𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​ | 19

383 13 0
                                    


-

SEMUA orang yang berada di meja makan senyap sunyi sahaja. Selalu nya akan ada gelak ketawa apabila semua ahli keluarga sudah berkumpul namun senyap sunyi sahaja. Hanya kedengaran bunyi sudu garpu berlaga...

Dato Arsyad memandang wajah isterinya dan memberikan isyarat untuk memulakan perbualan. Datin Amelin teragak-agak...

"Erk hujung minggu ni umi dengan walid nak pergi rumah Datin Anne. Korang semua nak ikut" Semua orang di meja makan hanya senyap. Tiada balasan daripada mereka berdua kecuali Ameer...

"Nak ! Meer nak ikut umi" Dengan riang nya Ameer menjawab tidak seperti abang-abang nya. Diam sahaja dari tadi. Fokus memandang makanan sahaja...

"Korang berdua kenapa ni ? Umi tengok dari haritu senyap aje tak bercakap antara satu sama lain. Bergaduh ke ?" Soal Datin Amelin baik-baik. Ayaaz memandang wajah Ayraz yang tegang...

"Tak ada apalah umi. Yaz dengan Raz okay je. Umi jangan risau" Ayaaz mengukirkan senyuman manisnya kearah Datin Amelin. Harap uminya tak tanya terlalu banyak lah pasal mereka berdua...

"Bila korang nak bawa buah hati korang jumpa umi ? Umi dah tak sabar ni" Sebaik sahaja mendengar ayat itu. Ayraz lantas bangun meninggalkan meja makan. Dato Arsyad berkali-kali memanggil nama anak sulung nya tetapi tidak diendahkan...

"Ayrazz !!"

"Dahlah abang. Biar kan aje dia" Ayaaz memandang kepergian abang nya. Dia rasa bersalah walhal semua itu hanya lah sekadar salah faham. Mungkin dia tak patut muncul di situ...

"Kenapa dengan Raz tu weih. Kau ada buat apa-apa eh" Ameer sengaja mahu bergurau dengan Ayaaz tetapi wajah Ayaaz seperti tidak ada masa mahu bergurau. Ameer tersenyum kelat...

"Ouh bukan salah kau eh. Sorry" Ayaaz mengangkat punggungnya lalu mahu beredar dari meja makan tersebut. Tangan Datin Amelin dan Dato Arsyad disalam olehnya sebelum dia beredar pergi...

"Yaz pergi dulu umi walid. Assalamualaikum" Kata Ayaaz sebelum berangkat keluar dari rumah itu. Ameer memandang wajah Ayaaz dan rasa curiga. Tak pernah-pernah Ayaaz dengan Ayraz bergaduh melainkan masalah besar...

"Waalaikumsalam"

"Umi tak rasa pelik ke ?" Mula dah Ameer nak bergosip tak tentu pasal ni. Datin Amelin memandang wajah anak bongsu nya itu...

"Pelik ? Apa yang pelik nya Meer ni. Merepek lah anak umi ni" Ameer menghela nafasnya. Macam mana dia nak korek rahsia antara pergaduhan abang dia ni...

"Tengok lah. Mana pernah diorang berdua bergaduh. Tiba-tiba gaduh, mesti ada masalah besar ni umi. Kita kena siasat" Datin Amelin tergelak kecil dengan kata-kata anak bongsu nya itu. Apalah budak ni...

"Siasat apa nya sayang oii. Diorang tu gaduh biasa aje. Umi tahu lah"

"Yakin je awak ni sayang. Kalau masalah tu masalah besar macam mana. Tengok aje luaran macam tu dalaman tak tahu" Sampuk Dato Arsyad. Ameer mengangguk setuju dengan kata-kata walidnya...

"Tak apa. Biar Meer yang siasat. Nanti apa-apa Meer cakap dekat umi okay"

"Yelah. Ni kamu, taknak bawa Amel tu datang sini ke ? Umi rindu lah nak jumpa dengan dia. Last jumpa pun bulan lepas" Ameer hanya mengukirkam senyuman manisnya. Alah bukan dia taknak bawa, Amel tu sibuk sangat belajar...

"Alah umi sabarlah. Dia tengah sibuk belajar tu. Bakal menantu umi kan rajin. Pandai kan Meer pilih" Dato Arsyad sekadar menggeleng kepalanya. Ingat dia tak tahu ke dengan perangai anak bongsu nya yang buaya itu...

"Yeke bakal menantu. Ke bakal-bakal menantu" Usik Dato Arsyad. Datin Amelin berkerut dahi mendengar usikan itu. Bakal-bakal menantu ? Apa maksud suaminya...

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now