-RASA geram pula dia apabila nombor yang tidak dikenali nya itu sering mengganggu dirinya. Kejap bersayang kejap dear. Dia rasa rimas sangat. Kalau dia block pun, lelaki tu boleh menggunakan nombor lain...
"Ish geram nya aku" Hayla membalas mesej lelaki tersebut. Geram je dia, kalau jumpa lelaki tu. Aih kena nanti...
-Jangan kacau hidup saya lagi boleh tak ?
-Kacau lah orang lain, saya rimas
Butang sendiri ditekan. Baru puas hati dia. Tiba-tiba dia mendapat mesej lagi daripada lelaki misteri itu...
-Jangan rimas sangat dear takut nanti
terjatuh hati...-Jom jumpa saya dekat cafe
Bertambah serabut Hayla dengan jawapan lelaki itu. Macam mana dia tahu lelaki, senang aje. Mana ada perempuan yang nak dear bagai ni. Lelaki je selalu nya gatal !
Hayla malas nak membalas mesej tersebut lalu dia terus menelefon lelaki itu...
"Eh encik ni memang tak ada kerja lain ke ? Kerja nak mengganggu hidup orang je. Saya rimas tahu tak. Encik tolong lah saya merayu jangan kacau saya lagi" Hayla mendengar ketawa kecil lelaki itu...
Dia ada buat benda yang boleh geli kan hati ke. Atau lelaki yang tidak dikenalinya ini gila...
"U tak ingat i ke dear. Auch sakit tau hati i. It's okay, jom kita jumpa nak. I share location nanti"
Hayla terdiam saat mendengar suara itu. Dia macam kenal tetapi dia tidak berapa nak ingat sangat lah ke mungkin pelanduk dua serupa. Argh malas dia nak fikir janji lelaki tu dah tak kacau hidup dia lagi...
"Eh apa dear-dear. Kau ingat aku nak sangat jumpa kau ke. Dasar lelaki gatal. Eh pergilah cari perempuan lain. Banyak lagi perempuan dalam dunia ni tahu" Sekali lagi lelaki itu tertawa. Sah lelaki ini gila...
"Garang nya u dear. Awh it's okay. I suka kalau u garang-garang macam ni. I share location okay. See you" Terus panggilan itu ditamatkan sebelum sempat Hayla berkata apa-apa...
"Nak jumpa ke tak ? Kalau tak nanti mesti dia akan kacau aku. Kalau boleh hari-hari. Naik rimas aku. Kalau jumpa, kalau dia penyangak macam mana. Rancang nak bunuh aku. Hmm ajak abang Yaz lah" Terus nombor Ayaaz didail olehnya...
"Ye Hayla ada apa ni ?" Sebaik sahaja mendengar nama Ayaaz, Hayla tersenyum. Lembut sahaja suara itu memanggil nama nya...
"Abang kerja lagi ke ?"
"Tak. Abang on the way nak balik rumah ni. Abang balik awal harini sebab kerja tak banyak. Kenapa ni Hayla ?"
Hayla tersenyum. Nasib baik Ayaaz tak sibuk. Boleh lah dia ajak Ayaaz temankan dia. Nak harapkan abang dia tu. Kerap-kerap keluar lepas ada hubungan dengan Kay....
Kawan baiknya sudah dirampas. Sedih betul !
"Abang temankan Hayla pergi cafe boleh ? Nanti Hayla cerita kenapa okay" Lambat laun Ayaaz mensetujui sahaja cadangan Hayla...
"Yelah. Tunggu dekat rumah. Abang pergi ambil" Lagi berbunga-bunga lah hati dia lepas Ayaaz tawarkan untuk nak ambil dia dekat rumah...
"Okay. Hayla tunggu !"
••••
SUDAH BEBERAPA minit Hayla dan Ayaaz menunggu kedatangan lelaki itu namun hampa. Lelaki itu tidak datang ataupun dia datang lambat. Hayla mengeluh perlahan. Siapakah lelaki yang sering mengganggu hidupnya ini ?
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...