Tujuh

2.3K 108 2
                                    

Motor yang ditunggang oleh Adam dibrek perlahan lalu diberhentikan dibahu jalan. Rakan sekerjanya yang berada dibelakang turut ikut berhenti. Perlahan langkah Adam menuju ke arah kenderaan yang berhenti di bahu jalan itu.

Kelihatan kelibat seorang wanita sedang terbongkok-bongkok melihat bahagian tayar hadapan kereta tersebut. Langit sudah kelihatan semakin hilang sinarnya, sebentar lagi pasti akan semakin gelap.

"Cik, cik okay?" tegur Adam perlahan tapi tetap juga mengejutkan wanita tersebut.

"Eh!"

Jangankan Adam sahaja terkejut malah, wanita di hadapannya itu juga mempamerkan reaksi yang sama apa bila mata mereka bertentang.

Kaku.

"Tayar pancit ke cik?" tegur rakan sekerja Adam, Faris yang entah bila muncul di belakangnya. Faris sudah membongkokkan badannya untuk melihat tayar kenderaan tersebut.

Suasana masih senyap.

Faris yang tidak mendengar apa-apa balasan itu segera menoleh, dia melihat Adam dan wanita itu hanya saling berbalas pandangan.

Lama.

"Cik, saya tahu kawan saya tu handsome. Tapi jangan tenung dia macam tu" tegur Faris kepada wanita tersebut.

Wanita tersebut cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Rambutnya yang tadi dibiarkan lepas terus diikat menggunakan getah yang memang tersedia di pergelangan tangannya.

Tetapi melihatkan rakannya itu juga masih kaku. Segera dia bangun lalu ditepuk kuat bahu Adam.

Adam tersentak, bagai baru tersedar dari mimpi.

"Kau ni pantang betul nampak perempuan cantik kan!"

Adam tersengih mendengar kata-kata rakannya itu.

"Tayar spare ada cik?" tegur Faris lagi.

"Saya..saya tak tahu" balas wanita itu teragak-agak.

Tergeleng-geleng kepala Faris mendengarkan balasan wanita tersebut.

Kalau dah namanya perempuan.

"Tak apa, saya tolong tengokkan" celah Adam lalu dia membuka bonet belakang kereta.

Ruang menyimpan tayar ganti kosong. Yang ada cuma perkakas serta peralatan untuk menukar tayar. Dikerling sekilas wajah Faris dan wanita tersebut sudah pun berdiri di sebelahnya.

Faris sudah tertawa kecil.

Sepatutnya tadi mereka dalam perjalan pulang kembali ke balai selepas selesai tugas rondaan. Adam pula baik hati berhenti ingin menghulurkan bantuan.

Melihat wajah clueless perempuan itu menjentik hati Adam.

"Tak apa, saya call towing" ujar Adam.

Wanita itu hanya mengangguk perlahan, dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Ini merupakan kali pertama dia menghadapi kejadian seperti ini. Mana pernah dia berani menggodek-godek barangan didalam kereta tersebut.

Selesai menelefon pihak towing dia mendekati kembali Faris dan wanita tersebut. Faris disebelahnya disiku perlahan. Dilihat Faris menjeling kearahnya, senyuman nakal mula terbit pada wajah Faris.

"Aku ada helmet spare kalau kau nak pinjam" ujar Faris selamba. Tangannya sudah menunjuk ke arah box yang ada pada belakang motorsikalnya.

Adam terus menjulingkan matanya, geram pula hatinya melihat perangai rakannya itu.

'Kau memang nak kena' kata-kata itu disampaikan melalui pandangan tajam kepada Faris.

"Tak apa, saya boleh naik grab" laju wanita itu membidas.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now