Tiga Puluh Sembilan

2.4K 157 6
                                    

Badan disandarkan pada kepala katil. Air mineral diteguk perlahan, setiap tegukan dirasakan bagai rahmat membasahi tekak yang sudah kering sejak dari tadi. Pandangan kosong dihala ke arah makanan yang terhidang.

Nafas dihela berat, tubuhnya terasa lelah bukan hanya kerana fizikal, tapi kerana beban emosi dan rasa sakit yang ditanggung sejak beberapa bulan yang lalu. Tangan yang masih penuh dekat kesan-kesan lebam hasil suntikan menggambarkan betapa beratnya perjuangan yang sedang dilalui dan saksi kepada kesakitan yang masih tidak ketahui puncanya.

Tidak menyangka Nadiya pula menjadi antara orang pertama yang melihat keadaannya yang sebegini.

Beberapa bulan lepas dia merasakan badannya selalu cepat penat dan tidak bertenaga. Selera makannya juga semakin berkurang, berat badannya juga tiba-tiba turun secara mendadak. Awalnya dia ingat dia hanya demam atau sakit-sakit badan yang biasa tapi bila batuknya yang tak sembuh-sembuh membuatkan dia selalu terjaga dan kadang-kadang terasa dadanya sakit menyucuk, setiap hari yang dilaluinya dengan rasa sakit yang semakin menjadi-jadi itu. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena pada tubuhnya. Hampir dua bulan dia berulang alik ke hospital yang sudah menjadi seperti rumah keduanya.

Terkadang bila rasa sakit pada tubuhnya tiba-tiba menyerang membuatkan dia merasa seakan ajal sedang menghampirinya dan setiap saat terasa seakan saat terakhir untuknya.

Setiap rasa sakit dan penderitaan yang dialaminya saat ini terasa seakan-akan balasan pada kesalahan-kesalahan yang pernah dia lakukan pada Nadiya dan Amsyar dahulu. Mungkin ini adalah hukuman dari Tuhan untuk kesilapan masa lalunya.

Pandangannya menekur pada cadar putih yang membaluti katil hospital, masih berharap ada kesempatan untuk bertemu dengan anaknya agar dia dapat memberi sedikit kasih sayang yang telah lama dia abaikan dan membina semula hubungan yang telah pudar walaupun bukan dengan Nadiya tetapi sekurang-kurangnya dengan Amsyar.

Dia redha hubungannya dengan Nadiya sudah pun berakhir dan mereka tidak ditakdirkan bersama. Kini dia cukup yakin Nadiya sudah bahagia dengan kehidupan barunya.

"Encik Muaz dah makan?" sapa seorang jururawat wanita yang bertugas pada malam itu.

Muaz hanya mengangguk, walaupun hanya sesuap dua yang mampu masuk ke dalam mulutnya.

"Kalau tak ada apa-apa, esok Encik Muaz dah boleh discharge. Cuma nanti ada beberapa follow up untuk result darah dan x-ray ya"

Muaz hanya membalas dengan senyuman segaris. Dia sendiri tidak tahu sama ada di perlu gembira atau tidak dengan berita itu. Keadaannya bukan semakin membaik tapi semakin memburuk.

Dia merasakan seakan sudah berputus asa, Andai tiba-tiba ajal menjemputnya kini, dia redha.

-

"Abang betul ke boleh jalan ni? Ke nak saya ambilkan wheel chair untuk abang?" Nadiya bersuara sebaik sahaja melihat suaminya yang sedang terhincut-hincut berjalan disebelahnya itu.

"Sayang, suami awak ni kuat. Jangan lah risau. Kalau sayang nak suruh abang berlari pun abang boleh je" balas Adam bersahaja, walaupun sebenarnya dia rasa macam nak merangkak je sekarang ni.

'Sakit nak mati!'

"Poyo betul lah abang ni. Abang tunggu sini, saya pergi ambil kereta kejap" arah Nadiya, langkah terus dibawa meninggalkan suaminya di ruang lobi hospital. Dia tahu suaminya hanya berlagak kuat, macam lah dia tak nampak muka suaminya yang kejap-kejap berkerut menahan sakit tu.

Adam melabuhkan punggung pada kerusi besi yang berada disitu, pandangannya jatuh pada kaki yang berbalut. Terasa berdenyut-denyut bahagian buku lalinya itu.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now