-DIA RUNSING. Dia kaku. Dia terkejut. Dia tidak tahu mahu berbuat apa. Apatah lagi hal ini sudah sampai kepada orang atasan dia. Pasti dia akan digantung kerja ataupun dibuang terus. Dia takut. Dia lebih takut kehilangan Hayla berbanding kerjanya. Mesti Hayla lebih tertekan berbanding dirinya...
"Abang janji akan jaga Hayla. I always love you baby" Tersenyum sendiri pula Ayaaz di dalam kamar tidur nya. Tiba-tiba terdengar pintu biliknya diketuk. Lantas pintu itu dibuka olehnya...
Terpampang figura Ameer di hadapan pintu. Berkerut kening Ayaaz dibuatnya. Tertanya-tanya juga, apa tujuan Ameer datang ke biliknya sedangkan Ameer jarang datang tanpa sebab...
"Eh ada apa kau datang kat sini ? Mesti kau nak duit kan sebelum kau pergi kelas. Aih hidup menyusahkan aku lah. Ingat aku ni sugar daddy kau ke. Nah !" Beberapa not dihulurkan kepada Ameer tetapi Ameer tidak mengambilnya...
Apa ? Nampak je muka dia mesti dia nak minta duit lah macam tu ? Hey dia pun ada duit lah. Yang dia pau Datin Amelin semalam pun belum habis. Ha bijak kan dia. Hidup ni perlukan duit. Lagi-lagi dia yang masih belajar...
"Kau ingat aku datang sini nak minta duit ke ? Ingat aku tak ada kerja lain selain meminta sedekah dekat kau. Tak payah ! Umi dah bagi dah semalam" Membulat mata Ayaaz. Haih lah budak ni. Tak menyusahkan aku, menyusahkan orang lain pula. Gumam Ayaaz..
"Bijak kau ni eh" Baik kau tarik balik kata-kata kau Ayaaz sebelum hidung si Ameer tu kembang semangkuk...
"Eh memang lah aku bijak. Bukan macam kau tolol !" Ayaaz mengetap giginya. Sedap mulut je kata orang dia ni. Tak padan dengan masuk bilik orang lagi. Kena hempuk sekali baru tau...
"Eh kau kalau nak sakitkan hati aku baik kau berambus. Aku pun banyak hal lagilah nak kena buat" Rasa ingin tahu yang membuak-buak dalam dirinya selepas Ayaaz berkata begitu. Ada hal eh. Hal apa tu...
"Ouh ada hal. Eh hal apa ? Aku nak tolong boleh ?" Laju Ayaaz menggeleng. Baik dia tolak awal-awal sebelum masalah ni jadi lebih besar kalau bawa budak tak cukup ubat ni sekali dengan dia...
"Tak payah !! Kau duduk je rumah ni diam-diam. Tak payah nak menyibuk jaga tepi kain orang" Ameer menilik seluar nya. Ada nampak macam kain ke ?
"Eh tapi kan...aku pakai seluar. Mana pakai kain" Ayaaz menarik nafas sedalam-dalamnya. Ya dia tahu memang sakit. Sakit hati sangat bercakap dengan Ameer. Tarik nafas Ayaaz. Tarik nafas !
"Ikut kau lah. Aku dah penat layan perangai tak cukup akal macam kau ni. Aku keluar dulu eh" Dengan pantas nya Ameer menghalang. Ha nak pergi mana ni ? Mesti ada nak pergi mana-mana kalau tidak mengapa kelam-kabut sahaja...
"Eh jap-jap. Kau nak pergi mana ni ? Aku nak ikut boleh ? Lagipun aku tak ada ke..." Belum sempat Ameer menghabiskan kata-katanya. Ayaaz terlebih dahulu memotong nya. Dia tak ada masa nak layan Ameer...
Dia ada hal yang kena selesaikan sekarang ni. Penting sangat !
"Dah-dah. Tutup mulut kau. Bingit telinga aku ni dengar suara kau. Aku nak keluar ada hal. Kau tak payah menyibuk faham ?" Ameer menayangkan wajah menjengkelkan. Eleh nak ikut aje pun. Kedekut !
"Tak ! Aku tak faham. Eh boleh lah, aku bosan ni. Nanti aku cerita dekat kau something nak ? Mesti kau suka. Aku gerenti punya" Ayaaz menghela nafasnya. Ameer ni faham ke buat-buat tak faham...
Dia kata tak boleh ikut kan. Tak faham lagi ke bahasa melayu ?
"Tak aku tak berminat nak dengar cerita karut kau. Dah lah" Terus Ayaaz keluar dan bahu Ameer dilanggar. Ouh berlagak eh. Tak apa, nanti kalau apa-apa jangan minta tolong dia...
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Storie d'amore[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...