"Jangan!!!"
Mazlan tersentak bangun. Bayangan yang tadi mengejarnya dalam mimpi terus lenyap. Titik peluh berjurai di bahagian pelipis dahinya. Nafasnya menderu bagaikan ribut. Jantungnya bagaikan mahu tercabut bahana berdegup terlebih kencang.
Bayangan hitam yang menghantuinya saban malam kini semakin menganggu ketenteraman lenanya. Mazlan menghempaskan badan ke atas katil bujangnya sambil otaknya cuba memproses rentetan mimpi yang baru saja dialaminya.
...
"Aku... Di mana?"
Mazlan membuka mata dan pandangannya menerawang ke serata alam. Aneh. Dia pasti perkara terakhir yang dia lakukan adalah berbaring di atas tilam bujangnya bercadar biru langit bersulamkan awan.
Kini dia berada di satu tempat yang cukup asing. Bau yang tersebar di udara seperti campuran pasir dan masin air laut. Di manakah dia?
Kepalanya digaru-garu sambil tangannya menggosok hidung. Kepalanya terteleng-teleng mencari koordinat dirinya. Baru sahaja dia mahu melangkah mendekati deruan ombak yang menghasilkan buih-buih di atas hamparan pasir, tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran segerombolan makhluk berselubung kain hitam yang pantas mengerumuninya.
Cemas dengan kehadiran makhluk yang tidak diundang, Mazlan mengorak langkah seribu dan terus memecut ke arah hutan berdekatan pantai. Akar-akar yang berselirat di atas tanah berair membuatkan langkah Mazlan sedikit sumbang.
Namun, dia tidak mengalah untuk menjarakkan dirinya dari makhluk yang muncul entah dari mana itu. Baru sahaja dia hendak menoleh ke belakang, tiba-tiba tangannya seakan ditarik oleh sepasang tangan kecil dari arah kecil.
Sejuk.
Mata kirinya dikerling ke arah objek yang memegang erat jari telunjuk dan jari hantunya. Kelihatan samar-samar bayangan berambut hitam dan berbaju merah.
Comel.
Baru sahaja Mazlan mahu menghembuskan nafas lega, budak kecil bertocang dua itu bersuara,
"Abang nak main dengan Momo?"
Tangan yang tadinya lembut mengenggam bertukar menjadi cengkam dalam sekelip mata. Puas Mazlan cuba menyentak kembali dua jarinya namun kudrat luar biasa yang dimiliki sepasang tangan kecil itu menyukarkan usaha Mazlan.
"To-Tolong! Jangan apa-apakan aku,"
Seiring dengan laungan itu, Mazlan menarik kuat jarinya dan terus berlari. Hanya terdapat satu benda dalam kepalanya, dia mesti menyelamatkan diri! Itu peraturan asas dalam 'survival of the jungle' yang dipelajarinya sewaktu menyertai pasukan beruniform di sekolah dahulu!
Tidak lama selepas dia berlari, Mazlan mendapati ada lintasan lain yang mengikut jejak langkahnya. Pada mulanya, dia cuba untuk tidak mempedulikan lintasan tersebut. Mungkin cuma mainan perasaannya dek kerana situasi gila yang sedang dia hadapi.
Namun, semakin dia tidak peduli, semakin bayangan itu kerap memunculkan diri. Seolah mahu Mazlan tahu, dirinya tidak berseorangan di tengah-tengah hutan paya bakau itu.
Mazlan berhenti sebentar dan duduk di atas banir pokok yang berceracak. Kelihatan beberapa pucuk pokok paya yang menampakkan akarnya yang kelihatan tajam di permukaan air. Mazlan pasti ada satu nama saintifik bagi akar itu, dia pernah belajar dalam kelas Biologi dahulu.
Biarlah, bukan satu benda yang penting untuk Mazlan sekarang.
Bunyi kocakan air di belakangnya membuatkan Mazlan tersentak. Baru sahaja dia hendak menoleh, mukanya terus dicakar oleh sepasang kuku hitam yang amat tajam.
"SAKIT!!!"
Mazlan mengaduh di dalam keladak lumpur. Dia tercampak ke dalam paya dan makhluk yang mencakarnya terus menggagau di alam air, mencari Mazlan.
Mazlan cuba untuk melepaskan diri namun tangan tersebut cekap menariknya kembali ke atas permukaan air.
"JANGANNNNN!!!"
P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)
Yang di atas tu, gambaran Izzat. Sesuai tak dengan perangai dia? Hahaha. Indonesian F1 driver.
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...