Enam (Edited)

2.5K 106 2
                                    

Kemeja satin berwarna biru muda yang disarung ke tubuhnya tadi diselitkan kemas kedalam seluar. Seluar hitam yang berpotongan lurus itu membuatkannya terlihat lebih tinggi walaupun dia hanya 160cm.

Rambutnya yang semakin panjang itu, dibiar lepas lalu bahagian hadapan rambut diselitkan dibelakang dan dipin kemas. Bibirnya disapu dengan pelembab bibir berona natural. Wajahnya yang sudah siap bersolek nipis itu dirapikan.

Perfect!

Puas dia menelek diri sendiri dihadapan cermin sekejap pusing ke kiri sekejap berpusing ke kanan. Perfume disembur keseluruh badan.

Setelah berpuas hati, dia bergerak menuju ke arah katil.

Perlahan tangannya mengangkat tubuh bayi yang sedang nyenyak tidur itu. Dicium dengan penuh kasih ubun-ubun bayi tersebut. Beg tangan serta bag pakaian bayi turut dicapai lalu terus dia berjalan keluar dari ruang biliknya.

Rakan serumahnya Zaty tiada hari ini, jadi agak kelam-kabut juga rutinnya hari ini. Kebiasaannya, dia dan Zaty akan turun bersama-sama. Hari ini dia terpaksalah dia menguruskan semuanya sendirian.

Bukannya dia tidak mahu menguruskan sendirian, tetapi Zaty yang terlebih ringan tulang untuk turut membantu.

Come on kita kan wanita bekerjaya.

Setelah dua minggu bercuti, hari ini hari pertama dia mula kembali bekerja. Jam sudah menunjukkan kearah 7.30 pagi. Jika lewat dia beredar pasti lambat dia sampai ke pejabat.

Segera dia meletakkan bayi yang didalam dukungannya ke dalam stroller. Terliuk-liuk tubuh si kecil itu apabila tidurnya diganggu. Nadiya menepuk perlahan tubuh Amsyar. Bila tiada tanda-tanda si kecil itu akan terjaga Nadiya berhenti menepuk.

Sekilas dia mencium pipi gebu Amsyar.

Wanginya handsome boy ni.

Beg pakaian bayi tadi digantung pula pada pemegang. Kakinya melangkah keluar dari rumah.

Selesai sahaja menghantar Amsyar ke rumah pengasuh, Nadiya terus meneruskan pemanduannya ke tempat kerja.

Alhamdullillah, jalan tidak begitu sesak hari ini. Sangat berterima kasih kepada pegawai polis trafik yang menjaga lalu lintas hari ini.

Hari pertama kembali bekerja setelah dua minggu dia bercuti rehat selepas kemalangannya, terasa seperti memulakan semangat baru setelah lama bercuti.

Kereta miliknya juga sudah siap dibaiki. Mujur ada Azri yang membantu. Awalnya dia trauma juga untuk memandu, tetapi hidup perlu diteruskan. Lagi-lagi dengan statusnya sebagai ibu tunggal.

Besar tanggungjawabnya kepada Amsyar.

Bapa Amsyar? Entah ingat atau tidak kewujudan anaknya itu. Mungkin sibuk dengan isteri baru.

Bukan sengaja dia tidak menuntut nafkah untuk Amsyar, tetapi biarlah Muaz sendiri yang sedar akan tanggungjawabnya. Walaupun memang itu hakikatnya. Dia tidak ingin memaksa, biarlah Muaz dengan hidupnya. Selagi dia mampu, dia yang akan memberikan segalanya pada Amsyar.

Asalkan Muaz tidak mengganggu hidupnya dan Amsyar. Itu sahaja pintanya.

Sampai sahaja diparkir, Nadiya disapa oleh teman sekerjanya, Sufian.

"Sihat Puan Nadiya?"

Nadiya tersenyum manis kepada Sufian.

"Alhamdulillah Pian, kalau ikut hati nak sambung je lagi cuti," balas Nadiya bersahaja. Beg tangan serta bag komputer ribanya dicapai. Dia berjalan beriringan dengan Sufian menuju ke arah pintu lift.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now