Tiga Puluh Lima

2.7K 128 1
                                    

Kepalanya diletakkan pada riba Nadiya, rutin setiap kali selepas solat isyak. Wajahnya didekatkan pada perut isteri yang masih kempis. Dicium lama perut isterinya itu.

"Sayang rasa adik Amsyar ni girl ke boy?" jemarinya mengusap perlahan perut si isteri.

"Em, mungkin girl" jemarinya dilarikan pada wajah suami.

"Abang pun rasa girl sayang. Tak sabarnya rasanya nak tunggu dia lahir" ujar Adam dengan nada teruja.

"Kalau girl abang nak bagi nama apa?" Nadiya mengelus-elus lembut rambut suaminya yang sudah sedikit panjang itu.

"Abang rasa..." telunjuknya diletak pada bibir, memikirkan nama yang sesuai.

"Em, abang tak boleh fikir lah sayang. Otak abang macam blank. Lagi pun abang takut kalau abang sebut nama mana-mana perempuan kang sayang tuduh abang macam-macam. Perempuan kan suka overthinking"

"Amboi! Sempat lagi perli-perli kita ya" telinga suaminya dipulas perlahan. Geram!

"Aduh! Sakit lah sayang. Putus kang telinga abang ni" telinga yang dipulas oleh isteri diusap perlahan.

"Cuba sayang yang bagi idea. Abang boleh pertimbangkan" usul Adam, jemari isteri dibawa ke bibir.

"Saya rasa kalau baby girl, saya nak bagi nama Aisyah. Sama macam nama arwah mama"

Adam terus memandang wajah isteri, terlihat air mata mula bertakung di tubir mata milik isterinya. Sepanjang perkenalan mereka tidak pernah sekali pun si isteri membuka cerita tentang arwah mama serta papanya dan dia pun tidak pernah bertanya.

"Sedap nama Aisyah tu. Abang suka" balas Adam, tubuhnya bangkit dari pembaringan. Bahu isterinya ditarik perlahan merapati tubuhnya, tidak lama sebelum kedengaran esakan dari mulut si isteri.

"Saya rindu mama dengan papa" rintih Nadiya perlahan, wajahnya disembam pada dada suami. Setiap kali teringat pada arwah mama serta papanya, rasa rindu itu menyesakkan dadanya. Saat itu seolah-olah terasa bayangan mereka melintas dihadapannya, kenangan terakhir bersama mama dan papanya terus menghantui dengan rindu yang tak terungkap.

-

"Adik kena belajar rajin-rajin tau. Kalau mama dengan papa dah tak ada nanti adik kena dengar cakap abang Azri, dengar cakap abang Aqil, dengar cakap Pak Su. Boleh?" pesan Puan Aisyah kepada anak bongsunya itu. Pipi anaknya itu dicium penuh rasa kasih.

"Mama dengan papa nak pergi mana? Kenapa nak tinggal adik?" soal Nadiya, bibirnya dicebik, wajah ibunya itu dipandang lama.

"Mama pesan je dekat adik. Sebab adik ni nakal selalu tak dengar cakap" hidung anaknya itu dicuit.

"Adik good girl lah mama!"

"Kalau good girl kena lah belajar rajin-rajin, solat jangan tinggal. Kena dengar cakap semua orang" ujar Encik Nor Hadri yang sejak dari tadi hanya memerhati dua beranak itu.

"Tapi adik memang good girl kan papa?" soalnya pada si ayah.

"Ye. Adik memang good girl" pipi anak bongsunya itu dicium.

Sebaik sahaja sampai di pintu pagar sekolah, Nadiya turun dari perut kereta, dia bersalaman dengan Puan Aisyah serta Encik Nor Hadri, tetapi entah kenapa dia merasakan kelakuan ibu dan ayahnya agak lain hari ini. Kakinya seakan-akan berat untuk melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah. Sekali lagi dia menoleh ke belakang, lama dia melambai-lambaikan tangannya sehingga kereta milik si ayah hilang dari pandangan.

Belum sempat lagi masuk waktu rehat tiba-tiba kelibat Pak Su Hakim muncul diluar kelasnya dan secara tiba-tiba juga Pak Su Hakim mengajaknya pulang.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now