Dua Puluh Satu

2.4K 110 5
                                    

"Jemput masuk. Buat macam rumah sendiri ye. Ibu hidangkan buat air kejap" ujar Puan Fatimah sebaik sahaja tetamu istimewanya sampai.

"Boleh Nadiya tolong?" soal Nadiya, langkahnya membuntuti Puan Fatimah yang sedang menuju ke dapur itu. Baru dia menapak beberapa langkah terdengar suara Puan Fatimah menegurnya.

"Eh, tak apa. Nadiya kan tetamu. Duduk je depan tu"

Namun Nadiya tetap meneruskan langkahnya, sengaja diabaikan arahan Puan Fatimah itu.

"Nadiya sihat?" suara Puan Fatimah memecahkan keheningan diruang dapur itu. Dengan tatapan yang penuh kasih sayang dia memandang lembut Nadiya yang sedang menyusun kuih ke dalam piring.

"Alhamdulillah ibu. Nadiya sihat"

Sejak dari awal lagi Puan Fatimah sudah memberikan amaran, jangan memanggilnya dengan gelaran mak cik atau sebagainya. Dia lebih gemar jika Nadiya memanggilnya dengan gelaran ibu.

Sejak dia menerima lamaran Adam tempoh hari, hampir setiap hari Puan Fatimah menghubunginya. Bertanya khabar serta berbual kosong, awalnya Nadiya risau juga penerimaan wanita itu terhadap dirinya. Namun sangkaannya jauh tersasar, wanita itu melayaninya dengan sangat baik. Dengan sikap Puan Fatimah yang sangat penyayang, dia merasakan seakan-akan ada pengganti arwah mama yang sangat dia perlukan.

Piring yang sudah terisi kuih itu dibawa Nadiya ke ruang tamu, beriringan dengan Puan Fatimah yang menatang dulang berisi teh panas.

"Terima kasih mak cik, sepatutnya tak perlu susah-susah" ujar Azri dengan penuh sopan.

"Tak susah pun. Bancuh teh je Azri. Kuih ni pun beli je dekat warung depan sana" balas Encik Musa.

Dengan perlahan Nadiya melabuhkan duduk disebelah abangnya, Amsyar yang sudah tertidur di ribaan Adam itu dikerling sekilas. Sesaat matanya bertembung dengan pandangan Adam yang penuh rasa. Laju dialihkan pandanganya.

'Malu'

"Saya datang ni nak berbincang berkenaan adik saya dengan Adam"

"Macam yang mak cik dengan pak cik tahu. Kami ni dah tak ada keluarga lain, selain adik beradik dengan keluarga mertua. Jadi untuk adik saya ni, saya harap pak cik dan mak cik sekeluarga benarkan hajat saya untuk buat majlis dekat sini. Sekurang-kurangnya adik saya ni merasa ada ahli keluarga yang lain meraikan hari bahagia dia" sambung Azri, tangannya mengenggam jemari adiknya. Sesekali diusap perlahan jemari adiknya itu.

"Azri, ibu dengan ayah dah anggap kamu adik-beradik macam anak kami sendiri. Kami berbesar hati kalau kamu adik-beradik sudi anggap kami ni macam ibu dengan ayah kamu juga. Untuk majlis Nadiya dengan Adam ni, ayah dengan ibu setuju dengan perancangan yang kamu usulkan tadi. Kita sama-sama usaha yang terbaik untuk majlis mereka beruda tu nanti" ujar Encik Musa dengan berbesar hati.

"Terima kasih banyak-banyak pak—"

"Ayah" tegur Encik Musa dengan lembut.

"Baik. Terima kasih ayah, ibu" matanya memandang ke arah dua wajah yang sudi menerima dia serta adik-beradiknya ke dalam keluarga kecil itu. Rasa sebak mulai memenuhi ruang dadanya ketika ini. Sungguh dia bersyukur dan terharu, dia tidak menyangka ada orang yang sebaik-baik Puan Fatimah dan Encik Musa.

"Ibu ada nak bagi sesuatu untuk Nadiya" ujar Puan Fatimah, punggungnya diangkat untuk bangun mendekati Nadiya. Dia memandang raut wajah Nadiya dengan pandangan penuh kasih.

"Hari tu, anak ibu melamar tak pakai adat. Main sorok-sorok cincin dalam beg. Tu nasib baik Nadiya jumpa. Kalau tak?" matanya merenung tajam ke arah anak bujangnya yang tersengih tidak bersalah itu.

"Tapi Nadiya cakap abang romantik. Kira okay lah ibu" sela Adam, dia tersenyum dan melepaskan tawa kecil bila diperli oleh ibunya.

"Hari ni, ibu sendiri nak melamar Nadiya untuk anak lelaki ibu tu" telunjuknya diarahkan pada Adam sekali lagi.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now