Dua Puluh Enam

2.8K 128 10
                                    

"Mak Long, Mak Lang. Adam ada benda nak cakap" ujar Adam tegas sebaik sahaja masuk ke dalam ruang dapur. Puan Fatimah yang masih berada di ruangan itu, berlalu ke ruang tamu. Dia memberi laluan kepada anak sulungnya itu untuk bercakap dengan kedua-dua kakaknya itu.

"Apa yang bini kamu mengadu Dam?" sindir Mak Lang. Wajahnya seakan mengejek Adam yang berada dihadapannya itu. Mak Long pula hanya beriak biasa.

Tangan Adam menghempas kuat meja di dapur, hatinya rasa terbakar mendengar sindiran dari ibu saudaranya itu. Rasa hormatnya kepada dua wanita tua itu telah hilang ketika ini. Wajahnya merah padam, tangannya dikepal erat hingga urat-uratnya timbul dengan jelas.

"Isteri saya tak mengadu, tapi saya tahu sangat perangai Mak Long dengan Mak Lang. Selama ni saya diam, saya hormat Mak Long dengan Mak Lang. Walaupun saya selalu dengar Mak Long dengan Mak Lang asyik cakap bukan-bukan pasal orang lain. Tapi bila Mak Long dengan Mak Lang bercakap pasal isteri saya, saya tak boleh diam. Saya rasa perasaan hormat saya pun dah hilang sejak malam tadi bila isteri saya menangis sebab dengar macam-macam benda keluar dari mulut busuk Mak Long dengan Mak Lang tu" bergetar suaranya menahan amarah yang sedang cuba dia kawal.

"Isteri saya memang janda, tapi bukan sebab dia tak pandai jaga laki dia. Tapi sebab laki dia curang! Laki dia pukul dia separuh mati masa dia mengandungkan Amsyar, separuh mati juga dia bertarung nyawa untuk lahirkan Amsyar"

"Salah ke isteri saya jadi janda sebab dia nak keluar dari rumah tangga dia yang macam tu?" soalnya tegas. Mata mercerlung tajam ke arah dua wanita tua itu.

Melihatkan wajah kedua-dua wanita itu sudah pucat hanya menundukkan kepala, mungkin tidak berani langsung memandang dia yang sedang menyinga saat itu.

"Amsyar tu memang anak tiri saya, tapi saya tak pernah sesekali pun anggap dia sebagai anak tiri. Apa pun jadi dia tu anak saya. Anak saya!" tegasnya

"Lagi satu, mak dengan ayah dia tak datang semalam bukan sebab dia orang dah bercerai-berai. Kalau bercakap tu minta tolong selidik dulu. Jangan main sembur je!" bentaknya keras, isu ini yang membuatkan hati isterinya benar-benar terluka. Selama ini dia hanya menahan diri untuk menegur kedua-dua ibu saudaranya, tetapi tidak untuk kali ini. Dia tak kan pernah membiarkan orang yang sangat dia cintai disakiti begitu sahaja.

"Untuk pengetahuan Mak Long dan Mak Lang, mama dengan papa Nadiya dah meninggal sejak umur dia 9 tahun lagi. Lepas mama dan papa dia meninggal, dia duduk dengan pak cik dia, tapi umur pak cik pula dia tak panjang. Sejak pak cik dia meninggal, abang-abang dia tu lah yang menjaga dan membesarkan dia. Sebab tu dia kekok bila masuk dalam keluarga besar, sepanjang hidup dia, dia tak pernah merasa ada keluarga lain selain abang-abang dia"

"Kalau Mak Long dengan Mak Lang tak boleh nak terima dia, saya langsung tak kisah. Sebab saya tak perlukan restu dari korang berdua. Ibu dengan Ayah elok je terima Nadiya jadi menantu, jadi kenapa Mak Long dengan Mak Lang pula nak lebih sudu dari kuah" keningnya diangkat sedikit, suaranya penuh dengan sindiran yang sangat sinis.

"Ini last warning dari saya, sekali lagi Mak Long dengan Mak Lang berani cakap bukan-bukan pasal isteri atau anak saya, saya memang tak kan berdiam diri. Ingat ye, korang berdua tu bukan baik mana" ujarnya, matanya tidak berkelip menekankan ketegasan dalam setiap kata yang dia ucapkan.

"Anak kesayangan Mak Long tu, taknak ke hantar pergi pusat serenti? Ke nak saya tolong?"

"Yang Mak Lang tu, Pak Lang tak nak ke tambah no 3? Kalau nak cari no 3 saya ada je calon"

Terasa puas hatinya dapat melepaskan segala amarah yang terbuku di hati sejak malam tadi dan semakin puas hatinya bila wajah kedua-dua ibu saudaranya itu terus berubah keresahan bila dia memerli mereka tadi. Hidup bukan bagus mana tapi sibuk nak ambil tahu hal orang lain, sibuk dok jaga tepi kain orang tapi tepi kain sendiri yang dah terselak tak reti pula nak ditutup.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now