Tiga Puluh Tiga

2.7K 123 21
                                    

Tubuh isteri dipeluk dari arah belakang, tirai berayun perlahan ditiup angin dari arah balkoni, menambahkan suasana tenang dalam bilik itu.

Kedinginan yang menyapa tubuh lenyap bila tubuh mereka bersatu. Terasa hembusan nafas halus pada lehernya.

"Sejuk lah yang..." bergetar suara Adam, tubuh isteri ditarik semakin rapat.

"Memang lah sejuk. Abang yang ajak datang sini kan?" bidasnya perlahan. Terasa tenang bila dipeluk begitu, matanya masih ralit memandang kehijauan dihadapannya.

"Amsyar dah lena tu yang. Sayang tak nak tidur?" bibirnya menjalar ke leher jinjang milik si isteri. Terasa tiba-tiba tangannya ditolak untuk melepaskan pelukan dari tubuh isteri.

"Sebenarnya... Saya ada benda nak bagi abang. Abang tunggu sini kejap" ujar Nadiya, tangannya cuba menolak tangan suami yang masih merangkulnya erat.

"Kejap lagi lah sayang. Abang nak lepas rindu ni. Dah lama kita tak dapat spend time macam ni—"

"Ala abang. Ni hadiah tau. Abang tak nak hadiah ke?" sela Nadiya pantas, terasa rangkulan pada tubuhnya melonggar sedikit terus dia berlari ke arah meja solek. Tidak lama untuk dia kembali mendekati suaminya.

"Nah! Hadiah untuk abang. Special tau ni" ujar Nadiya, kotak yang saiznya besar sedikit dari tapak tangan dihulur pada suami.

Adam menyambut huluran dari isteri, pelik pula tiba-tiba dia diberikan hadiah, tanganya perlahan menarik reben yang diikat pada kotak itu.

"Tapi hari ni bukan birthday aa—" dia tergamam seketika, tidak mampu untuk bersuara, masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Hadiah ditangan seakan mustahil, dan jantungnya berdetak lebih kencang. Matanya mula berkaca, memandang wajah isteri dengan reaksi masih tidak percaya.

"Betul ke ni sayang?" soalnya masih tidak percaya, menerima sahaja anggukkan dari isteri, laju tangannya menarik tubuh isteri dalam pelukan.

"Tapi kan sayang makan—"

"Dah terbabas nak buat macam mana abang?" sela Nadiya pantas, tawanya meletus bila melihat reaksi suami yang gembira tadi berubah resah.

"Tapi abang jangan risau, saya dah check dekat klinik. Insya-Allah, semua baik-baik je" sambung Nadiya lagi, tangannya membalas pelukan suami.

"Abang minta maaf sayang—"

"Abang ni! Sepatutnya abang happy la. Abang juga yang selalu cakap, abang nak bagi Amsyar adik" mulutnya mencebik bila suami masih lagi seakan menyalahkan dirinya.

"Sayang... Abang happy. Happy sangat. Abang tak sangka abang akan dapat rasa momen ni" kedua lututnya dijatuhkan ke lantai, bibirnya mencium lembut perut isteri yang masih kempis.

"Membesar dengan sihat ya sayang daddy. Daddy tak sabar nak jumpa anak daddy ni"

"Thank you so much, sayang, for this beautiful gift. It means a lot to me" dia kembali menarik tubuh isteri ke dalam pelukan, bibirnya dijatuhkan ke ubun-ubun isteri.

Matanya dipejamkan seketika, menghela nafas dalam-dalam, lalu berbisik perlahan,

"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas segala nikmat-Mu" rasa syukur melimpah di hatinya.

"Saya nak minta maaf dekat abang sebenarnya..." wajahnya diangkat sedikit, memandang raut wajah suami.

"Yang abang dok loya tiap hari, asyik nak muntah lepas makan tu sebenarnya mungkin alahan. Saya tak kena, abang pula yang kena" sambung Nadiya perlahan, teringat waktu dalam perjalanan ke sini tadi. Adam dah macam orang mabuk laut, berapa kali mereka terpaksa berhenti di tepi jalan sebab Adam tidak tahan nak muntah. Tu belum lagi bila setiap kali nak makan, Adam dah macam nak pergi berperang.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now