Apa yang cuba Izwan sampaikan? Cermin? Apa kaitan cermin dengan apa yang berlaku?
Azam resah memikirkan kata-kata yang terluah dari mulut Izwan sebentar tadi. Sudah puas dia mengejutkan Izwan yang tiba-tiba pitam, namun hampa.
Izwan seolah-olah tidak mengingati apa yang diperkatakannya. Seakan ada benda lain yang cuma memberi amaran kepada Azam. Tapi apa?
Azam menyandarkan tubuhnya ke dinding. Puas menyelongkar kotak memori namun semuanya menemui buntu. Dia hanya mengeluh sambil melemparkan pandangannya ke luar tingkap
***
"Aku rasa kau hodoh gila tadi!"
"Bro, aku terkezut ja Fatimah tiba-tiba jatuh dari langit!"
"Totally uncool weh! Not good!"
"Dah dah la tu nak bash aku!"
Izzat mula naik darah. Bukannya dia sengaja nak menjadi patung cendana di depan Fatimah. Kemunculan tanpa disangka mana mungkin dapat diproses akalnya.
"Lek ah bro. Nak marah pehal? Baru nak frust tak boleh ngap Fatimah?"
"Ah! Kau faham apa? Tahulah kau dah ada Ainaa!"
"Yang kau nak libatkan Ainaa pehal?"
Mazlan bingkas bangun dan mencekak kolar baju Izzat. Pantang dia jika orang lain melibatkan orang kesayangannya dalam satu-satu pergaduhan.
"Bro, nak gaduh boleh ke tempat lain. Jangan ganggu kami nak berniaga,"
Tegur anak kepada mak cik beger. Mazlan diam dan terus menghempas punggungnya ke atas kerusi plastik tersebut. Suasana hening seketika.
'Lan, kau ni. Dengan member pun nak gaduh ke? Layak la dia marah, kau yang provok dia dulu!'
Monolog Mazlan dalam hati. Dia mengutuk sifatnya yang makin baran belakangan ni. Haih, apa nak jadi dengan dia sebenarnya?
'Kau memang hopeless la Izzat. Betul apa yang Lan kata, kau tak patut back off bila Fatimah sendiri yang muncul tadi. Aduh! Ruginya,'
Izzat mengeluh dalam hati. Suasana sepi yang menyelubungi meja tersebut nyata memberi masa untuk mereka membuat refeksi diri.
Masing-masing diam dan bungkam.
"Bro, burger lu dah siap,"
Tegur pemuda tadi sambil menghulurkan dua beg plastik berwarna merah. Dua not merah bertukar tangan dan lantas Mazlan serta Izzat beriringan berjalan kembali ke restoran. Berpura seolah tiada apa yang berlaku.
"Bro, sorry. Memang salah aku tadi,"
Mazlan menutur kata. Meminta maaf bukan satu perkara mudah jika ego yang merajai hati. Namun, amat rugi sekiranya dia memutuskan persahabatan yang terbina hanya kerana sedikit salah faham.
Izzat hanya memandang Mazlan. Langkahnya mati tiba-tiba. Melihat Izzat yang kaku, Mazlan turut mematikan langkahnya.
"Aku... Aku nak confess!"
"Huh?"
"Aku nak confess kat Fatimah malam ni jugak!"
Bulat mata Mazlan memandang Izzat tidak berkelip. Seriuskah Izzat sekarang? Apa yang membuatkan dia membulatkab tekad nak confess?
"Serius ke der?"
"Serius la ni. Aku nak telefon Fatimah sekarang!"
Pantas telefon dikeluarkan dari poket seluarnya. Nombor Fatimah didail laju sebelum kedengaran suara halus tersebut lembut menjawab panggilan.
"Hello?"
"Fatimah, ni aku, Izzat."
"Tahu. Nombor kau aku simpan,"
"Oh ye ke? Emm... Kau sibuk tak sekarang?"
"Tak pun. Pehal?"
"Aku suka kau"
Diam.
"Aku suka kau, Fatimah".
Diam.
Diam.
Diam.
"Err, hello? Kau dengar tak tadi?"
Diam.
Izzat memandang skrin telefonnya. Talian masih lagi bersambung. Adakah ini tandanya Izzat direject? Tapi orang tua-tua kata diam tanda setuju.
"Fatimah?"
"Bro."
Mazlan mencelah perbualan Izzat seketika apabila melihat rakannya seakan tertekan luahannya tidak berbalas.
"Apa kau nak?"
Dingin Izzat membalas. Mazlan hanya tersenyum senget sebelum menunjuk sesuatu di belakang Izzat.
"Betul ke?"
"Huh?"
"Betul ke kau suka aku?"
"Fatimah?"
"Jawablah, Izzat! Betul ke kau suka aku?"
"AKU CINTAKAN KAU FATIMAH!"
Laung Izzat sambil menerpa ke arah Fatimah dan memautnya erat.
Pegangan Izzat dibalas dan Fatimah merapatkan wajanya dengan wajah Izzat. Desahan nafas mereka bersatu di bawah rembulan di hujung lorong gelap.
Mazlan meninggalkan mereka berdua untuk bergerak ke fasa selanjutnya. Ada masa kita perlu biarkan saja orang lain bersendirian.
"Woi, Lan! Mana Ijat?"
"Bermadu kasih,"
"Pergh, ayat!"
"Hahaha! Jom ah makan dulu. Dah puas nanti dia datang ah balik,"
Mereka semua diam sambil menjamah makanan yang sudah lama terhidang. Izzat pula rakus menjamah satu objek yang telah lama didambakannya.
Angan-angan tak salah untuk kita. Mana tahu angan-angan tersebut bertukar realiti, kan?
P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...