Lapan

2.4K 109 4
                                    

Amsyar yang di dalam dukungan Kak Huda itu diagah. Membulat terus matanya memandang Nadiya. Tangannya laju dinaikkan, meminta untuk diambil oleh ibunya. Nadiya tergelak kecil melihat anaknya yang sudah mula pandai meminta itu. Amsyar sudah berada di dalam dukungan Nadiya, bag pakaian Amsyar yang dihulur oleh Kak Huda juga disambut. Tetapi tangan Adam lebih laju untuk membantunya.

"Kak Huda, kenalkan. Adam. Kawan abang Azri" ujar Nadiya, memperkenalkan lelaki yang turut bersamanya ketika itu.

Adam dan Kak Huda berbalas senyuman, tanda salam perkenalan.

"Kami minta diri dulu Kak Huda, maaf saya lambat ambil Amsyar hari ini"

"Eh, tak ada apa lah. Faham je, benda nak jadi kan" balas Kak Huda, dia sudah tahu apa yang terjadi. Nadiya awal-awal lagi sudah memberitahunya tentang kejadian tayar pancit tadi.

Setelah berpamitan, mereka masuk kembali ke dalam kereta Adam. Amsyar didudukkan diatas ribanya. Bag pakaian Amsyar diletakkan oleh Adam di tempat duduk belakang. Mata Amsyar tidak lepas memandang wajah lelaki asing yang datang bersama ibunya tadi. Dia seakan tertarik melihat wajah lelaki itu. Tangannya tidak duduk diam, mahu mencapai tangan Adam. Adam yang perasan akan tindakan Amsyar terus menoleh.

Dia cuba mengambil Amsyar dari riba Nadiya, meletus tawa anak kecil itu apabila tangan Adam sudah dapat dia genggam. Nadiya tanpa banyak bicara membiarkan Amsyar diambil dari ribanya. Adam yang sudah tidak boleh menahan reaksi terujanya terus mencium dan menggomol pipi gebu Amsyar, semakin galak tawa Amsyar diperlakukan sebegitu.

Nadiya terasa sebak, melihat Amsyar dalam pelukan Adam. Semakin sebak apabila Amsyar tidak berhenti tertawa di usik oleh Adam.

"Geramnya uncle dengan awak ni. Ei! Nak gigit pipi ni boleh?"

Dicuit-cuit pipi Amsyar yang tembam itu, renungan Nadiya disebelahnya sengaja dibiarkan. Dia tahu Nadiya sedang merenungnya. Dia masih sibuk bermain dengan Amsyar. Jemari kecil Amsyar itu dibelek-beleknya.

Geram.

Adam menoleh ke arah Nadiya yang masih tidak lepas merenungnya. Timbul idea ingin mengusik wanita itu.

"Amsyar, cuba tanya mummy. Uncle ni handsome sangat ke sampai mummy awak termenung tengok uncle" suara Adam mengusik Nadiya membuatkan Nadiya tersentak. Dia tidak sedar, sudah berapa lama dia merenung lelaki itu.

"Amsyar sini dekat mummy, uncle nak drive tu"

Malas dia membalas ayat Adam tadi. Amsyar yang sedang sibuk memasukkan jari Adam ke dalam mulutnya di angkat duduk kembali ke dalam ribaannya.

Adam hanya tersenyum melihat pipi Nadiya yang sudah merah menahan malu itu. Seronok betul dia dapat mengusik Nadiya, tiba-tiba terbayang gambaran sebuah keluarga di dalam kepalanya.

Dia, Nadiya, Amsyar. Lengkap.

Tetapi dia segera menepis bayangan itu, masih terlalu awal.

Perjalanan diteruskan untuk menghantar Nadiya dan Amsyar pulang pula. Tapi perutnya tidak memberikan kerjasama.

Berbunyi agak kuat. Dan baru dia sedar, dia belum makan sejak tengah hari tadi.

Nadiya sudah tergelak kecil apabila mendengar bunyi dari perut Adam.

"Awak lapar sangat ke?" Nadiya memandang wajah Adam.

"Boleh tahan, saya tak sempat lunch tadi. Banyak kerja" balas Adam, sempat dia menggaru belakang kepalanya. Malu juga bila Nadiya terdengar bunyi perutnya tadi.

"If awak nak stop makan dulu, saya okay je" ujar Nadiya lagi, lagi pun dia pun lapar juga.

Laju kepala Adam berpaling kearah Nadiya, seakan terkejut dengan cadangan itu.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now