Empat Puluh Empat

2.3K 131 10
                                    

Motosikalnya diparkir di hadapan deretan kedai yang agak lengang hari ini, berbanding hari-hari yang biasa. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar kerjanya, matanya terus meneliti mesej yang dikirim oleh isteri.

Senyumannya mula terukir tanpa dapat disembunyikan lagi.

Senyuman itu, walaupun kecil tapi penuh makna.

Setiap kali menerima mesej daripada si isteri, bibirnya tidak pernah gagal untuk tersenyum.

Betul lah kata kawan-kawannya, memang dia angau.

Tapi kalau angau tu untuk isteri sendiri, apa salahnya? Asalkan jangan angau dengan orang lain pula.

"Dah macam personal shopper dah," gumamnya perlahan, kepala digeleng beberapa kali.

Namun, tidak ada sedikit pun rasa berat dalam hatinya setiap kali Nadiya meminta untuk dibelikan apa-apa.

Permintaan dari isterinya itu sering ditunaikan dengan senang hati. Dia suka melihat Nadiya tersenyum gembira saat dia balik dari kerja dengan membawa beg kertas yang berisi hasil kiriman dari si isteri, dan bagi Adam, tidak ada yang lebih menggembirakan daripada memenuhi keperluan dan keinginan orang tersayang.

Telefon bimbit masih berada di tangan, kaki pula bergerak melangkah ke dalam kafe kegemaran si isteri, tempat yang dikunjunginya hampir setiap minggu jika ada kiriman dari si isteri.

Bau kopi yang menyegarkan terus menerpa hidung.

"Iced salted caramel latte add on whipping cream satu. Iced hazelnut latte satu," Adam membuat pesanan dengan tenang kepada pekerja yang berada di kaunter.

Matanya masih tidak lepas dari skrin telefon, meneliti mesej yang dihantar oleh si isteri.

"Em, red velvet cheesecake satu," tambah Adam, menyudahkan pesanan dengan nada lembut, seperti biasa.

Sambil pekerja itu sibuk mencatat pesanan, mata Adam kembali tertancap pada teks terakhir dari Nadiya,

'I love you abang'

Empat patah perkataan membuatkan bibirnya tanpa sedar mula mengukir senyuman yang semakin lebar, hatinya mula rasa terbuai.

"I love—"

Dia tersentak, serta-merta dia tersedar bicaranya tadi bukannya di dalam hati.

Mata dah melirik ke arah pekerja kafe yang masih berdiri di depannya. Pekerja kafe itu masih kelihatan tenang, tapi dalam hatinya mungkin dah mula mengutuk Adam.

"Err... Tu je, dik," ujarnya perlahan, cuba menutup rasa malu yang mula menampar diri sendiri.

Pipi dan leher dah mula terasa panas.

Rasanya macam nak menyorok bawah meja je sekarang ini.

Nasib baik lah budak yang ambil pesanan itu tadi lelaki. Kalau perempuan, mungkin dia dah tak mampu nak cover lagi rasa malunya itu.

Sambil menunggu perasan, Adam mengusap tengkuknya. Akhirnya, dia sendiri tidak dapat menahan diri daripada ketawa kecil.

Ketawakan diri sendiri.

"Bang dah siap." Ujar pekerja lelaki dari kaunter.

Adam bangun dari duduknya, beg kertas yang diletakkan oleh pekerja kafe di atas kaunter itu diambil. Kepala ditundukkan sedikit tanda terima kasih kepada pekerja kafe itu.

Kali melangkah keluar dari pintu, baru je pintu kafe tertutup.

Tiba-tiba dia terdengar ada suara menegurnya dari belakang.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now