Tiga Belas

2.2K 105 2
                                    

Motorsikal berkuasa tinggi miliknya diparkir di hadapan restoran mamak. Sarung tangan dan helmet dibuka lalu kakinya melangkah masuk ke dalam restoran. Matanya melilau ke sana sini mencari kelibat seseorang. Terlihat satu lambaian di sudut hujung kedai, dia meneruskan langkahnya menuju ke arah lamabaian itu.

"Kau berkabung ke apa, atas sampai bawah hitam" tegur Azri sebaik sahaja Adam melabuhkan punggung di hadapannya. Matanya memerhati penampilan Adam dari atas ke bawah. Dengan sweater hitam, seluar hitam, helmet hitam. Lagak macam orang muda, tak sedar ke usianya sudah memasuki 32 tahun.

"Kau tak payah nak judge aku. Aku dari dulu sampai sekarang memang macam ni kot" sela Adam. Macam lah dia tak nampak mata Azri yang sibuk scan dia atas bawah tadi. Jiwa dia masih muda, kalau dia mengaku umur 25 tahun pun orang percaya je. Sweater yang dipakainya tadi dibuka lalu diletakkan pada kerusi kosong bersebelahnnya.

"Milo ais satu" ujarnya kepada pelayan yang datang, senyum manis turut diberikan kepada pelayan itu.

"Mimpi apa kau tiba-tiba nak jadi adik ipar aku ni?" soal Azri. Dia masih agak terkejut dengan panggilan daripada Adam satu jam yang lepas. Mujur juga dia tengah free ketika ini, terus dia mengajak Adam untuk bertemunya. Nak berbual panjang di dalam telefon macam tak seronok pula.

"Adik kau tu cantik sangat. Kenapa lah kau tak kenal kan dekat aku awal-awal. Kalau tak sekarang aku mungkin dah ada anak 3 dah" bersahaja suara Adam menjawab pertanyaan daripada bakal abang iparnya itu. Tiada riak takut atau bersalah langsung, hanya berwajah tenang.

Azri melepaskan tawa kecil, masih tidak percaya sahabatnya itu dengan berani menyatakan hasrat ingin menjadi adik iparnya. Dia tahu bahawa Adam ada bertemu dengan Nadiya sebelum ini, tetapi dia tidak sangka hubungan mereka seserius itu. Disangkakan Adam hanya membantu Nadiya tidak sangka pula sampai ke tahap ini.

"Kau biar betul Dam, adik aku tu janda. Anak satu lagi" soal Azri resah. Bukan dia ingin merendahkan Nadiya, tetapi itu hakikat yang perlu Adam tahu. Lelaki di hadapannya itu sudah lah bujang terlajak, tak pernah bercinta pula tu sebelum ini. Sepanjang perkenalan mereka dia tak pernah lagi dengar sahabatnya itu berbicara soal nikah, kahwin. Bila disoal jawapannya tetap sama.

"Aku tak ready lagi"

"Aku tak tahu lah Ri, aku rasa ada something bila aku dengan adik kau tu. Instict aku kuat dengan dia. Aku tak peduli lah dia janda ke anak berapa ke. Aku ikhlas nak jadikan dia isteri aku. Ke kau tak sudi jadi abang ipar aku?" balas Adam, keningnya dijongket sedikit.

Milo ais yang dihantar oleh pelayan tadi disedut sedikit. Lega rasanya bila air sejuk itu melalui tekaknya. Tangannya dimasukkan kedalam sisi poket seluar. Masih bertenang.

"Aku bukan tak sudi. Aku cuma nak yang terbaik je untuk Nadiya. Kau tahu kan perkahwinan dia sebelum ni macam mana. Lagi pun, aku rasa adik aku tu dah serik lah" wajah sahabatnya itu dipandang meminta kepastian.

"Kau tahu Muaz dah bercerai?" celah Adam, keningnya dijongketkan sedikit.

"Mana kau tahu? Nadiya bagitahu kau?"

Reaksi Azri yang seakan tak percaya itu sudah dapat diagak dari awal. Bermakna Nadiya masih tidak memberitahu hal itu kepada Azri lagi. Dan Nadiya memilih untuk mengutamankan dia dalam hal ini. Senyum nakal mula terbit dibibirnya.

Interesting.

"Kalau dia belum bagitahu kau, aku harap kau pura-pura terkejut je lah nanti. Muaz nak jumpa dia dengan Amsyar" tenang sahaja nada Adam mengingatkannya.

Tetapi kenyaatan diakhir ayat Adam tadi buat Azri tidak senang duduk. Naik sedikit darahnya mendengarkan nama Muaz. Tangannya dihempas ke atas meja.

"Apahal jantan tu nak jumpa adik aku. Nak pukul adik aku lagi sebab dia dah bercerai dengan betina tu?" bentak Azri, hampir sahaja air diatas meja itu tumpah dek hentakkan tangannya itu. Laju tangan Adam cuba menahan kedua-dua cawan air itu daripada tumpah.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now