Epilog

3.8K 197 29
                                    

"Sayang tak boleh minum kopi lah." Lembut suara Adam menolak permintaan si isteri.

Rasanya minggu ini dah hampir 3 kali si isteri meminta benda yang sama, makin nak dekat tarikh bersalin makin bukan-bukan peremintaan dari si isteri.

Kopi.

Kopi kegemaran si isteri yang sering dikirim sebelum isterinya itu mengandung dulu.

"Please abang," Rayu Nadiya perlahan, masih mencuba nasib.

Nak keluar sendiri dengan keadaan hujung-hujung macam ni? Memang tidak lah, tapi bila minta tolong si suami belikan kena reject pula.

Kali ini dia betul-betul teringin setelah hampir lapan bulan lebih dia menahan diri. Terkadang ada juga niat nak curi-curi minum tanpa pengetahuan suami, tapi berdosa pula bila buat benda yang suami larang.

"Cantik... Cuba dengar cakap abang. Sayang request lah benda lain. Abang boleh singgah beli." Adam dah mula menggaru belakang kepala.

"Tapi bukan kopi." Sambungnya lagi, kali ini sedikit tegas.

Jenuhnya nak menolak permintaan isteri. Tapi, kafien tidak elok untuk ibu mengandung. Jangan kata isteri, dia sendiri dah tak minum kopi sejak Nadiya mengandung. Bukan kopi sahaja, segala apa yang Nadiya tak boleh makan dia pun tak makan.

Biar sama-sama terseksa jiwa dan raga.

Nadiya dah mula mengetap bibir. Hati dah mula memberontak.

"Abang... Boleh lah, doktor cakap boleh. Cuma kena kurangkan, tapi boleh lah abang. Sikit je..." Ujarnya cuba meyakinkan si suami yang masih berkeras.

"Saya craving sangat... Iced Caramel latte... Please..." Rayunya perlahan, terbayang-bayang difikirannya kopi sejuk yang dicampur dengan caramel drizzle.

'Sedapnya...' detik hatinya perlahan.

Bibir dah mula mengukir senyum bila membayangkan minuman itu lalu didalam tekaknya.

"Tak boleh sayang. Tak lama dah sayang. Sabar sikit, boleh?" Sekali lagi, jawapan yang sama keluar dari mulut Adam.

Masih bertegas.

Kepala digeleng-geleng perlahan, suara isteri yang merayu itu meruntun hatinya. Tapi keputusannya tetap sama.

No means no.

Terus mati senyuman Nadiya, bibirnya terus mencebik bila mendengar jawapan yang sama daripada si suami.

Musnah harapannya, bayangan minuman itu tadi terus hilang dari pandangan.

"Abang janji, lepas sayang habis pantang nanti. Sayang nak minum kopi hari-hari pun abang tak halang. Abang janji." Ujar Adam, cuba mengambil hati si isteri bila talian tiba-tiba sunyi.

Dia tahu, sekarang ini isterinya mesti tengah mencebik, merajuk.

"Betul ni?" Soal Nadiya.

"Betul sayang. Abang janji. Sekarang ni, sayang bagitahu abang sayang nak makan apa. Abang singgah kejap lagi." Jawab Adam dengan yakin, sempat juga bertanyakan apa yang dikehendaki oleh isteri.

Semoga jawapan kali ini tidak lagi berkaitan dengan kopi.

Nadiya senyap seketika, bibir yang tadi dicebik mula mengukir senyuman manis sekali lagi.

"Okey. Kalau macam tu... Red velvet cheesecake satu. Lepastu..." Dia mula membuat pesanan untuk dikirim kepada suami.

"Ha! Nak croffle sandwich egg mayo tu satu... Hmm..." Jari telunjuknya dihala ke bibir, memikirkan apa lagi yang perlu dia minta.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now