Satu (Edited)

3.1K 114 0
                                    

Aku tak mengejarmu saat kau pergi
Bukan karna ku tak cinta lagi

Tapi ku ingin berhenti
Kita saling menyakiti

Aku tak menahanmu tetap disini
Bukan karna tak bahagia lagi

Tapi kini ku sadari
Cinta tak harus saling miliki

Pin!! Pin!!

Bunyi hon dari kenderaan di belakang membuatkan Nadiya tersentak dari lamunannya, lagu yang sedang berkumandang melalui corong radio itu melalaikannya seketika.

"Oh! Dah hijau." Matanya mengerling lampu isyarat di hadapan.

Perlahan dia menukar ke gear D, baru sahaja kaki menekan pedal minyak entah dari mana muncul sebuah kereta yang laju dari bahagian kiri jalan.

Dia panik.

Kepalanya sempat menoleh ke arah kiri sebelum matanya dipejamkan rapat.

Sreeeettt... Bum..

Kereta yang sedang dipandunya itu terseret laju terus ke arah kanan dan melanggar tiang lampu isyarat.

Seketika dunia sekelilingnya menjadi gelap. Nadiya merasakan impak kuat yang menggoncang seluruh tubuhnya. Bunyi hentakan dan kaca yang pecah memenuhi telinganya, menghilangkan suara lagu yang masih terngiang-ngiang di fikiran. Dalam saat itu, semuanya terasa kelam, seolah-olah waktu berhenti dan dia terjebak dalam hening yang mengerikan.

Kepalanya terhentak pada stereng kereta cuba diangkat, tapi gagal. Darah mulai terbit dihujung bibir, kepala yang terasa berat cuba diangkat sekali lagi. Terketar-ketar tangannya, meraba kepala yang mulai basah. Tidak pasti sama ada darah atau peluh.

Rasa sakit menjalar dari kepala hingga ke seluruh badannya. Dia memaksa diri untuk kembali sedar, berusaha mengatasi kegelapan yang menyelubungi pandangannya. Perlahan-lahan, dia membuka matanya dan melihat sekelilingnya yang kelam dan keliru.

"Sakit Ya Allah..." Desisnya perlahan, matanya cuba melilau ke kiri dan kanan.

Mencari bantuan.

Mata yang semakin kabur dipaksa untuk terus celik. Bahagian kepala terasa semakin menyucuk-nyucuk sakitnya. Kepalanya semakin berat.

Ayat terakhir yang dia dengar cuma suara seorang lelaki yang sedang cemas dan dia tidak dapat melihat wajah lelaki tersebut dengan jelas, yang dia tahu lelaki itu sedang cuba untuk membantunya.

Telinganya terasa bingit. Tangannya memegang kepala yang semakin sakit. Nafasnya terasa semakin sesak, dia cuba menarik nafas. Tetapi tidak mampu, sungguh dia sudah tidak mampu.

"Cik, cik dengar suara saya tak?"

Dia cuba untuk menjawab tetapi kata-kata itu tidak terkeluar dari mulutnya.

"Tt.. Tolong.. Tolong saya—" Rintihnya, tetapi bibirnya sahaja mampu menuturkan. Suaranya sudah tidak kedengaran langsung.

Dan kemudian pandangannya gelap gelita,

'Ya Allah, selamatkanlah aku!'

Adam Afham, sudah tidak senang duduk sejak dari tadi lagi. Sekejap dia berdiri sekejap dia duduk. Kakinya juga sudah mulai penat bermundar-mandir.

Topi yang dipakai sejak dari awal tadi dibuka seketika lalu tangannya menolak masuk rambut yang jatuh di dahi ke dalam topinya. Peluh yang mula mengalir di bahagian muka diseka laju. Rimas pula rasanya, badan sudah terasa agak melekit.

Keadaan didalam bilik kecemasan yang sepatutnya sejuk itu terasa sangat panas. Jika ada yang menyentuh belakang badannya saat ini, pasti ingat dia baru lepas mandi hujan.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now