Tiga (Edited)

2.6K 113 4
                                    

''Aunty? Aunty okey ke?'' Tegur Adam, lama dia lihat wanita itu merenungnya, atau sebenarnya Puan Kartini sedang termenung.

Malu pula rasanya bila ditenung begitu lama. Dia sedar yang dia itu kacak. Ramai yang cakap.

Tersentak Puan Kartini dibuatnya, bila ditegur oleh Adam. Dia kembali ke dunia nyata. Ketawa kecil turut keluar dari mulut wanita itu.

''Adam ni umur berapa? Dah berumah tangga?'' Soal Puan Kartini, berkenan sungguh rasanya dia dengan lelaki itu. Kalau dia ada anak perempuan memang dia kenen kan terus anaknya dengan si Adam.

Sudah lah kacak, baik budi pekerti pula tu.

Lebar senyuman terukir dibibir Adam bila mendengarkan soalan dari Puan Kartini itu.

Berumah tangga?

Rasanya, hampir setiap hari dia asyik diasak dengan soalan yang sama. Bukannya tiada perempuan yang mahu berkenalan dengannya, tetapi dia sendiri rasa masih belum bersedia ke arah itu.

Belum masanya lagi, banyak lagi yang dia perlu dia perbetulkan dan dia merasakan dirinya belum betul-betul bersedia.

Baginya, tanggungjawab sebagai suami bukannya mudah. Dia tidak mahu tergesa-gesa. Sampai masanya nanti, dia pasti akan berkahwin juga. Tunggu sahaja lah, kalau ada jodoh, adalah.

Sebelum ini, pernah juga ibu sibuk ingin menjodohkan dia dengan anak rakan-rakannya, tapi dengan pantas dia menolak.

Dia betul-betul belum bersedia.

''Saya ni dah 32 tahun Aunty, jodoh saya mungkin sesat lagi kot.'' Seloroh Adam, bersahaja.

Sepanjang 32 tahun hidupnya, belum pernah sekalipun lagi dia merasai apa rasanya jatuh cinta.

Dia sendiri tidak tahu, apa sebenarnya perasaan jatuh cinta?

Hidupnya mungkin sedikit membosankan, zaman persekolahan dahulu sempat juga lah dia menjalin cinta.

Tapi sekadar cinta monyet, sekadar rasa suka. Tapi rimas pula dia apabila pasangannya seakan mengongkong hidup remajanya. Tak sampai 2 minggu, dia sendiri memutuskan hubungan mereka itu.

Bila menginjak usia dewasa, hidupnya sengaja disibukkan dengan urusan kerja, bila cuti pa dia habiskan masanya dengan ibu dan ayah dikampung atau dia pergi bercuti dengan rakan-rakannya yang lain. Tapi sejak masing-masing sudah mula memulakan kehidupan baru, makin susah pula nak meluangkan masa bersama.

Dia pula masih selesa begini tiada yang mengikat atau diikat, mungkin belum tiba masanya lagi.

Tiba-tiba dia melihat satu wajah yang dia sangat kenali berada di belakang Puan Kartini.

Ya, dia yakin dia kenal akan lelaki yang dihadapannya itu.

Sahabat lamanya Najib Azri bin Nor Hadri.

''Kau abang Nadiya?'' Tegur Adam.

Mereka sama-sama terkejut, laju mereka berjabat tangan. Kelihatan dua perempuan yang datang bersama Azri tadi turut bersalaman dengan Puan Kartini.

''Kau yang call aku tadi Dam? Allah! Lama betul kita tak jumpa ya.'' Azri memeluk tubuh Adam.

Sungguh tidak dia sangka, begitu kecil dunia ini. Rupa-rupanya sahabat lamanya itu merupakan abang kepada Nadiya.

Zaty dan Anis dibelakang masih tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang dipeluk oleh Azri itu.

''Ini Adam, kawan abang masa dekat Pulapol Kuching dulu." Jelas Azri kepada Zaty dan Anis.

Mereka hanya mengangguk, setelah itu Adam memberikan pas pelawat kepada mereka. Mujur mereka dibenarkan naik serentak. Sebaik sahaja mereka bertiga dibenarkan naik ke atas, Puan Kartini pula meminta diri untuk pulang dahulu, Adam pun berlalu menghantar Puan Kartini ke kereta yang sudah sedia menunggu.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now