Dua Puluh Lapan

2.6K 104 11
                                    

Nadiya melangkah masuk ke bilik tidurnya, meninggalkan Adam untuk menemani Amsyar yang sedang bermain dengan barang-barang mainannya di ruang tamu.

Tangannya lincah mengemas ruang almari pakaiannya, mengasingkan pakaian yang masih boleh dipakai serta pakaian yang ingin dihantar ke pusat kitar semula. Setelah dia membuat keputusan untuk bertudung, agak banyak pakaian lamanya yang tidak boleh dia pakai lagi.

Dalam keasyikkan mengasingkan pakaiannya, matanya terpaku kearah satu kotak yang sudah lama tidak dilihatnya. Kotak tersebut dicapai, penutup kotak itu dibuka perlahan. Isi di dalam kotak itu diperhati satu persatu, gambar-gambarnya dan barangan-barangan yang pernah diberikan oleh Muaz memenuhi ruang dalam kotak tersebut, di capai satu gambar hitam putih yang tertulis dengan sepatah ayat.

'Hello daddy, I can't wait to meet you'

Air matanya menitis pada gambar yang berada ditangannya, terimbau kembali kenangan ketika kali pertama dia mengetahui kehadiran Amsyar di dalam rahimnya. Betapa gembiranya dia dan Muaz ketika itu, tapi selepas kejadian pahit yang telah menjadi titik hitam dalam hidupnya, akhirnya Amsyar dilahirkan tanpa kasih sayang dari bapa kandungnya sendiri.

-

Kakinya teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam rumah yang sunyi, sepi dan juga gelap. Tiada sedikit pun cahaya yang ada, suis lampu dihidupkan. Kedua matanya memerhati sekeliling yang sudah terang, suasana masih sepi. Terdengar tawa kecil dari arah dapur, tawa yang seakan-akan ingin disembunyikan tapi terlepas dari bibir.

"Nadiya?" soalnya agak kuat, kakinya menuju ke ruang dapur yang masih gelap.

"Dear... Awak ke tu?" soalnya lagi sekali, baru sahaja jarinya ingin menekan suis lampu, dia melihat cahaya lilin disebalik peti sejuk.

"Happy birthday to you... Happy birthday to you..." suara Nadiya melagukan lagu happy birthday kedengaran memenuhi ruang dapur kaki melangkah ke arahnya dengan menatang sebiji ke ditangannya.

"Happy birthday to my husband... Happy birthday to you"

"Happy birthday biy. I love you so much" ucapnya dengan penuh kelembutan.

"Thankyou so much dear!" balasnya seraya memeluk sisi tubuh Nadiya, dicium kepala wanita itu dengan penuh kasih sayang. Lilin yang masih menyala ditiup. Suis lampu dihidupkan, terpampang wajah cantik Nadiya dihadapannya.

"Suprise!" jerit Nadiya, tangannya menunjukkan ke arah meja makan yang sudah dihiasnya sejak dari tadi.

Terpaku Muaz melihat kejutan yang disediakan oleh isterinya itu. Kek ditangan isterinya dicapai lalu diletakkan ke atas meja. Tangannya merangkul erat tubuh isterinya.

"Biy! Saya ada hadiah untuk awak" ujar Nadiya, tangannya menolak tubuh suaminya perlahan. Sekeping gambar dihulurkan pada suaminya itu.

Muaz memandang gambar itu, dia terkaku seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu. Matanya memandang kearah Nadiya untuk meminta kepastian, menerima sahaja anggukan dari Nadiya sekali lagi tubuh itu dipeluknya erat.

"Terima kasih dear... I love you so much!" berulang kali dia mengucup dahi isterinya.

"Tak lama lagi awak nak jadi daddy dah" ujar Nadiya, dia mendongak sedikit untuk melihat wajah suaminya. Air mata yang terbit pada tubir mata suaminya itu diseka perlahan.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now