Tiga Puluh Satu

2.4K 110 7
                                    

Adam memandang redup wajah isteri yang masih lena. Hampir memasuki 3 bulan usia perkahwinan mereka, 2 minggu lalu sempat dia mengadakan sambutan hari lahir pertama Amsyar. Seronok betul si kecil bila ramai memberikan hadiah kepadanya. Mulutnya juga sudah semakin becok menuturkan kata-kata walaupun masih hujung-hujung perkataan.

Matanya ralit memerhatikan wajah isteri dan anaknya yang masih nyenyak itu. Dalam setiap nafas mereka, dia merasakan kedamaian yang tidak dapat digambarkan. Saat melihat dua insan itu tersenyum, hatinya berbunga-bunga, penuh dengan rasa syukur atas keluarga yang sempurna ini. Dia selalu memastikan bahawa mereka merasa disayangi dan dihargai, tidak pernah terlepas satu hari pun tanpa ungkapan kasih sayang. Setiap detik adalah bukti betapa dalamnya perasaan cinta dan sayangnya kepada isteri serta anaknya itu.

Bibirnya mencium lembut dahi isterinya yang masih lena itu.

"Abang pergi kerja dulu sayang" ujarnya perlahan tidak mahu mengejutkan isterinya yang masih dibuai mimpi. Jam ditangan dikerling sekilas, sudah menujukkan ke jam 5 pagi.

Bibirnya beralih pada si kecil yang masih lena disebelah isterinya itu, dicium perlahan pipi si kecil.

"Daddy pergi work dulu sayang. Jangan nakal-nakal tau anak kesayangan daddy" pesannya perlahan. Melihat si kecil bergerak sedikit, tangannya laju menepuk perlahan paha si kecil.

Baru sahaja dia ingin berpaling, terasa lengannya ditarik oleh si isteri, dia berpaling menghadap isterinya yang masih terpisat-pisat.

"Abang dah nak pergi kerja?" soal Nadiya yang masih dalam keadaan mamai, matanya cuba dibuka tetapi rasa mengantuk masih menguasai dirinya.

"Sorry sayang, abang kacau sayang tidur. Tidur lah dulu, awal lagi ni. Jangan terlepas subuh tau sayang" pesannya, tangannya mengusap perlahan kepala si isteri. Dia melihat anggukan perlahan dari Nadiya, sebelum Nadiya kembali memejamkan kata. Sekali lagi, bibirnya singgah pada ubun-ubun isteri.

Dia tahu Nadiya kepenatan, satu malam Amsyar buat perangai tak mahu tidur. Menyusu sudah, didodoi sudah. Tetapi mata si kecil masih elok terbuka luas. Puas dia dan Nadiya bergilir-gilir cuba menidurkan Amsyar dan akhirnya dia yang tewas, tidak termampu lagi hendak membuka mata. Dia tidak pasti jam berapa baru Nadiya dapat menidurkan Amsyar.

-

"Muka kau kenapa? Over time ke malam tadi?" sindir Athif, bibirnya mengukir senyuman ingin mengusik. Melihat Adam yang seakan menahan kuap sejak dari tadi.

"Over time lah, anak aku tak nak tidur malam tadi. Ajak aku berborak sampai pukul 2 pagi" balas Adam, rambutnya yang agak serabai itu dikemaskan sedikit, jam ditangannya dikerling seketika. Rasa mengantuknya semakin memberat. Kelopak matanya mula terasa berat, dan setiap kali dia cuba menahan diri, kepalanya perlahan-lahan tunduk.

"Teruk kau ni Dam. Barai betul tu" bahu Adam ditepuknya perlahan.

"Eh apa cerita bekas suami isteri kau hari tu. Ada kacau lagi ke?" soal Athif sambil menaip laporan di dalam komputer riba.

"Ada lah dia cuba call Nadiya, tapi Nadiya tak pernah angkat. Before Nadiya resign haritu, selalu juga dia cari Nadiya dekat office. Bila aku call dia tak reti pula nak angkat"

"Aku pun tak faham dengan jantan tu. Nadiya tu dah terang-terang isteri aku sekarang ni. Ingat bercinta zaman sekolah ke apa. Nak main rampas-rampas. Ingatkan perempuan je jadi penyondol. Rupanya lelaki pun ada juga spesis menyondol" sambung Adam lagi, matanya ditutup rapat. Jemarinya memicit perlahan pelipis yang mula terasa berdenyut.

"Kau okay tak ni Dam? Lain macam aku tengok kau ni" soal Athif, pelik melihat Adam yang seakan tidak sihat itu. Kalau disebabkan tak cukup tidur tak kan sampai macam tu sekali.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now