Sembilan

2.5K 108 0
                                    

Tshirt oversize berwana putih disarung ke tubuhnya dipadankan dengan seluar jeans biru gelap. Jam tangan dicapai lalu terus disarung ke tangannya yang agak berbelang itu. Dikerling sekilas jam ditangan menunjukkan sudah kearah 8.30 pagi.

Biasalah, berjemur tengah panas.

Janjinya dengan Nadiya jam 10. Jadi dia ingin menyelesaikan hal kereta Nadiya yang masih tersadai di tempat kerjanya itu dahulu.

Perfume disembur keseluruh badan. Topi, dompet dan telefon bimbit dicapai dan terus berlalu keluar. Masih berkira-kira, sama ada motor atau kereta pilihannya pagi ini.

'Naik motor jelah, karang balik naik grab singgah balai' detik hatinya.

Lama dia tidak menunggang CBR nya. Lalu kunci dicapai, enjin dihidupkan. Full face helmet disarung ke kepala. Pintu rumah dikunci rapi, perlahan dia naik keatas motorsikal berkuasa tinggi ini.

'Bismillah'

Laju dia memecut kearah jalan raya, lepas gian.

Setibanya di balai tempat dia bertugas, dia melihat kereta Nadiya sudah terletak elok diruang parkir.

"Amboi. Off pun datang sini bro?" tegur Athif yang baru sahaja ingin keluar bertugas.

"Ni ha, kereta member aku pancit semalam" balas Adam sambil melihat keadaan tayar kereta Nadiya.

"Pastu cane boleh sadai sini?" soal Athif bingung.

"Aku minta towing hantar sini dulu, tayar spare pun tak ada semalam"

Dia sudah pun menghubungi bengkel terdekat untuk datang menukar tayar tersebut. Tetapi batang hidung pekerja dari bengkel itu tidak pula dilihatnya.

Athir sudah meminta diri untuk meneruskan tugasnya. Adam bersandar di tepi kereta milik Nadiya. Menunggu pekerja dari bengkel yang dihubunginya awal tadi.

Tidak lama kemudian, satu kereta wira berhenti disebelahnya.

"Bos, you yang call saya tadi ke?" lelaki itu menegurnya.

Adam mengangguk.

"Saya tukar ini kasi tayar spare dulu, lepas tu you ikut saya pergi bengkel loh" cadang lelaki cina tersebut.

"Boleh bos, asal settle" balas Adam.

Laju lelaki cina itu mengarahkan pekerja yang datang bersamanya tadi. Adam hanya memerhati kerja dua orang lelaki cina itu. Setelah selesai Adam ikut mereka berdua ke bengkel.

Selesai sahaja urusan kereta, dia menuju ke rumah Nadiya pula. Telefon bimbitnya dicapai, nombor Nadiya didail laju. Butang pembesar suara ditekan.

Lama dia menunggu panggilannya bersambung.

"Hello buaya" sapa Nadiya pantas.

"Hello perempuan cantik"

"Saya dah on the way" sambungnya lagi

"Awalnya! Awak cakap pukul 10!"

"Cik adik, cuba tengok jam sekarang dah pukul berapa" tegur Adam lembut.

Dia bukan awal sangat, jam dah 9.30 pagi kot.

"Awak! Saya belum siap apa-apa lagi. Amsyar pun baru lepas mandi"

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now