"Err. Bagi tahu aku kenapa kita ke sini sekali lagi?"
Soal Adib yang tampak keliru. Bukannya dia tidak pernah menjejakkan kaki ke sini.
Selalu saja dia datang apabila hari Jumaat menjelang tetapi...
Hari ni bukan Jumaat.
Atas alasan apakah Mazlan mengajaknya ke sini? Siapakah Suzy sebenarnya?
"Emm. Aku harap kau tak terkejut sangat Adib. Dah lama aku tak datang sini sebenarnya,"
Balas Mazlan lemah. Berbekalkan cahaya dari sorotan lampu suluh, dua pasang kaki meredah kepekatan malam menuju ke arah destinasi yang hanya Mazlan tahu lokasinya.
"Argh, tak ah. Aku curious saja, Lan,"
"Haha. Aku tahu, Dib. Aku ingatkan nak datang esok, tapi entahlah. Tiba-tiba saja aku teringin nak datang sini malam ni,"
"Haa. Kau nak lawat siapa kat sini?"
"Kawan lama."
"Kawan?"
"Kawan."
Balas Mazlan sebelum mematikan langkahnya. Adib turut berhenti sambil merenung pusara di hadapannya.
"Suzy, I dah datang ni,"
Ucap Mazlan perlahan sambil mengusap lembut batu nisan di hadapannya. Mata Mazlan merenung jauh ke dalam perbualannya dalam telefon beberapa bulan yang lalu dengan ibunya.
***
"Hello ibu. Kenapa call Lan ni?"
Terdengar suara tersedu-sedan di hujung talian sana. Rasa gusar terus menerpa ke dalam hati Mazlan. Ada sesuatu yang burukkah berlaku di rumah?
"Lan... Ibu nak bagi tahu ni, tabah ya nak?"
Dalam esakan yang masih bersisa, Mak Sham cuba mengumpul kekuatan untuk menyampaikan khabar kepada anaknya yang berada jauh di perantauan.
"Kenapa ni, ibu?"
Soal Mazlan yang mula kalut.
Sakitkah ibunya?
Ada apa-apa kecelakaankah yang menimpa keluarganya sehinggakan ibu menanngis sebegini teruk?
"Suzy, Lan. Suzy..."
"Kenapa dengan Suzy, ibu?"
"Dia dah meninggal nak. Sabar. Tuhan lebih sayangkan Suzy,"
Diam.
Mazlan bungkam apabila mendengar khabar berita tersebut. Ibunya memang berkenan habis untuk menjadikan Suzy menantunya satu hari nanti. Tidak pula Mazlan memaklumkan bahawa dia dan Suzy sudah tiada apa-apa hubungan sebelum melanjutkan pelajarannya.
"Lan? Lan masih ada ke tu?"
"Y-ya ibu. Lan ada ni,"
"Balik la Lan. Ziarah dia untuk kali terakhir."
"Tak boleh, ibu. Lan ada final exam ni. Kalau tak ambil, susah nanti,"
"Exam tu lagi penting ke dari ziarah orang mati ni, Lan?"
"Ya, ibu. Sangat penting. Exam ni yang akan bantu Lan untuk balas jasa ibu,"
Balas Mazlan sambil cuba menyusun ayat sehabis lembut yang mungkin demi menjaga hati tua ibunya. Biarlah rahsia kekal rahsia di antara Mazlan dan Suzy.
"Ibu?"
"Ya, Lan?"
"Kenapa Suzy meninggal?"
"Dia ditemui mati dalam hutan, nak. Ada orang kata dia diculik. Tapi entahlah, Lan. Tak ada pula ibu bapanya bising mengenai kehilangan Suzy,"
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...