Tiga Puluh Enam

2.3K 133 8
                                    

"Puan Nadiya Aleesa" tegur satu suara dari arah pintu bilik rawatan, kepalanya diangkat sedikit, memandang ke arah pintu.

"Jom sayang" tangannya dihulur pada isteri sebelum mereka sama-sama bangun dari kerusi untuk masuk ke dalam bilik rawatan.

Nadiya masih teragak-agak untuk melangkah, anak mata mata mereka bertembung. Mata Nadiya penuh dengan perasaan yang bercampur baur, seakan tidak mahu berada disitu.

"Sayang, semua akan baik-baik je. Insya-Allah" genggaman tangannya pada jemari isteri dikemaskan, lembut dia menarik isteri untuk turut masuk ke dalam ruang itu bersamanya.

"So, kalau ikut rekod dekat sini last week Puan Nadiya ada datang untuk confirm the pregnancy kan?" soal Doktor Maryam sebaik sahaja kedua pasangan suami isteri itu duduk dihadapannya.

Nadiya mengangguk, tiada kata yang mampu keluar daripada mulutnya saat ini. Jemari yang masih kemas dalam genggaman suami cuba dileraikan, tetapi semakin kemas jemari itu digenggam.

"Baik. Jadi hari ni Puan Nadiya dan suami datang untuk apa? Nak check perkembangan baby?"

Melihat Nadiya yang hanya mendiamkan diri, Adam bertindak untuk bercakap bagi pihak Nadiya.

"Wife saya mengadu ada rasa tak selesa dekat bahagian perut dia since malam tadi, and this morning dia perasan ada spotting" jelas Adam, nadanya masih tenang tidak mahu memunjukkan gelodak dalam hatinya saat ini.

"Kalau macam tu, kita scan dulu" ujar Doktor Maryam.

Saat ini, dia hanya mampu berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja. Puas dia memujuk isteri sejak dari malam tadi untuk ke klinik, tetapi Nadiya berdegil. Bila tiba-tiba pagi tadi isterinya mengadu berkenaan tompokan darah itu, terpaksa juga dia memaksa isteri ke sini walaupun Nadiya masih berkeras.

"Kalau ikutkan kandungan Puan Nadiya dah masuk 10 weeks, jadi kita check dulu ya"

Terasa sejuk perutnya bila gel itu disapu, jantungnya masih berdebar. Kuat dan laju sehingga nafasnya terasa agak tersekat.

"Baby macam tak growing, kalau ikutkan dah 10 weeks, tapi size baby still 8 weeks" perlahan Doktor Maryam menuturkan, jemarinya menunjuk ke arah skrin mesin itu.

"Maaf puan, baby dah tak ada hearbeat" ujar Doktor Maryam sayu, perkara yang sangat tidak mudah untuk dia katakan.

Nadiya memandang sayu wajah suaminya yang masih kekal tenang. Dia merasakan pergerakan tangan suami memegang kemas tangannya. Air mata mula bertakung dimatanya.

"Mak... Maksud doktor?" soalnya polos, masih meminta kepastian. Walaupun dia sudah tahu maksud dari ayat Doktor Mariam tadi.

"Puan, baby dah tak ada. Maafkan saya Puan Nadiya, awak keguguran" terasa runtuh segala harapan serta angan-angannya. Air mata yang tadi ditahan, mengalir deras.

Minggu lalu, berita kehamilannya itu dikongsikan bersama suaminya. Dia ingat lagi bagaimana terujanya Adam, apabila melihat alat ujian kehamilan yang dijadikan sebagai hadiah ketika mereka berada di Cameron Highland, baru beberapa hari lepas mereka berbincang nama untuk bayi ini. Tetapi hari ini, doktor telah memaklumkan yang dia keguguran.

'Tuhan, seandainya ini ujian-Mu, berilah aku kekuatan untuk melaluinya'

"Sayang, it's okay belum rezeki Amsyar jadi abang" ujar Adam perlahan, badan isterinya itu dibawa ke dalam pelukan. Nadiya yang masih teresak-esak itu ditenangkannya. Dia juga sedih akan kehilangan itu, tapi dia tidak mahu menunjukkan rasa itu dihadapan isterinya. Biar lah dipendam sendiri rasa sedih itu, asalkan isterinya tidak menangis seperti ini. Ubun-ubun isterinya dikucup perlahan, dia tidak peduli keadaan sekeliling lagi. Yang penting sekarang emosi isterinya.

Give Me Your ForeverWhere stories live. Discover now