"Huhhhh"
Keluhan berat dihela kasar oleh Izzat. Mazlan mula berkelakuan aneh. Izwan jadi pelik. Adib bertukar dari ceria ke pendiam.
Buntu melihat satu-satu perubahan ahli rumahnya. Izzat berteleku di dalam tandas sambil membiarkan air dari shower membasahi dirinya. Dia bersandar pada dinding sambil menutup mata, membiarkan air terua mengalir membasahi tubuhnya.
Lama dia menutup mata, akhirnya Izzat bangun dan mencapai sebilah pencukur jenama Gilette. Ketiaknya diangkat tinggi sebelum mata pisau tersebut memisahkan bulu hitam yang tumbuh merimbun laksana rumput dari liang porinya.
Bulu-bulu yang berguguran di atas lantai dibiarkan dibawa oleh air shower yang masih mengalir. Pandangannya dihalakan ke arah cermin muka yang tergantung di hadapannya.
Wajah Izzat yang terpantul di hadapan cermin ditelek.
"Hmm... Boleh tahan muka aku ni. Kalau simpan janggut sikit, kalah Aeril Zafrel tu,"
Ungkap Izzat sambil mendongak dan menyapu lembut bahagian bawah dagunya. Mukanya ditelengkan ke kiri dan kanan bagi mendapatkan view jaw terbaiknya.
Tiada sebutir jerawat pun yang berani hidup di atas muka bersih Izzat. Kulitnya yang sedikit cerah berbanding lelaki tipikal lain membuatkan Izzat seolah-olah anak kacukan Cina-Melayu. Cumanya, mata Izzat bundar dan tidak sepet. Keningnya yang sedikit tebal mampu membuatkan orang yang tidak punya kening tebal menoleh dua kali.
Sedang Izzat sibuk menelek wajah sambil memuji dirinya. Bayangan di hadapannya tiba-tiba menukar ekspresi wajah.
Izzat yang masih lagi leka menilik wajahnya terpegun di hadapan cermin.
Situasi ini pernah dihadapinya semalam. Tapi, kali ini, pantulan itu seakan mahu menyampaikan sesuatu.
Izzat mengerutkan dahi cuba membaca gerak mulut pantulannya.
"Bu...at... Ja...hat... Di...ba...las... Ja----"
"Woi, Ijat! Cepat la! Aku nak berak ni! Kau tengah onani ke apa dalam tu?!"
Laung Mazlan dari luar.
Fokus Izzat sedikit terganggu dengan kekecohan yang ditimbulkan oleh Mazlan.
"Jap ah! Nak siap dah ni!"
Balas Izzat sebelum matanya dilarikan kembali ke arah cermin.
Izzat hanya mampu mengeluh apabila pantulan tadi tiada di hadapannya. Pantulan sekarang hanyalah pantulan yang biasa.
Izzat menarik kasar tualanya yang tersangkut di atas pintu tandas. Kakinya dilangkah keluar tanpa menoleh ke belakang lagi.
Izzat tidak sedar, langkahnya keluar diperhatikan dari satu pandangan yang lain.
Sungguh Izzat tidak tahu, pantulan itu cuba membantunya.
Apa yang dia tahu, Mazlan berlari masuk ke dalam tandas tanpa menoleh ke belakang lagi.
Satu aroma kuat mula menguasai tandas beberapa saat kemudian.
"Apa yang benda tadi cuba sampaikan?"
Soal Izzat sambil mengelap tubuhnya.
Tiba-tiba, dia terdengar bunyi pekikan dari arah bilik Izwan dan Khalid.
"Sudah, apa pulak budak berdua ni buat,"
Keluh Izzat sambil berjalan pantas.
Khalid memang kawan yang baik, tapi bila sampai baran dia, mana nak kenal kawan dan lawan.
Bahaya sebenarnya orang panas baran ni. Minda dia tak stabil. Macam-macam boleh jadi kalau baran tu tak dibendung. Macam syaitan merasuk badan pun ada bila sampai baran tu.
Pintu bilik Izwan dan Khalid terus dikuak pantas.
P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...