Dua Belas

2.2K 111 8
                                    

Telefon bimbitnya diletakkan ke atas sofa, Amsyar yang sudah lena di ribanya itu dibiarkan. Jika dialihkan nanti pasti tidur si kecil itu terganggu. Habis sahaja sebotol susu terus terlena, mungkin penat bermain hari ini. Kata Kak Huda, Amsyar semakin laju merangkak. Tahu-tahu hilang dari pandangan, jenuh Kak Huda mengejar.

Pipi anaknya itu dielus-elus  perlahan.

"Anak mummy ni makin banyak akal ya" dicuit dagu si kecil yang sedang lena itu.

Matanya berkalih ke arah Zaty yang baru sahaja melepasi ruang dapur. Muk yang dihulur oleh Zaty disambut lalu diletakkan ke atas meja. Risau tertumpah pada Amsyar yang masih dalam ribaannya.

"Mama ke call kau tadi?" soal Zaty, punggungnya dilabuhkan pada sofa di sebelah Nadiya. Tangannya mengacau perlahan kopi di dalam muk.

"Aah, aku dah sampaikan jemputan kau dekat dia tadi. Kalau tak ada apa-apa dia datang. Tapi kan Ti, mama ada cerita dekat aku pasal Muaz" ujar Nadiya. Badannya disandarkan pada sofa, mencari keselesaan. Amsyar boleh tahan berat juga.

"Apa lagi Muaz dengan bini dia buat?" kopi yang masih panas itu ditiup perlahan sebelum dia menyisip sedikit.

"Muaz dah bercerai dengan Hani.." mendatar suara Nadiya, keluhan kecil keluar dari mulutnya.

Terus terkejut Zaty dihadapannya, muk yang berada di tangannya terus diletakkan ke atas meja.

Puan Kartini mengatakan Muaz sudah menceraikan Hani dan sebelum ini rupa-rupanya Muaz diperangkap oleh Hani. Banyak yang Puan Kartini cerita tetapi semuanya tidak masuk dalam fikirannya. Yang dia dengar cuma berkenaan Muaz ingin berjumpa dengan dia dan Amsyar. Dia masih belum memberikan keputusan, dia perlukan masa untuk berfikir. Nasib baik kali ini Puan Kartini tidak memaksa.

"Lah, baru kahwin dah cerai? Kata cinta mati dengan perempuan tu. Itu yang dia sanggup pukul kau separuh mati masa tengah sarat dulu tu" sindir Zaty, wajah sahabatnya itu dipandang.

Dia sangat berharap Nadiya tidak terlalu berlembut hati dengan bekas suaminya itu, perbuatan Muaz dahulu tidak sepatutnya dimaafkan dengan mudah. Baginya apa yang lelaki itu pernah lakukan kepada Nadiya itu sangat kejam. Kemanakah perginya akal serta kewarasan Muaz saat itu.

"Entah lah Ti, biarlah. Malas aku nak fikir" balas Nadiya, malas dia hendak ambil tahu. Itu semua keputusan Muaz, yang lepas biarlah lepas. Dia mahu fokus untuk hari yang mendatang. Urusannya dengan Muaz sudah selesai.

"Eh! Abang Azri ada inform aku, dia mungkin tak dapat pergi kenduri kau. Keknis punya cousin pun nikah sama date dengan kau. Nampaknya, aku gerak seorang je lah nanti" sambung Nadiya.

KL - Sabak Bernam tidak jauh mana, dia boleh handle lagi untuk memandu seorang diri bersama Amsyar.

"Abang polis kau kan ada, ajak lah dia" sengaja dia memberi cadangan, dia tahu Nadiya mulai rapat dengan lelaki itu sejak insiden tayar pancit hari itu. Si 'abang polis' itu sudah memulakan first move tetapi Nadiya sahaja yang masih jual mahal.

"Banyaklah kau, tak nak lah aku" desis Nadiya.

"Aku rasa kan Yaya, abang polis tu dah fall in love dengan kau. Aku tengok gaya dia pandang kau pun, aku dah boleh agak"

Nadiya malas melayan Zaty, semakin dilayan makin menjadi-jadi nanti. Amsyar diangkat dalam dukungan. Langkah diaju menuju ke bilik tidur meninggalkan Zaty yang masih duduk di ruang tamu.

"Nak call abang polis ke tu?" sempat dia dengar perlian Zaty itu.

Sudah hampir dua hari sebenarnya lelaki itu menghilangkan diri, mungkin juga lelaki itu sibuk. Tetapi hatinya merasa tidak sedap pula. Perlu ke dia yang menghubungi lelaki itu?

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now