Tiga Puluh

3K 123 18
                                    

"Saya nak berhenti kerja" ujar Nadiya sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, tersentak Adam bila tiba-tiba Nadiya berdiri di belakangnya. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat asar, sejadah dilipat lalu digantung. Tubuh isteri yang masih tegak berdiri di hadapannya itu didekati.

"Sayang nak berhenti kerja?" soal Adam, tubuh isterinya itu dipeluk erat. Melepaskan kerinduan setelah seharian tidak bertemu.

"Awak okay ke kalau saya berhenti kerja?" Nadiya bertanya perlahan, matanya menatap wajah suaminya penuh harapan.

"Sayang, apa yang awak rasa terbaik untuk awak. Abang akan sentiasa sokong"

"Selagi abang ada, sayang tak perlu risau apa-apa. Abang mampu dan abang akan pastikan awak dan anak kita hidup dengan selesa. Tanggungjawab ni abang dah ambil sepenuhnya, sayang tak perlu fikir soal kewangan. Abang akan uruskan semua" ujar Adam, dahi isterinya itu dicium lama.

"Abang tak minta lebih, cukup lah awak jaga abang dengan baik. Sayangkan abang sepenuh hati awak. Lahirkan anak yang comel-comel macam Amsyar" sambung Adam lagi. Tubuh isteri dirangkul semakin erat, memberi isyarat bahawa dia akan selalu ada untuknya.

"Sayang ada benda nak cerita dengan abang?" dia mengajukan soalan itu dengan perlahan, memberi ruang untuk isteri agar dapat meluahkan apa yang disembunyikannya. Dia tahu ada sesuatu yang terjadi tengah hari tadi, jika tidak kenapa tiba-tiba sahaja Nadiya ingin berhenti kerja.

"Sayang... Cerita lah, abang nak dengar. Abang tahu ada benda sayang cuba sembunyikan dari abang" ujar Adam lagi, bahu isterinya dicuit perlahan.

"Saya tak selesa dengan Muaz..." teragak-agak untuk dia bercerita, tetapi melihat wajah suaminya yang mengharapkan dia untuk meluah segala rasa dia rasa ada baiknya dia meluah dari terus memendam rasa.

"Saya rasa Muaz macam tengah rancang sesuatu. Saya takut kalau dia cuba —" bicaranya terhenti. Tangisannya terhambur tanpa dia sedar. Wajahnya disembam ke dada bidang milik suaminya, melepaskan segala rasa yang dia sendiri tidak tahu apa. Fikirannya seakan sedang bercelaru, dia tidak tahu kenapa hatinya tidak enak saat ini.

"Sayang, hey... Cantik jangan menangis macam ni" pujuk Adam.

"Sayang... Dengar cakap abang. Walau apa pun terjadi, abang akan usaha sedaya upaya untuk pastikan tak kan ada yang boleh pisahkan awak, abang dan Amsyar. Abang janji dengan awak"

Niat untuk menceritakan perihal gambar yang dikirim oleh Muaz tadi terpaksa dilupakan. Tidak ingin menambah rasa pada isterinya yang emosinya tidak begitu baik ketika ini. Dia tahu apa yang Nadiya maksudkan.

"Saya ingatkan lepas kita kahwin, semua akan okay. Tapi—"

"Abang yakin, walau apa pun yang terjadi, semua akan baik-baik sahaja. Sayang jangan risau, abang ada. Abang always ada untuk awak si cantik" sela Adam, tidak mahu Nadiya terus berfikir yang bukan-bukan. Dia akan pastikan semua akan baik-baik sahaja. Dia tidak akan membiarkan Muaz atau sesiapa pun merampas Nadiya dan Amsyar dari hidupnya.

"Si cantik abang ni dah solat asar belum?" soal Adam setelah tangisan Nadiya mulai reda. Rangkulan pada tubuh isteri masih tidak dilepaskan, mujur Amsyar masih menyambung lenanya setelah sampai ke rumah tadi. Jika tidak momen ini pasti ada gangguan dari si kecil.

"Saya cuti" ujar Nadiya, senyuman nakal terbit dibibirnya. Wajah diangkat sedikit, tangan merangkul leher suami, di elus-elus lembut belakang leher lelaki itu sengaja ingin mengusik.

"Cuti tu cuti juga, tapi yang sayang nakal sangat ni kenapa?" bergetar suara Adam menahan gelora dihati.

"Abang sabar sikit eh, tak lama pun biasanya 5 hari je" bisik Nadiya rapat ditelinganya.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now