Tiga Puluh Empat

2.4K 131 4
                                    

"Haa. Panjang umur, tu dah sampai dah Adam dengan isteri dia" ujar Puan Fatimah, kakinya melangkah ke arah dapur ingin menyiapkan hidangan yang tergendala sebentar tadi.

Laju kepala Husna berpaling melihat susuk tubuh yang masuk dari muka pintu rumah. Senyumannya yang tadi kelihatan manis, berubah kelat bila melihat tangan Adam menggenggam erat tangan wanita disebelahnya, matanya beralih pada budak lelaki yang berada dalam dukungan Adam.

'Cik Timah cakap Adam baru je kahwin, tapi tu anak siapa?' hatinya mula tertanya-tanya.

"Eh! Husna? Bila balik sini?" sapa Adam ramah, punggungnya dihenyak pada sofa, Amsyar yang masih lena dibaringkan diribaannya.

Huluran tangan dari wanita yang bersama Adam tadi disambut perlahan, bibirnya masih mengukirkan senyum biarpun terasa kekok. Matanya tidak lepas memandang raut wajah wanita itu. Nampak seakan muda sikit darinya. Cantik, padan lah dengan Adam.

"Husna baru je sampai sini minggu lepas, Husna balik terus kalini. Next week dah start kerja dekat KL" balas Husna, hatinya sedikit sebal melihat kemesraan merpati dua sejoli dihadapnnya itu. Air matanya cuba ditahan. Masih seakan tidak percaya, lelaki itu telah pun menjadi milik orang.

"Oh baguslah kalau macam tu, Husna pun dah lama sangat kan duduk sana kan" matanya mengerling sekilas ke arah isteri disebelahnya, nampak si isteri seakan tertanya-tanya siapa gerangan wanita yang berada dihadapan mereka itu.

"Eh sayang, kenal kan ni Husna. Dia ni dulu jiran lama kami, masa ayah bertugas dekat Kuala Kangsar dulu. Lama dia duduk dekat Jepun sana, mula dulu sambung belajar lepas tu kerja pula dekat sana. Kan Husna kan?" mata Adam beralih pula pada Husna yang mengiyakan apa yang diperkatakannya. Anak mata mereka bertembung, Adam masih kekal tenang. Tapi dari riak wajah Husna, dia tahu ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

"Husna ni dari dulu memang rapat dengan keluarga kita Nadiya, lepas arwah ayah dia meninggal dia pindah duduk Penang dengan ibu dia. Sebelum dia sambung belajar dekat Jepun dulu, selalu juga dia datang sini" sambung Encik Musa pula.

Nadiya hanya menganngguk faham. Melihat cara pandangan Husna kepada suaminya itu membuatkan dia rasa tidak selesa sebenarnya. Seolah-olah ada sesuatu diantara mereka, tapi segera ditepisnya jauh segala perasaan yang mula menjalar dihati, cuba untuk kekal tenang.

"Saya ke dapur kejap ya, nak tolong ibu" ujar Nadiya meminta diri, tubuhnya dibawa menuju ke dapur.

Tubuh Puan Fatimah yang sedang mencedok lauk ke dalam mangkuk itu dirapati, tangannya merangkul bahu wanita tua itu dari arah belakang.

"Rindunya Nadiya dekat ibu. Ibu masak apa hari ni?" dia menjenguk sedikit ke arah periuk, aroma masakan ibu yang menerpa hidungnya membuatkan air liurnya hampir meleleh.

"Ibu pun rindu betul dengan menantu ibu ni. Ni ibu ada masakkan udang masak lemak cili api. Adam minta ibu masakkan, katanya ni kegemaran Nadiya" balas Puan Fatimah.

"Sedapnya ibu. Lama betul Nadiya tak makan lauk ni"

"Adam tak bagi kamu makan ke? Makin kurus ibu tengok kamu ni" bebel Puan Fatimah, badannya memunsing menghadap menantu yang berada dibelakangnya. Tubuh menantunya itu dipandang atas bawah, wajah Nadiya kelihatan sedikit cengkungz

Tawanya meletus sebaik sahaja mendengarkan komen dari ibu mertuanya itu. Dia rasa beratnya sudah naik hampir 3kg tapi ibu mertuanya masih mengatakan dia kurus.

"Mana ada kurus lah ibu, ada isi ni" balas Nadiya, tangannya mengusap perlahan perutnya memberi 'hint' kepada ibu mertua.

"Betul ke?" Soalnya seakan tidak percaya, dengan keningnya berkerut, cuba mencari kepastian dari wajah menantunya itu. Melihat sahaja anggukkan dari Nadiya, laju dia menarik tubuh menantunya ke dalam dakapan.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now