Sepuluh

2.5K 91 0
                                    

Selesai menunaikan solat isyak, Nadiya duduk lama di atas sejadah. Fikirannya sedikit terganggu beberapa hari ini. Amsyar yang sudah lena sejak dari sebelum dia solat tadi dikerling sekilas. Amsyar tidak berapa sihat sejak dua hari lepas disebabkan dalam proses tumbuh gigi. Terkejut dia apabila Kak Huda memaklumkan kemunculan dua batang gigi hadapan Amsyar. Maka bermula lah episod tidurnya beberapa hari ini tidak begitu lena, sering terjaga. Nasib baik esok sudah menuju ke hari minggu, boleh lah dia bermalas-malasan.

Sunyi malam ini.

Zaty teman serumahnya memerangkap kawan baiknya sudah pulang ke kampung sejak petang tadi lagi. Sahabatnya itu sedang sibuk menguruskan urusan pernikahannya yang terpaksa dipercepatkan ke bulan hadapan. Tunang Zaty yang merupakan seorang guru, mendapat notis secara mengejut permohonan pertukarannya sebelum ini ke Kelantan diluluskan. Jadi atas perbincangan dan persetujuan kedua belah pihak, pernikahan mereka dipercepatkan dan selepas itu Zaty juga akan ikut berpindah ke sana.

Maka tidak lama lagi tinggallah Nadiya berseorangan di rumah ini. Pada awalnya terkejut juga Nadiya bila tiba-tiba Zaty memberitahunya tentang perkara itu. Tetapi dia turut gembira untuk Zaty lagipun mereka sudah lama berkenalan. Sejak dari zaman universiti lagi dan tidak lama lagi mereka akan disatukan. Dia saksi perjalanan kisah percintaan Zaty dan Lutfi, disangkakan awalnya mereka yang akan naik pelamin dahulu tetapi Nadiya yang melangkah bendul. Cuma perkahwinannya pula tidak bertahan.

Tetapi ada satu perkara yang membelenggu dirinya sekarang ini, mampukah dia menanggung kos sewa rumah ini sendirian, sebelum ini dia berkongsi dengan Zaty. Nak dicari teman serumah yang baru takut pula tidak selesa, lagi-lagi dengan keadaan dia yang sudah mempunyai cahaya mata ini.

Bila diceritakan pada abangnya, terus diberi cadangan supaya dia dan Amsyar berpindah kembali ke rumah abangnya itu, tetapi dia sendiri tidak mahu lagi menyusahkan abangnya. Abangnya itu sudah berkahwin dan ada tanggungjawab lain yang perlu digalas. Cukuplah dari kecil dia sudah banyak bergantung pada abang sulungnya itu. Jika diminta pendapat Aqil pula jawapannya tetap akan sama, pindah ke rumah Azri.

Atau dia perlu mencari rumah sewa lain? Yang mungkin kena dengan bajetnya yang agak ketat sekarang ini. Dia mengakui menjadi ibu tunggal bukan perkara yang mudah, lagi-lagi bila bapa kepada anaknya itu langsung tidak pernah mengambil tahu. Setiap bulan Puan Kartini tidak pernah culas memasukkan wang ke dalam akaunnya untuk keperluan Amsyar, puas dia menolak tetapi wanita itu tetap bertegas.

"Amsyar tu cucu mama, tanggungjawab mama" itulah ayat Puan Kartini setiap kali dia menolak pemberian wanita itu.

Nadiya amat bersyukur, walaupun bapa kandung Amsyar seperti tidak peduli akan kewujudan zuriatnya itu tetapi tidak bagi Puan Kartini, bekas ibu mertuanya itu tetap mengambil berat tentang mereka berdua.

Deringan telefon bimbit menyedarkan dia dari lamunan.

Nama Buaya Darat tertera di skrin telefon. Itu lah rutin harian lelaki itu setiap hari sejak pertemuan mereka beberapa minggu lepas. Hampir setiap hari lelaki itu pasti akan menghubunginya terkadang berbalas-balas pesanan. Awalnya, dia rasa kekok juga tetapi cara lelaki itu mengambil berat tentang dia dan anaknya membuatkan Nadiya rasa dia selesa berkawan dengan lelaki itu.

Panggilan itu sengaja dibiarkan, tidak diangkat.

Adam Afham, lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya. Bermula dengan menghulurkan bantuan buat pertama kali ketika dia ditimpa kemalangan, dan kemudian bertemu kembali secara kebetulan dalam situasi yang dia memerlukan pertolongan buat kali kedua. Berlanjutan pertemuan kali ke tiga juga atas bantuan lelaki itu.

Telefon bimbit yang masih berdering dicapai.

Kesian pula kalau dibiarkan. Orang baik dengan kita. Kita pun kena baik dengan orang.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now