Empat Puluh Lapan

2.4K 152 1
                                    

"Selesai dah semua abang?" Soal Puan Fatimah sebaik sahaja Nadiya dan Adam melangkah masuk ke dalam rumah.

Tangan ibunya dicapai, dia menunduk sedikit. Belakang tangan Puan Fatimah dicium lama.

"Alhamdulillah, selesai dah semuanya, ibu." Balasnya.

"Kalau ikutkan nak tidur sana tadi, temankan mama. Tapi keluarga belah mama ramai lagi dekat sana, tu yang abang balik sini je," Sambungnya lagi.

Kaki melangkah terus masuk ke dalam bilik, badan dah rasa tak sedap. Amsyar yang masih lena dalam dukungannya itu dikerling sekilas.

"Menantu ibu, okey?" Soal Puan Fatimah perlahan, tubuh menantunya itu ditarik rapat ke dalam pelukan. Belakang badan Nadiya diusap perlahan, walaupun dia tahu Muaz adalah bekas suami menantunya, dia tetap merasakan kehilangan itu mungkin memberi kesan mendalam kepada Nadiya.

Nadiya menghela nafas panjang, cuba mencari kekuatan di sebalik pelukan lembut ibu mertuanya.

"InsyaAllah, ibu. Nadiya okey. Yang penting, dia dah tak rasa sakit lagi. Lagipun, dah sampai masa dia. Kita ni je, tak tahu bila." Suaranya perlahan, namun cukup untuk Puan Fatimah mendengar apa yang diperkatakan olehnya.

Puan Fatimah melepaskan pelukan, matanya lembut memandang menantunya.

"Ibu tahu, Nadiya sedih. Ibu faham... Tapi jangan terbawa-bawa sangat dengan rasa sedih tu. Ibu dengan ayah, selalu ada untuk kamu. Kamu tu kan, anak kami."

Nadiya tersenyum lemah, dalam hati dia bersyukur keluarga mertuanya sentiasa memberikan dia sokongan. Dia menoleh ke arah Adam yang baru keluar dari bilik. Adam memberi isyarat dengan matanya, ingin mengajaknya masuk ke bilik untuk berehat.

Adam tahu isterinya itu sudah kepenatan, dari tengah hari tadi mereka berkejaran untuk pulang ke Ipoh, setelah sampai di rumah keluarga Muaz mereka bergerak ke kubur pula.

Mujurlah cuaca hari ini tidak terlalu panas.

Kesihatan isterinya itu paling penting sekarang ini, kandungan isterinya itu masih awal. Dia tidak mahu, perkara sebelum ini terjadi lagi. Tidak sanggup lagi rasanya, melihat si isteri menangis, bila menerima ujian hidup yang bertimpa-timpa.

"Nadiya masuk bilik dulu ya ibu." Dia berpaling ke arah Adam, mengisyaratkan bahawa dia akan masuk ke bilik.

Adam mendekati Puan Fatimah.

"Abang rindu ibu lah." Ujar Adam, tubuh ibunya itu dipeluk dari belakang. Melepaskan rasa rindu kepada syurganya itu.

Kalau dulu, hampir setiap kali cuti dia pasti akan pulang ke sini. Tapi semenjak berkahwin, masa cutinya banyak dihabiskan bersama anak dan isteri. Mujur juga ibu tidak merungut.

"Kamu ni abang, dah tua bangka buat lagi perangai mengada-ngada macam ni." Tersenyum kecil Puan Fatimah bila tiba-tiba dipeluk oleh si anak sulung.

"Ibu ni, abang kan anak kesayangan ibu." Rungutnya, kepalanya dijatuhkan ke bahu Puan Fatimah.

"Abang minta maaf sebab jarang balik jenguk ibu sekarang." Ujarnya perlahan, tipu kalau tidak merasa serba salah. Tapi apa lagi yang boleh dia lakukan. Ada tanggungjawab yang perlu digalasnya, bukan sekadar pada keluarga. Tapi tanggungjawab atas kerja-kerjanya, demi negara.

"Ibu faham kamu, abang. Kamu bukannya bujang lagi, dah ada tanggungjawab sendiri. Ibu tak kisah, asalkan kamu bahagia dengan Nadiya dan Amsyar. Itu yang paling penting untuk ibu," jawab Puan Fatimah lembut, sambil tangannya mengusap lengan Adam yang memeluknya dari belakang.

"Abang rindu sangat dekat ibu. Dulu, tiap-tiap kali balik mesti ibu masak lauk kegemaran abang, tapi sekarang ibu asyik lebihkan Nadiya je." Rungutnya perlahan, sekarang dia dah macam dianak tirikan pula. Ibu dengan ayah asyik lebihkan Nadiya dengan Amsyar berbanding dirinya. Kalau dulu, dia lah anak kesayangan.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now