Dua Puluh Lima

2.7K 123 15
                                    

"Eh ada baby cot? Awak beli ke?" Ujar Nadiya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Adam. Dia berpaling seketika melihat Adam yang sedang meletakkan bag pakaiannya di atas lantai.

"Ibu yang beli. Abang dah cakap tak perlu, ibu berkeras juga nak beli. Kenapa sayang tak suka ke?" Adam mendekatkan dirinya pada Nadiya, tubuh kecil itu dirangkul erat dari belakang. Dagunya diletakkan pada ubun-ubun isteri yang masih dibaluti tudung.

"Bukan tak suka, cuma Amsyar tak pernah tidur sendiri. Biasa saya tidur dengan dia" ujar Nadiya perlahan, sepanjang hampir 10 bulan usia Amsyar tidak pernah sekali pun dia biarkan Amsyar tidur sendirian walaupun dalam ruang yang sama. Mungkin sudah sampai masanya Amsyar berpisah tidur dengannya, lagipun Amsyar seorang anak yang sangat mudah dijaga. Dia yakin lama kelamaan nanti Amsyar akan terbiasa.

"Tak apa, abang okay je kalau Amsyar tidur atas katil dengan kita. Mana-mana yang selesa untuk sayang, untuk Amsyar" balas Adam, rangkulan pada tubuh isteri makin dieratkan. Terasa tenang dapat memeluk tubuh wanita yang bertakhta dihatinya itu.

"Saya memang kena panggil awak abang ke?" soal Nadiya, dia cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya.

"Habis tu sayang nak panggil abang apa?"

"Panggil baby lah. Boleh?" Usik Nadiya seraya itu dia merasakan badannya diangkat oleh Adam lalu dibaringkan tubuh isterinya keatas katil, terjerit kecil Nadiya bila wajah suaminya begitu rapat dengan wajahnya.

"So sekarang nak panggil baby lagi?" Usik Adam pula, hidungnya dirapatkan pada hidung si isteri. Tangan Nadiya cuba menolak tubuh suaminya itu sekuat hatinya, tetapi tidak termampu.

"Nak panggil baby juga ke?" soal Adam sekali lagi, bibirnya dirapatkan sedikit ke ulas bibir isteri. Sengaja mengusik.

"Tt... Tak..."

"Ami... Ami... Pen..." ketukan dari pintu membuatkan kedua-dua mereka tersentak. Lupa akan anak yang ditinggalkan bersama orang tua Adam tadi. Laju Nadiya menolak tubuh Adam lalu melarikan diri. Terdengar tawa halus keluar dari bibir suaminya itu.

Pakaiannya dirapikan sebelum pintu bilik dibuka.

"Sorry kak, Amsyar dok mencari akak" ujar Aniq sebaik sahaja pintu dibuka.

"Kacau lah Aniq, abang baru—" terhenti kata-kata Adam bila mata isteri sudah menjegil kearahnya.

"Tak apa. Akak pun nak mandikan Amsyar ni dah nak maghrib dah" tubuh kecil anaknya itu diambil dari dukungan Aniq, pintu bilik ditutup perlahan. Amsyar diletakkan diatas katil.

"Biar abang yang settle kan Amsyar" belum sempat dia ingin membuka pakaian si kecil, Adam sudah menolaknya perlahan.

"Awak pandai ke mandikan budak? Tak apa lah, saya dah biasa uruskan dia sendiri" tangannya cuba menolak kembali Adam.

"Sayang... Abang ni dah jadi suami awak, apa yang abang boleh tolong. Abang tolong. Kalau sebelum ni semua awak urus sendiri. Sekarang awak dah ada abang yang boleh bantu awak uruskan semuanya"

"Awak tu tudung pun belum buka lagi, makeup pun tak remove lagi. So, sementara abang mandikan Amsyar awak boleh buat semua tu dulu" sambungnya lagi, badan isteri ditolak sekali lagi. Tangannya membuka pakaian Amsyar.

"Anak daddy ni good boy kan? Jom mandi" tubuh kecil Amsyar diangkat, lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

Nadiya tersenyum kecil melihat Adam yang menonong masuk ke dalam bilik mandi itu. Dia mengambil barang mandian serta tuala Amsyar lalu pintu bilik air yang tidak dikunci itu ditolak perlahan. Barang-barang yang berada ditangannya itu dihulur kepada Adam. Masih tidak berganjak, badannya disandarkan pada pintu bilik mandi melihat Adam yang langsung tidak kekok memandikan Asmyar.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now