Dua (Edited)

2.5K 118 13
                                    

''Bekas suami. Anak Aunty tu bekas suami dia.'' Rendah sahaja nada suara Puan Kartini, menuturkannya.

Adam mengangguk, kepalanya sedang cuba memproses apa yang Puan Kartini katakan tadi.

"Oh. Bekas suami..." Gumamnya perlahan, tiba-tiba dia tersentak seakan baru dapat memproses kenyataan yang keluar dari mulut wanita berusia tadi.

Puan Kartini itu memandangnya pelik, mungkin tersentak melihat dia seakan terkejut tadi.

Langsung tidak dia jangka, itu jawapan daripada soalannya tadi.
Hendak bertanya selebihnya macam tidak beradab pula.

Dia bukan sejenis 'busy body'

Tapi dia sejujurnya berharap juga jika Puan Kartini ingin menumpahkan lagi sedikit teh kepadanya.

I love tea. Well, who doesn't? Lagi-lagi kalau hot tea.

Tiba-tiba pintu bilik kecemasan dihadapan mereka dibuka, keluar seorang jururawat wanita yang sama seperti tadi.

''Encik, Cik Nadiya kita dah pindahkan ke wad ya. Encik dan puan boleh terus kesana ya.'' Sehelai kertas turut dihulur kepada Adam dan laju dia mengambil kertas tersebut lalu dibaca segala maklumat yang tertulis didalam helaian tersebut.

Nadiya Aleesa binti Nor Hadri
26 tahun
Bed 1 (Ward 3)

''Terima kasih ya, nurse.'' Balasnya sopan. Jururawat tersebut mengangguk kemudian berlalu masuk kembali ke dalam bahagian ruang kecemasan.

Adam dengan sopan mempelawa Puan Karitini mengikutinya. Dia memerhati papan tanda yang berada dihadapan mereka, bangunan wad dituju.

Hening suasana di hospital malam itu.

''Kamu dah inform abang-abang dia?'' Suara Puan Kartini memecahkan keheningan suasana itu, Adam masih meruskan langkahnya.

"Belum lagi Aunty, saya rasa nurse tadi call Aunty je." Terkejut juga Adam dengan pertanyaan Puan Kartini itu, dia memang tidak menghubungi sesiapa kerana dia tahu pihak hospital sudah pun menghubungi Puan Kartini iaitu waris kepada Nadiya.

Dia menoleh kebelakang apabila dia tidak lagi mendengar bunyi derap kasut dibelakangnya. Dia melihat Puan Kartini sedang terkial-kial mencari sesuatu didalam beg tangan Nadiya yang telah pun diserahkannya dari awal tadi.

Baru dia teringat yang beg itu berat seperti ada batu bata didalamnya. Tak sampai hati pula melihat wanita tua ini terpaksa memegang beg yang berat itu.

Adam berpatah balik ke arah Puan Kartini, tangannya ligat membantu untuk memegang tali beg tangan Nadiya.

Puan Kartini tersenyum melihat Adam yang sedang membantunya itu. Dia mencari telefon bimbit Nadiya, setelah dijumpai telefon itu dihulurkan kepada Adam.

Terjongket seketika kening Adam tetapi tangannya masih menyambut huluran tersebut.

Beg tangan Nadiya yang dipegang oleh Puan Kartini tadi diambil lalu disarung tali bag itu ke bahunya.

Tersenget seketika bahunya apabila beban itu tersangkut dibahunya. Rasa macam nak diselongkar sahaja beg itu. Perasaan ingin tahunya membuak-buak, entah apa yang ada dalam beg itu sampai berat macam tu sekali.

Betul-betul berat ye kawan-kawan.

Mereka terus berjalan beriringan, beberapa minit kemudian mereka tiba dihadapan bangunan wad perempuan. Hanya seorang pelawat dibenarkan masuk lalu Adam memberi laluan kepada Puan Kartini.

Kalau dia yang masuk pun, dia nak buat apa?

"Kamu cuba lah call abang dia, Azri namanya. Aunty masuk dalam kejap tengok dia, ya." Sempat Puan Kartini berpesan kepadanya sebelum tubuh wanita itu masuk ke dalam bangunan wad tersebut.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now