Tiga Puluh Lapan

2.6K 128 13
                                    

"Hayqal Amsyar!" jerit Nadiya sedikit lantang, tangannya dicekak pada pinggang sambil merenung tajam ke arah si kecil.

"Kenapa buang makanan dekat lantai ni sayang. Mummy suruh awak makan bukan buat main macam ni" suaranya sedikit tegas.

Tak sampai 5 minit dia tinggalkan Amsyar bersendirian, si kecil dah mula bermain dengan makanannya.

"Ami... Ami mayah ke?" mata si kecil terkebil-kebil memandang si ibu yang sedang membongkok mengutip sisa-sisa makanan di lantai.

"Mummy tak marah sayang, mummy tegur je" pipi anaknya yang dipenuh dengan kesan-kesan kuah pasta diusap perlahan. Makan dekat mulut, tapi sisa-sisa habis penuh satu muka.

"Next time, Amsyar dah tak nak. Boleh je cakap dekat mummy. Jangan buang atas lantai macam tu. Tak elok tau buang-buang makanan macam ni"

"Sowi ami..." kedua tangannya diangkat meminta maaf kepada si ibu.

"Ye, mummy maafkan. Next time jangan buat lagi. Promise?" jari kelingkingnya diangkat dicantumkan dengan jari kelingking Amsyar.

"Omish!" bersungguh-sunguh wajah si kecil berjanji. Entah faham atau tidak sebenarnya, tetapi itu cara yang Nadiya terapkan. Usia si kecil sudah menjangkau 1 tahun 5 bulan, mulutnya semakin petah sekarang. Jika diberikan arahan pun Amsyar sudah pandai menurut.

Selesai memandikan Amsyar dia turut merebahkan diri di sebelah anaknya. Wajah anaknya yang sedang menyusu itu dipandang lama, matanya sudah terkebil-kebil menahan rasa kantuk. Paha si kecil Nadiya tepuk perlahan, dah waktu untuk dia tidur sebentar. Tidak lama untuk menunggu si kecil terlena, matanya pula merasa berat.

Baru sahaja ingin melelapkan mata, bunyi deringan telefon bimbit tiba-tiba memecah keheningan suasana bilik, membuatkan dia tersentak dan terpaksa membuka mata. Tangannya meraba-raba mencari telefon bimbit yang diletakkan pada sisi katil.

Terangkat sedikit keningnya bila melihat nombor yang tidak dikenali naik pada skrin telefon bimbit. Badannya ditegakkan sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Hello, siapa ni—"

Belum sempat dia bertanya lebih, terdengar suara lelaki di talian.

"Assalamualikum Nadiya, ni Faris. Kawan kerja Adam"

"Waalaikumsalam. Oh! Faris. Ada apa tu?" soalnya perlahan, terkejut juga tiba-tiba rakan sekerja suaminya menghubungi dia.

Jantungnya sudah mula berdebar.

"Nadiya... Saya baru je dapat tahu, Adam kemalangan dalam perjalanan balik dari rondaan tadi dan sekarang dia dekat HKL"

Jantung yang tadinya hanya berdebar kini sudah bertukar menjadi degupan yang sangat kencang sehingga dia merasakan agak sukar untuk bernafas. Mulutnya ditekup, menahan tangis.

"Tapi awak jangan risau, dia dalam rawatan sekarang ni tapi mungkin dia akan ditahan di hospital dulu. Kalau awak nak datang, saya boleh minta tolong wife saya ambil awak dekat rumah" ujar Athif cukup berhati-hati.

Risau juga kalau isteri kepada sahabatnya itu datang ke sini sendirian.

"Tak apa, saya boleh drive sendiri. Saya datang sekarang" tegas Nadiya, dia terus berdiri. Tangannya lincah mencapai pakaian.

"Suami saya okay kan Faris?" soalnya masih teragak-agak. Hatinya berdoa semoga tiada apa yang serius terjadi pada suaminya itu.

"Insya-Allah, tak ada apa-apa yang serius" balas Faris perlahan.

"Kalau awak dah sampai nanti, call saya. Saya tunggu dekat sini, Athif pun ada sekali ni" sambungnya lagi.

Dengan pantas Nadiya menukar pakaian setelah panggilan ditamatkan, baru sahaja ingin keluar dari bilik baru teringat akan Amsyar yang sedang lena itu.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now