Dua Puluh

2.5K 119 6
                                    

Perlahan-lahan matanya dibuka, terasa silau dengan pancaran lampu yang betul-betul tepat pada anak matanya. Dilarikan sedikit pandangan, terlihat Iv Drip yang masih tergantung. Tangannya diangkat sedikit, masih terasa nyeri dibahagian belakang tangan.

"Nadiya? Awak dah sedar" tegur satu suara yang sememangnya tidak mahu dia dengari langsung. Terasa bahunya disentuh perlahan oleh tangan pemilik suara itu, laju dia menepis. Kepalanya masih menoleh ke arah bertentangan.

"Nadiya. Saya risau tengok awak pengsan tadi. Nasib baik saya sempat bawa awak ke sini. Kalau tidak saya tak tahu lah apa jadi dekat awak" lelaki itu bersuara lagi, tangannya sekali lagi cuba memegang bahu Nadiya. Tetapi pegangan itu tidak selembut tadi, seakan dicengkam erat bahunya.

"Lepas Muaz! Don't you dare to touch me with your fitlhy hand!" keras suara Nadiya memberi amaran. Tetapi rasanya amaran itu tidak diendahkan langsung oleh lelaki itu dan dengan penuh kudrat Nadiya cuba bangun dari pembaringan, tangan lelaki itu ditepisnya kasar.

"Nadiya, jangan macam ni. Awak baru je sedar" tegur Muaz perlahan, cuba berlembut. Wanita dihadapannya itu dipandang, matanya dilagakan dengan anak mata wanita itu. Tubuh wanita itu ditarik sedikit, tangannya merangkul pinggang wanita itu.

"I said don't touch me! Awak pekak ke!"

"Tolong keluar dari sini! Saya tak nak tengok muka awak!" sekali lagi Nadiya mengarah dengan nada suara yang masih sama. Keras dan tegang.

Muaz bergerak beberapa langkah kebelakang. Rambut yang jatuh pada dahi diraup kebelakang. Tangannya disilang pada dada lalu dia bersandar pada dinding.

"No. Saya tak kan tinggal kan awak sendirian dekat sini" ujarnya. Pandangannya masih di arahkan pada Nadiya yang sedang memeluk lutut. Matanya menangkap susuk tubuh Nadiya yang nampak agak gementar. Nadiya seakan ketakutan. Tetapi kenapa?

'Tak kan tinggalkan awak 'Sendirian'huh?'

"Keluar Muaz. Saya betul-betul tak nak tengok muka awak" kali ini suaranya agak rendah berbanding tadi, ada getaran pada suaranya. Menahan emosi yang sedang berkecamuk saat ini. Kepalanya mendongak sedikit untuk memandang ke arah lelaki yang masih berpeluk tubuh di hujung ruangan itu.

Bagi Muaz ini merupakan peluang untuknya. Peluang untuk dia menjelaskan apa yang telah terjadi sebelum ini. Biarlah wanita itu mengahalaunya sekali pun, ini salah satu peluang yang dia ada. Dia tak kan sia-siakannya kali ini.

Dia melangkah beberapa tapak ke hadapan, tangannya cuba mencapai tangan Nadiya. Terasa wanita itu cuba menarik, tapi dia pantas mengemaskan pegangan itu, tubuh wanita itu sekali lagi di tarik rapat ke dadanya.

"Sayang—"

"Kau gila ke? Aku ni bekas isteri kau! Lepaslah Muaz!" sela Nadiya laju sebelum Muaz ingin memulakan bicara. Dengan sedaya upaya dia cuba menolak badan Muaz yang sudah betul-betul rapat dengannya.

"Bagi saya explain dulu Nadiya!" bentak Muaz kasar. Tangannya dihempaskan pada kepala katil.

Terhenjut bahunya akibat dibentak begitu, tragedi beberapa bulan lalu terus terbayang kembali pada pandangannya. Muaz yang hilang akal serta kewarasannya, Muaz yang memukul serta menamparnya tanpa belas kasihan. Air mata mula mengalir laju ke pipi. Teresak-esak dia menangis, masih jelas dipandangannya bagaimana kelakuan Muaz saat itu.

"Lepaskan saya! Tolong lepaskan saya!" jeritan Nadiya memenuhi ruang bilik itu. Dia cuba meronta, tangannya menolak badan Muaz dengan sepenuh kekuatan yang tinggal. Branula yang masih terletak elok pada tangannya itu dicabut kasar. Titisan darahnya mulai membasahi cadar putih yang membaluti katil hospital itu.

Muaz dengan perlahan berundur ke belakang, tersentak dengan kelakuan Nadiya.

"Tolong saya..." halus suara Nadiya menuturkan. Ketakutan mula menguasai dirinya. Pipi semakin basah dengan air mata.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now