𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​ | 35

397 19 0
                                    


-

        MAKAN malam sudah tersiap terhidang di atas meja makan. Pinggan juga telah disusun rapi oleh Hayla. Apabila sudah selesai dia membuat keputusan mahu naik ke tingkat atas untuk memanggil Ayaaz turun makan bersama dengan yang lain.

"Umi, walid, Hayla naik atas kejap eh. Nak panggil Ayaaz turun" Datin Amelin dan Dato Arsyad sekadar mengangguk.  Hayla terus naik ke tingkat atas sebaik sahaja menerima anggukan tersebut.

"Kenapa masam je muka awak ni ? Senyumlah sikit. Depan rezeki ni" Tegur Dato Arsyad yang dari tadi melihat wajah isterinya muram sahaja seperti memikirkan sesuatu.

"Bukan apa saya cuma...rindukan Ayraz. Dah lama saya tunggu dia balik tapi dia tak balik-balik pun. Dia dah tak sayangkan saya ke ?" Datin Amelin tersenyum kelat. Sejujurnya dia rindukan Ayraz.

Sudah lama anaknya belum pulang ke rumah tanpa khabar berita. Dia sebagai ibu, dia risau sangat tetapi apa yang dia boleh lalukan ?

"Awak ni. Tak ada apalah budak tu. Awak pun tahukan perangai dia tu dah berubah. Entah apa yang rasuk dia pun saya tak tahu. Dah jangan fikir sangat" Pujuk Dato Arsyad pada isterinya.

"Saya cuma rindukan dia. Sejujurnya saya tak ada niat kata macam tu. Saya terlalu ikutkan emosi. Saya..." Datin Amelin mengalirkan air matanya.

"Ye saya faham. Tak apa, dia dah besar pandai-pandai lah dia fikir mana baik mana buruk. Kalau dia sayangkan awak, dia akan balik" Datin Amelin memikirkan kata-kata suaminya. Lama kelamaan dia terdiam.

"Saya rindukan dia. Dia...tak rindukan saya ke ? Saya cakap macam tu pun sebab masa tu saya tengah marah. Dia kahwin dan membelakangi kita. Dia seolah-olah bukan Ayraz yang saya kenal. Ayraz bukan macam tu. Ayraz anak saya. Saya kenal dia" Satu persatu air mata Datin Amelin mengalir.

"Dah sudah. Dia jadi macam tu sebab kita selalu sangat manjakan dia. Jangan fikir lagi. Kalau dia ingat jasa awak. Kalau dia sayangkan awak, dia akan balik. Ingat tu" Kata-kata Dato Arsyad sedikit sebanyak membuatkan hati Datin Amelin tenang.

Setibanya di hadapan pintu bilik, tangan dinaik lalu diketuk pintu beberapa kali. Pelik kerana tiada sutan daripada Ayaaz. Tidur mati ke Ayaaz ni, gumam Hayla pelik. Selalunya kalau Ayaaz tidur pun dia akan terjaga tapi...

Tombol pintu dipulas oleh Hayla. Kepala dijenguk sedikit bagi melihat di dalam bilik itu. Sekali lagi dia berasa pelik. Kenapa bilik ni sunyi aje. Ayaaz betul-betul tidur mati ke ?

Perlahan-lahan kakinya menapak kearah katil. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Hayla menggerakkan sedikit tubuh Ayaaz. Berkerut dahinya apabila terasa lembut sahaja apabila dia mengelak selimut tersebut dia terkejut.

"Bantal rupa-rupanya. Aik habistu Ayaaz mana ?" Hayla mula rasa tidak sedap hati. Tiba-tiba terasa ada satu tangan melingkar pinggang nya. Berdebar-debar jantung Hayla. Takut dia diapa-apakan.

Tersedu-sedu Hayla menangis dek takut. Lelaki itu berkerut melihat keadaan Hayla. Peluk pun nak nangis ke dia ni, gumam Ayaaz di dalam hatinya.

"Baby kenapa nangis ni ?" Apabila mendengar suara itu. Hayla terus menoleh dan bidang dada Ayaaz ditumbuk berkali-kali oleh dirinya. Geram dengan perangai Ayaaz.

"Abang sengaja kan nak kenakan baby. Tahu tak baby takut tadi. Abang ni..." Air mata Hayla bertakung di kelopak matanya. Bila-bila masa sahaja boleh tumpah.

"Alah abang nak gurau aje. Sorry okay. Alahai manja nya dia. Sorry eh ! Serius abang niat nak gurau je bukan nak takutkan baby. Abang gurau je okay. Sorry babyy..." Ayaaz memeluk erat tubuh Hayla. Cengeng betul dia ni, gumam Ayaaz.

"Abang kalau penjahat betul-betul macam mana tadi ? Kalau dia bunuh baby macam mana ? Kalau..." Ayaaz meletakkan jari telunjuknya di bibir mungil Hayla. Terus Hayla terdiam.

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now