Sembilan Belas

2.3K 105 3
                                    

Kejadian yang terjadi tempoh hari tidak diceritakan kepada keluarganya langsung, hanya rakan sekerjanya sahaja mengetahui apa yang berlaku. Dia tidak mahu keluarganya risau akan keadaannya. Lagi-lagi ibunya, nanti silap-silap laju ibunya datang dari Ipoh. Mujur dia hanya luka-luka ringan serta lebam di bahagian badan sahaja. Jadi tidak ada kecederaan serius pun.

Tapi sekarang dia ada masalah yang lebih besar. Ada radio karat yang sangat baik hati tolong sampaikan berita itu kepada wanita yang sedang menyinga dihadapannya ini. Terima kasih banyak-banyak lah kepada radio karat a.k.a bakal abang iparnya.

Bangun sahaja pagi tadi berpuluh mesej diterima daripada wanita dihadapannya ini. Seram nak membalas semua pesanan itu dan disebabkan itu lah sekarang dia terpaksa juga tunjukkan mukanya dihadapan wanita ini.

Wajah wanita itu dipandang, bibirnya dicebikkan meminta simpati. Teruk dia kena bebel hari ini. Nak tak nak terpaksa sahaja lah tadah telinganya.

"Apa buat muka macam tu? So memang dah plan lah tak nak inform saya?" matanya dijelingkan kepada lelaki yang sibuk mencebik dihadapannya itu. Macam nak gugur jantungnya bila mendapat panggilan dari Azri untuk bertanya khabar dan dia dikejutkan dengan berita yang Adam dilanggar ketika bertugas dua hari lepas.

Dan lelaki itu langsung tidak memaklumkan apa-apa pun kepadanya, patutlah bila diajak keluar laju lelaki itu menolak. Biasanya belum dipelawa lagi lelaki itu yang dah sampai dulu.

"Saya tak nak awak risau cantik. Saya okay, ni awak tengok saya depan mata awak. Saya okay kan?" ujarnya perlahan, dadanya ditepuk-tepuk menunjuk kuat.

Takut juga dia melihat wajah Nadiya yang macam dah tak sabar nak menelan dia saat ini. Pertama kali dia lihat wanita itu begini.

"Cantik.. Jangan lah garang-garang, saya takut.." bibirnya masih mencebik, matanya dikerdipkan meminta simpati.

"Tak payah nak buat muka comel macam —"

"Awak cakap saya comel cantik? Saya comel ke? Betul ke saya comel?" laju dia menyela percakapan wanita dihadapannya itu sebaik sahaja dia terdengar perkataan comel itu.

Wajahnya yang dah serupa orang minta ditampar itu digelar comel? Kalau handsome, tampan, kacak, bergaya tu boleh lagi diterima. Sebab itu memang hakikatnya. Ramai yang cakap, dia pun sedar dengan kenyataan itu.

"Ei! Dia ni kan!" bibirnya digigit menahan geram dan tangannya laju menampar dengan agak kuat lengan lelaki itu.

"Sakit lah cantik, sikit lagi nak kena tang luka saya tu" berdecit Adam bila hampir sahaja tangan wanita itu menyentuh bahagian luka. Nasib baik tak kena. Kalau kena tadi, mahu jatuh air muka dia.

"Sorry. Tak sengaja" tangannya perlahan mengusap lembut lengan lelaki itu. Dipusingkan sedikit tangan lelaki itu untuk memeriksa luka yang sudah agak kering itu. Nasib baik sikit sahaja, tenang sikit hatinya.

"Awak betul-betul risau kan saya? Sayang juga ye awak dekat saya" anak matanya diarahkan tepat pada mata wanita itu. Senyuman nakal dikoyak pada bibirnya bila melihat wanita itu sedang membelek-belek lengannya.

"Gila tak sayang, kalau tak sayang buat apa saya terima lamaran awak" kecil suara Nadiya menjawab, tetapi tetap sampai pada pendengaran Adam.

Giginya diketap, menahan senyum. Terasa bergetar hatinya mendengarkan ayat Nadiya tadi.

"Apa dia cantik? Saya tak dengar. Boleh ulang lagi sekali tak?" usik Adam.

"Eh! Dia ni. Tak nak.. Saya tak nak ulang" tangannya dilayang-layangkan pada lelaki itu. Pipi yang sudah berbahang itu ditolak-tolak dengan lidahnya.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now