Dua Puluh Dua

2.3K 120 4
                                    

"Nadiya, I'm so sorry, I've tried my best. Tapi Encik Muaz still berkeras nak you yang handle. I minta maaf sangat-sangat. I tahu you ada personal issue with him, but you know that we can't lose him" ujar Nora dengan penuh rasa bersalah. Jika sebelum ini dia merasakan agak sedikit jengkel dengan perlakuan Nadiya tempoh hari, tapi bila mengetahui hal yang sebenar dia berasa sangat bersalah.

Sambil merenung ke arah meja, Nadiya mengangguk perlahan, dia cukup faham bila berkaitan dengan pekerjaan dia perlu lebih profesional. Badannya yang tegak tadi disandarkan pada kerusi, cuba menerima keputusan dengan lebih tenang.

"It's okay Nora, bukan salah you. Lagipun memang kerja I, so I kena bertanggungjawab. Yang pasal personal issue tu, tak apa. I tak nak campur adukkan urusan kerja dengan urusan peribadi" balas Nadiya. Nafasnya dihela, berharap dia akan tenang untuk mengatasi ketakutannya.

"By the way, thanks sebab dah tolong cover kan I hari tu" sambung Nadiya lagi. Punggungnya diangkat dari kerusi, dia melangkah menuju ke bilik mesyuarat. Jam ditangan dikerling sekilas. Berbaki lebih kurang 15 minit sebelum pertemuannya dengan Muaz.

Sebaik sahaja memasuki ruangan itu, dia menghela nafas panjang, matanya dipejamkan cuba menenangkan diri sebelum menghadapi cabaran seterusnya. Baru sahaja punggungnya dilabuhkan pada kerusi dia terdengar pintu diketuk.

Belum sempat dia ingin bangun dari duduknya, dia melihat pintu telah dibuka dan terjengul satu susuk tubuh yang dia kenali pada muka pintu. Bibirnya mengukir senyuman sebelum mempelawa lelaki itu untuk duduk.

"Sorry, saya terawal sikit hari ni" ujar Muaz untuk memulakan bicara. Matanya terancap pada Nadiya yang masih dengan senyuman itu, walaupun dia nampak dengan jelas senyuman itu agak kekok.

"It's okay. Boleh kita mula?"

Melihat sahaja Muaz menganggukkan kepala, dia bergerak sedikit membetulkan posisi duduknya agar lebih tegak. Beberapa fail diserahkan kepada Muaz.

"Dekat sini saya ada sediakan beberapa proposal yang bersesuaian. Jadi Encik boleh check dulu, sama ada idea-idea ni sesuai tak dengan apa yang syarikat Encik nak"

Matanya memerhati raut wajah Muaz yang fokus dengan dokumen yang diserahkannya tadi. Lama dia membiarkan Muaz tenggelam dengan hasil kerjanya. Muaz sejak dulu memang seorang yang komited akan kerjanya. Memikirkan tentang itu, bermakna Muaz sudah tidak lagi bekerja di syarikat lamanya. Syarikat yang mempertemukan semula dia dan cinta pertamanya. Dia masih tertanya-tanya apa punca Muaz bercerai dengan Hani, sedangkan sebelum itu mati-matian dia mempertahan Hani.

"Nadiya? Awak dengar tak soalan saya?"

Tersentak Nadiya bila tiba-tiba Muaz memetik jari di hadapannya. Tergeleng-geleng kepalanya seketika, ibarat baru sedar dari mimpi. Dah sampai mana entah dia mengelamun.

"Sorry? Boleh ulang balik?" soal Nadiya, hidungnya diurut perlahan cuba mengembalikan dirinya pada perbincangan.

"Awak mengelamun Nadiya?" terlepas tawanya dari bibir. Dia melihat Nadiya agak tenang sedikit berbanding kali terakhir mereka bertemu.

"Saya tanya, proposal ni boleh tak bagi saya and team study dulu. Kami nak check budget and everything"

Nadiya hanya membalas pertanyaan itu dengan anggukkan.

"Ada apa-apa lagi?" soal Nadiya apabila dia melihat tiada tanda-tanda Muaz ingin beredar.

"Saya minta maaf"

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now