Hayla lalu bibirnya perlahan-lahan mengukirkan satu senyuman manis.
-i miss you too daddy !!
"Eleh..." Hayla mengambil satu bantal lalu menekup wajahnya dengan bantal tersebut. Entah mengapa hatinya rasa berbunga sangat pada hari ini. Arghh penangan Ayaaz Mateen !!
••••
DARI tadi bibirnya tidak lekang dengan senyuman yang diukir bibirnya. Rasa bahagia sangat dia ketika itu. Tambahan, tidak lama lagi dia akan menimang cahaya mata yang pertama. Tak sabar rasanya ingin bergelar seorang daddy. Mesti dia orang yang paling bahagia.
"Amboi kau ni bukan main. Mesej dengan Hayla lah tu" Tegur Daniez yang baru keluar dari pantry. Ayaaz memandang wajah Daniez lalu tersenyum lebar. Daniez menggeleng kepalanya.
Tahu sangat orang dah bahagia begini lah. Senyum je sentiasa tidak seperti dia. Aih bilalah nak cari pasangan hidup ni pun dia tidak tahu. Teringin juga nak merasa ada orang rumah.
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...