Sebelas

2.1K 99 4
                                    

Matanya ralit menatap gambar yang baru sahaja diterima daripada Puan Kartini sebentar tadi. Raut wajah si kecil saling tak tumpah seperti bekas isterinya, mata si kecil yang bundar itu buktinya.

Dari si kecil lahir sehingga kini usianya mungkin sudah menginjak 7 bulan dia masih lagi tidak pernah berkesempatan untuk berjumpa dengan anaknya itu. Hanya gambar-gambar daripada Puan Kartini sahaja sebagai pengubat rindu.

"Abang! Dari tadi Hani panggil, abang tak dengar ke?" suara isterinya itu membuatkan dia tersentak, telefon di tangan terus disimpan ke dalam poket.

"Abang tengok apa? Kenapa tiba-tiba simpan phone tu? Abang nak sorok apa dari Hani? Ke abang rindukan janda abang tu?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut isterinya itu langsung tidak dijawab. Dia sudah masak dengan perangai isterinya yang sengaja mencari punca pergaduhan.

Punggung diangkat daripada sofa, kakinya melangkah ke arah isterinya yang berada di pintu bilik itu.

"Kenapa awak panggil abang?" soalnya.

"Abang sorok apa sebenarnya daripada Hani?" wajahnya memandang tajam ke arah suaminya, bukan dia tidak nampak reaksi suaminya itu tadi.

Sejak dari majlis perkahwinan mereka di rumah keluarga Muaz lagi dia merasakan sesuatu yang tidak kena. Sudahlah tiba-tiba bekas isteri suaminya itu muncul pada hari kejadian dan pada malam itu tiba-tiba Puan Kartini bergegas keluar dari rumah, rupa-rupanya bekas isteri suaminya itu terlibat dalam kemalangan. Dia masih ingat wajah suaminya terus berubah panik apabila mengetahui perkara itu.

"Awak ni dah gila talak ke?" sinis suara Hani, tangannya disilang ke dada.

"Apa awak merepek ni?" bentak Muaz.

Apa lagi yang tidak kena pada pandangan isterinya itu. Dia sudah memberikan segala-galanya, malahan dia sanggup tinggalkan isteri dan anaknya demi wanita di hadapannya ketika ini.

"Abang jangan ingat saya tak tahu yang abang masih sayangkan janda abang tu! Perempuan tak guna tu sengaja kan datang rumah mama, sengaja buat-buat muka tak malu! Tu yang sekarang abang pun dah macam orang gila ta—"

"Perempuan yang awak cakap tak guna tu dah jadi bekas isteri saya Hani. Awak kena ingat Hani, dia jadi 'bekas isteri' saya disebabkan saya pilih untuk tinggalkan dia untuk bersama awak!" pintas Muaz lantang sengaja dia tekankan perkataan 'bekas isteri' itu supaya Hani faham akan maksudnya.

"Oh sekarang abang menyesal lah tinggalkan dia dulu?" balas Hani, sengaja ingin menduga. Dia mahu tahu apa respon lelaki di hadapannya itu.

"Menyesal huh?" senyuman sinis diberikan kepada Hani.

"Kalau saya menyesal sekali pun, benda dah jadi Hani. Saya tak kan boleh patah balik lagi. Apa yang awak tak puas hati dengan Nadiya? Dia tak ada salah dengan awak, kita yang banyak salah dengan dia" sambung Muaz lagi. Kakinya melangkah keluar dari ruang bilik itu. Cukuplah, dia malas hendak bergaduh dengan isterinya itu.

Ada saja tidak kena pada pandangan Hani tentang Nadiya, sedangkan terang-terang Nadiya tidak bersalah dalam hal mereka berdua.

Kalau kata menyesal, ya sejujurnya dia memang menyesal.

Dia terlalu ikutkan hati ketika membuat keputusan, perasaannya yang sebelum ini membuak-buak pada Hani semakin hilang yang muncul sekarang ialah perasaan bersalahnya pada Nadiya serta anaknya itu.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now