"Adib! Kau tengah sibuk ke?"
Najib hanya memandang Adib di balik timbunan bukunya. Berbeza dengan Najib yang lebih gemar membaca buku sambil mendengar lagu, Adib selesa membaca buku sambil bersandar pada dinding. Lebih mudah fokus katanya.
"Boleh la. Bagi aku lagi sejam, siap la asainmen aku ni. Pehal bro?"
"Oh, siapkan la dulu asainmen kau kalau macam tu. Benda ni boleh tunggu,"
Najib mematikan perbualan sambil tangannya ligat skrol newsfeed. Walau dia cuba menyembuyikan kegusaran di hati, namun matanya tidak mampu menipu lagi. Jelas terserlah resah dalam anak mata separa coklat itu, seolah sedang menanggung masalah inflasi dunia.
Adib diam memerhati tindak tanduk rakannya. Bukannya dia tidak mahu membantu atau mendengar, cumanya Adib tegas memegang prinsip dahulukan prioriti. Dalam kes ini, asainmen yang terhidang di depan matanya adalah prioriti. Amanah daripada kedua orang tuanya untuk dia belajar.
Adib cuba menghabiskan asainmen selaju mungkin. Prioriti dan sahabat. Kedua-duanya sama penting dalam hidupnya. Dia enggan membiarkan Najib keseorangan melayan rasa. Maklum benar dengan sifat Najib yang gemar berdiam apabila timbul satu-satu hal. Mempamerkan emosi bukan salah satu sifat Najib. Adib kenal sangat dengan sahabatnya itu.
Coretan yang berlari di atas kertas kajang terhenti. Titik terakhir sengaja ditekan kuat bagi memuaskan hatinya.
Selesai saja kerjanya, Adib menolak tepi meja kecilnya sebelum duduk berteleku di sebelah Najib. Melihat sahabatnya termenung diam sambil melihat skrin kosong, Adib menjentik jarinya di depan mata Najib.
"Oit! Hidup lagi tak beb?"
Najib nyata kaget apabila Adib memetik jarinya. Seolah baru tersedar dari lamunan panjang di alam realiti.
"Oh, Adib. Dah settle dah asainmen kau?"
"Dah. Kau kenapa weh? Tegang je dari tadi,"
"Kau... Kau takkan percaya apa yang jadi kat aku tadi,"
"Macam mana kau tahu aku tak percaya kalau kau tak cerita."
Najib tersengih malu. Ada betulnya dalam kata-kata Adib. Walaupun Adib agak pendiam, tapi dia punya pendapat yang sentiasa bernas. Diam diam ubi berisi sahabatnya itu.
"Aku... Sebenarnya tadi, err. Iwan. Mazlan."
"Hah? Apa yang kau nak cakap ni? Tenang beb. Tenang. Istighfar sikit,"
"Istighfar tu macam mana? Yang astaghfirullah tu ke?"
"Haa. Yang tu la. Selawat sikit bagi tenang hati kau tu."
Dalam rumah yang mereka duduki, Adiblah yang agak beriman sikit. Solat tak miss. Kalau ada masalah pum dia senyum saja. Calon menantu pilihan ni.
"Macam ni, tadi Iwan jadi pelik sikit weh,"
"Pelik macam mana?"
***
"Wan, kau dah kenapa?"
"Eh? Jib. Ni ha, aku bukak pintu tadi, nak bagi Mazlan masuk. Tapi dia tiba-tiba takdak pulak."
Bersungguh Iwan menerangkan pada Adib. Tanpa dia sedar, mata Adib menangkap satu kelibat asing di luar pintu. Iwan yang masih berdegil hendak keluar mencari Mazlan umpama satu tiket emas untuk menganggu bagi makhluk di luar pintu.
"Kau biar betul? Mazlan dah balik lama dah weh!"
Najib memegang erat bahu Iwan. Bukan kerana apa, makhluk tadi sedang merenung tajam ke arahnya. Pandangan makhluk tersebut menikam dan mencarik segala keberaniannya.
"Tak lawak la bodoh!"
"Caya la cakap aku. Lan. Dah. Balik."
Satu-satu Najib sebut di depan Iwa bimbang telinga kawannya itu ada masalah pendengaran secara mengejut. Makhluk tersebut kian rapat. Najib hanya mampu terdiam sambil memegang erat bahu Iwan di depannya.
"Ni dah kenapa?"
Sebaik saja suara Mazlan kedengaran, makhluk tersebut terus lenyap. Seolah ditiup angin ke tempat lain.
Najib hanya terpaku sebelum diam meneguk air liur. Wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin dari mempamerkan rasa cuak dalam hati.
Getaran suara disembunyikan sebelum menutur kata yang dia sendiri tidak pasti butirnya.***
Adib hanya ternganga mendengar kisah Najib. Dalam hati, dia bersyukur kerana setidak-tidaknya Najib tidak mudah melatah. Macam ni lah anak jantan. Pandai sembunyikan ketakutan.
"Err... Aku musykil sikit la Jib,"
Akhirnya Adib mula membuka kata setelah lama mati bicara.
"Hah, apa yang kau fikirkan?"
Laju saja Najib menyoal. Dia berkobar hendak tahu apa yang bersarang dalam benak fikiran Adib. Mudah-mudahan dapat meringankan gelisah hatinya.
"Emm... Apa yang buat kau cuak sangat tengok kelibat tu? Maksud aku, kenapa kau takut sangat? Jangan marah haa. Aku tanya je ni,"
Panjang lebar Adib cuba menyusun kata, risau mengguris hati temannya itu.
Mendengar persoalan daripada Adib, Najib hanya mengeluh kasar. Masih terbayang imej tadi dalam benaknya.
"Kau... Kau takkan percaya apa aku cakap ni,"
Adib hanya diam menanti Najib berkata-kata. Kadang, manusia perlu lebib bersabar apabila me dengar bicara seseorang. Bukan mudah bagi setial individu mahu bersuara melontarkan pengalaman yang diperolehnya.
"Dia... Dia gelak kat aku"
"Huh?"
"Aku tak tipu! Dia memang gelak kat aku tadi!"
"Nonsense!"
"Serius Dib. Kau tak kena memang kau tak percaya. Time aku pegang Iwan tadi, dia gelak aku!"
Adib terdiam mendengar kisah Najib. Tiba-tiba bulu romanya tegak berdiri. Sudah, apa yang sedang berlaku pada mereka semua?
P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...