Dua Puluh Empat

2.5K 130 13
                                    

"Sedikit saya ingatkan kepada Adam, bila mana kamu dah menjadi seorang suami sebentar lagi maka ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab utama seorang suami itu adalah menyediakan nafkah mengikut kemampuan kamu" ujar jurunikah itu sebaik sahaja memulakan majlis.

Adam mengangguk perlahan, sebagai suami dia bukan sahaja memikul tanggungjawab tetapi dia juga akan memikul amanah yang besar untuk dijaga, dilindungi, dihormati dan disayangi sepenuh hati.

"Nafkah ni terbahagi kepada 3, yang pertama tempat tinggal. Kena sediakan tempat tinggal ikut kemampuan kamu. Tak mampu teres beli lah banglo" seloroh jurunikah itu.

Hampir seisi dewan itu tertawa mendengarkan kata-kata jurunikah itu. Adam masih mengawal reaksinya, kekal beriak tenang walaupun jantungnya mulai berdegup kencang ketika itu.

"Yang kedua kena sediakan pakaian, pakaian yang menutup aurat. Kalau kamu nak isteri kamu tutup aurat dengan sempurna, kamu sediakan lah pakaian yang sempurna untuk dia. Ingat Adam, jangan pernah berkira dengan isteri"

Mata Adam mengerling sekilas wajah bakal isteri yang sangat cantik mengenakan pakaian serba putih itu.

"Dan yang ketiga makan dan minum, kena sedikan secukupnya. Itu semua tugas utama kamu sebagai seorang suami"

"Seterusnya, bila mana ahli keluarganya menyerahkan dia kepada kamu sebagai seorang isteri maka kamu perlu kasihi dia, sayangi dia, dibelai, dilayang dengan baik. Jangan pula disepak, diterajang, ditumbuk, dan jangan diungkit-ungkit kelemahan dan kekurangannya"

"Sekiranya jodoh ini tidak berpanjangan, kita tidak tahu takdir Allah, sejauh mana jodoh kita jadi pulangkan lah kepada ahli keluarganya dengan cara yang baik"

"Untuk Nadiya yang selepas ini akan bergelar isteri, bila mana Adam telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami apa yang kamu perlu lakukan cuma satu iaitu taat. Taatlah pada perintah suami selagi mana perintah suami itu tidak melanggar syarak. Dia suruh makan, kamu makan. Dia suruh tidur kamu tidur. Kalau dia suruh curi rambutan rumah sebelah, kamu kena ingatkan dia mencuri tu berdosa"

"Sekarang saya serahkan kepada wali untuk meneruskan upacara akad nikah" ujar jurunikah itu, tangannya menepuk perlahan bahu Azri.

Azri cuba tersenyum, namun perasaan sebak di dalam hati jelas tergambar pada air mata yang mula menitis pada pipinya, dikerling seketika wajah Nadiya yang duduk sendirian di atas pelamin kemudian pandangannya dialihkan kepada Aqil yang duduk disebelahnya, terasa tangan kekar Aqil sedang mengusap perlahan belakang badannya. Ini merupakan kali kedua dan dia berharap ini kali terakhir dia akan melaksanakan tanggungjawab ini.

Dia menghulurkan tangannya kearah Adam tanda ingin memulakan. Mereka berjabat tangan dalam suasana yang tenang hanya dihiasi alunan selawat. Dia merasakan ada getaran pada tangan Adam. Pandangannya redup ke arah Adam.

"Adam Afham bin Musa"

"Saya"

"Aku nikahkan dikau dengan adik kandungku Nadiya Aleesa binti Nor Hadri dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai"

"Aku terima nikah Nadiya Aleesa binti Nor Hadri dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai"

"Saksi, sah?" soal jurunikah.

"Alhamdulillah"

Menerima sahaja anggukkan daripada kedua saksi jurunikah terus memanjatkan rasa syukur dan memulakan bacaan doa.

Dengan sekali lafaz Nadiya Aleesa telah menjadi hak milik kekal kepada seorang lelaki bernama Adam Afham.

Adam dan Azri saling berpandangan, tanpa sepatah kata, seolah-olah hanya berkomunikasi melalui mata. Adam berdiri dan mendekati Azri, tangan Azri digenggam erat.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now